BENGKEL & KELAS KHAT
AKADEMI SENI KHAT JIHAM CALLIGRAPHY






Pengisian Bengkel / Kelas
Pengenalan & Peraturan Asas Kaligrafi
Kaedah – kaedah Penulisan Kaligrafi
Kesalahan dalam Penulisan
Gaya Penulisan Kaligrafi.
Tempoh Bengkel/ Kelas
Asas : 1 – 4 Hari
Pertengahan : 3 Bulan
Advanced : 6 Bulan
Hala Tuju Mempelajari Seni Khat
Masyarakat Islam di Malaysia khususnya serta masyarakat dunia amnya perlu :
Memartabatkan dan membudayakan tulisan al-Quran.
Meningkatkan kefahaman seni khat di seluruh peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi dengan mejadikannya sebagai satu mata pelajaran atau ko-kurikulum yang bergerak aktif dan sistematik
Memperjuangkan tulisan jawi di Malaysia ke arah melahirkan generasi al-Quran yang mempunyai roh Islam serta mengenali dan mencintai tulisan jawi.
Mengembalikan kegemilangan tamadun seni Islam.
Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang banyak melahirkan khattat (penulis-penulis khat ) yang berwibawa melalui seminar dan aktiviti di bengkel dalam menghasilkan karya yang bermutu.
Mengadakan dan menganjurkan pertandingan-pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebagaimana negara Turki yang menganjurkan pertandingan setiap 3 tahun. sekali Bertujuan untuk melahirkan penulis khat bertaraf antarabangsa dan berpengalaman.
Kepentingan Mempelajari Seni Khat
Kepentingan Kepada Individu
- Khat merupakan salah satu wasilah perhubungan kemanusian dan merapatkan hubungan antara manusia bagi merealisasikan urusan kehidupan dengan sempurna.
- Khat juga merupakan sumber rezeki kepada orang yang mempunyai bakat dan kesungguhan dalam bidang ini.
- Orang yang menyintai khat mempunyai perasaan dan jiwa yang halus serta yakin.
Kepentingan Kepada Masyarakat
- Khat digunakan untuk menulis pelajaran, ilmu pengetahuan, akhbar, majalah dan sebagainya.
- Khat ditulis pada lukisan-lukisan kesenian, papan tanda iklan yang bersifat dakwah dan masyarakat boleh menghayati dan mempelajari kesenian khat itu di setiap tempat seperti di rumah, jalan-jalan dan sekolah-sekolah.
- Khat adalah alat pemindahan ilmu turas (ilmu warisan) dan ilmu pengetahuan. Ia dapat dibuktikan apabila kitab-kitab itu dihiasi dengan kulit yang indah dengan tulisan yang pelbagai jenis semenjak dahulu.
Tujuan Mempelajari Seni Khat
- Memelihara al-Quran dengan tulisan.
- Menjunjung wahyu Ilahi
- Membantu meninggikan syiar Islam melalui penyebaran wahyu Allah dengan tulisan khat.
- Memelihara dan mencatat ilmu-ilmu Islam dan khazanah warisan lampau yang menjadi rujukan muslimin sejagat.
GALERI
Antara aktiviti yang telah dijalankan sebelum ini:
info bengkel & kelas kaligrafi
- Dijalankan di Ibu Pejabat Jiham Calligraphy, Southville City
- Kelas setiap hari sabtu
- Tenaga pengajar yang bertauliah
- Peralatan pembelajaran disediakan
- Fasiliti kelas yang lengkap
- Terbuka kepada semua tidak kira usia