WhatsApp
Need help? Chat now!
Site Visit Services
Site Visit Services
Gallery Open Hour M - F : 9AM – 6PM | Sat : 9AM – 1PM
Gallery Open Hour M - F : 9AM – 6PM | Sat : 9AM – 1PM
Installation Coverage
Installation Coverage

Cart

Your cart is currently empty.

Continue shopping

Empat Kriteria Penting Memilih Hiasan Dinding Islamik untuk Rumah Anda

Jun 3, 2025 Jiham
Empat Kriteria Penting Memilih Hiasan Dinding Islamik untuk Rumah Anda-Jiham Creatives Sdn. Bhd (1499060W)

Di era moden ini, hiasan dinding Islamik bukan sekadar seni, ia adalah cerminan jiwa, identiti dan aspirasi spiritual sesebuah keluarga. Tapi... macam mana nak pilih yang betul - betul sesuai? Dalam satu sesi kuiz sosial kami baru-baru ini, kami tanya: "Apakah kriteria utama dalam memilih hiasan dinding Islamik untuk rumah anda?"

Hasilnya sangat menarik dan inilah empat kriteria utama yang ramai pemilik rumah ambil kira sebelum buat keputusan:

A. Cantik

✅ Ya, visual memang penting. Hiasan dinding adalah antara benda pertama yang mata akan tangkap bila masuk rumah. Reka bentuk yang cantik boleh menaikkan seri ruang dengan serta-merta. Tapi perlu diingat, kecantikan sahaja tak cukup jika mesejnya tak sampai.

B. Mudah Dibaca

Kaligrafi yang terlalu rumit atau terlalu padat boleh jadi indah dari jauh, tapi bila dekat? Tak tahu apa maksudnya. Jadi pastikan ayat-ayat yang dipilih mudah dibaca, jelas dan tidak mengelirukan. Barulah pengunjung dan anak-anak boleh hayati makna sebenar yang disampaikan.

C. Sesuai Dengan Suasana Rumah

Warna tema, saiz ruang, dan jenis perabot, semuanya main peranan. Seni Islamik tak sepatutnya bersaing dengan elemen lain dalam rumah, tapi melengkapkan suasana. Sama ada rumah moden minimalis, klasik, atau kontemporari, di Jiham, kami bantu sesuaikan seni dengan ruang hidup anda.

D. Membawa Makna dan Keberkatan

Inilah jiwa sebenar seni Islamik. Ayat suci Al-Quran, doa harian, atau kata - kata hikmah bukan sekadar dekorasi, ia penenang hati, pelindung keluarga, dan pengingat nilai hidup. Bila seni itu ada roh dan makna, barulah rumah jadi tempat yang menenangkan.

💬 Kesimpulan:

Kalau anda sedang mencari karya seni kaligrafi Islamik, jangan hanya pilih yang cantik di mata, pilih yang cantik di hati, kuat makna dan sesuai dengan aura rumah anda.

📍 Nak tengok sendiri hasil karya kami?

Kunjungi Galeri Jiham di: C-G-19, Savanna Lifestyle Retail, Jalan BBLS, Bandar Baru Lembah Selatan, 43800 Dengkil, Selangor

📱 Waze: Jiham Kaligrafi

📞 +603 8928 9780 (Galeri) | +6011 5433 3043 (Atikah)

Back to the blog title

Post comment

Please note, comments need to be approved before they are published.