WhatsApp
Need help? Chat now!
Site Visit Services
Site Visit Services
Gallery Open Hour M - F : 9AM – 6PM | Sat : 9AM – 1PM
Gallery Open Hour M - F : 9AM – 6PM | Sat : 9AM – 1PM
Installation Coverage
Installation Coverage

Cart

Your cart is currently empty.

Continue shopping

Kalau boleh undur masa… saya takkan beli rumah dua tingkat

Jun 20, 2025 Ismail

“Kalau boleh undur masa… saya takkan beli rumah dua tingkat.”

Saya ni kerja pasang frame kaligrafi untuk pelanggan Jiham. Dah banyak rumah saya masuk, kecil, besar, moden, kampung… semua jenis.

Tapi satu hari tu, saya pasang frame dekat rumah seorang pak cik ni. Rumah dia besar, dua tingkat. Tapi yang buat saya tersentap, bukan rumah dia. Tapi cerita dia.

Waktu saya tengah drill frame kat ruang tamu, pak cik tu duduk atas kerusi. Dia senyum je tengok saya buat kerja.

Tiba-tiba dia cakap:

“Rumah ni besar… tapi saya dah menyesal beli dua tingkat. Dulu semangat, sekarang lutut dah tak larat.”

Katanya, isteri dia pernah jatuh tangga. Lepas tu, mereka dah tak naik atas sangat. Bilik atas jadi stor. Sekarang tidur bawah je.

Dia sambung lagi:

“Kalau masa boleh undur, saya pilih rumah satu tingkat je. Hidup lebih senang. Tak perlu tangga, tak risau jatuh, tak perlu lari atas bawah.”

Masa tu saya diam je, dalam hati terfikir… Ramai orang muda hari ni beli rumah sebab design cantik, ruang banyak. Tapi tak fikir masa tua nanti.

Dari hari tu, saya belajar sesuatu.

Bila kita beli rumah, kita bukan beli untuk hari ni je. Kita beli untuk 10–20 tahun akan datang. Bila anak-anak dah keluar rumah. Bila badan dah tak larat.

Rumah cantik tak guna kalau kita sendiri dah tak mampu nak guna ruang dia.

Tapi pak cik tu juga sebut satu lagi benda…

Yang ramai orang terlepas pandang masa beli rumah:

Fasiliti kawasan sekeliling.

Ada perumahan cantik, tapi jauh dari klinik, takde taman, surau jauh, jalan sempit, susah bila dah tua, bila cucu datang, bila dah tak mampu drive jauh.

Next post saya nak kongsi

“5 Fasiliti Kawasan Rumah Yang Nampak Kecil, Tapi Penting Gila Bila Dah Tua.”

Boleh follow terus kalau nak elak silap yang sama. Saya jumpa macam-macam masa pasang frame… dan banyak benda boleh belajar dari rumah orang lain.

Back to the blog title

Post comment

Please note, comments need to be approved before they are published.