• English
  • Malaysia(MYR RM)
Ramadan Open Hour: Monday - Friday (8:30 AM to 4:30 PM) Saturday (9 AM to 3 PM) Ramadan Open Hour: Monday - Friday (8:30 AM to 4:30 PM) Saturday (9 AM to 3 PM)
/ /

Majlis Perasmian Galeri Seni Jiham Kaligrafi

Dec 07,2022 | Jiham Kaligrafi

Allhamdulillah, pada 5 Februari 2022 telah selesai satu Majlis Perasmian Galeri Seni Jiham Kaligrafi di Southville City yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Majlis juga turut diserikan dengan (live demo) kaligrafi, dalam masa yang sama juga Jiham turut melancarkan program “Jom Perkasa Seni Kaligrafi”, program ini bertujuan bagi memperkasakan Seni Kaligrafi Islam dikalangan masyarakat di Malaysia khususnya tidak mengira usia, bangsa dan agama. Bagi yang berminat untuk menyertai program kelas kaligrafi boleh mendaftar disini Kelas Kaligrafi.

YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat permintaan live demo ayat pilihan.


Ayat pilihan YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. ‘Allahumma Ya Bariq’ yang bermaksud Allah Yang Maha Merancang.

 

YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sedang melihat hasil ukiran kayu dari Jiham Kaligrafi.

Penyampaian cenderahati dari Jiham Kaligrafi.

Anda dijemput hadir ke galeri kami di Southville City untuk melihat dengan lebih dekat hasil kerja kami. Galeri dibuka dari Jam 9 pagi – 6 petang (Isnin – Jumaat) dan 9 pagi – 1 petang (Sabtu).

Terima kasih.

 

Comment

Name
Email
Comment