Makluman Penghantaran Tempahan Situasi Covid-19 (Update)
Mar 30, 2020

Berkenaan situasi Covid-19 dan kawalan pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020, kami ingin memberitahu anda bahawa tempahan masih diterima dan penghantaran juga akan di teruskan.

Produk yang masih diterima tempahannya dan penghantaran berjalan dalam tempoh 14 – 20 hari ialah produk kategori Cetakan/ Printing, kategori lain seperti Koleksi Premium, Sulaman, Painting dan Cenderahati akan berjalan lancar selepas tamat tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)

Bagi anda yang telah membuat tempahan, anda boleh semak tempahan anda disini (Semak Tempahan)

Mari kita saling menjaga kesihatan dan berdoa supaya Negara kita pulih seperti sediakala.

Team Jiham.my

#DudukRumah #StayAtHome #StaySafe

UPDATE 20 APRIL 2020

Berkenaan tempahan, status tempahan boleh semak disini https://jiham.my/status-tempahan.

Tempoh proses tempahan semasa PKP ini telah dikemaskini dari 7 – 14 hari kepada 14 – 20 hari. Proses tempahan kini mengikut batch. Tidak seperti proses tempahan sebelum ini.

Bagi tempahan frame premium wood & glass, painting dan sulam, tempahan akan diproses selepas PKP tamat.

Jaminan kami di Jiham.my ialah, tempahan tuan puan tetap akan sampai ke alamat yang telah tuan puan isi pada borang penghantaran.

Kami di Jiham.my ingin memohon maaf diatas perkara yang tidak dapat dielakkan ini.

Semoga wabak ini hilang dan negara kita pulih seperti sediakala.

#staysafe #stayhome

Assalamualaikum 😊

Entri Lain-lain

Salam Aidil Adha 1441H

Salam Aidil Adha 1441H

Assalamualaikum. Ke hadapan saudara/ri pelanggan Jiham yang dirahmati, Semoga saudara/ri sentiasa di bawah naungan...

Salam Aidilfitri 1441H

Salam Aidilfitri 1441H

Assalamualaikum. Ke hadapan saudara/ri pelanggan Jiham yang dirahmati, Semoga saudara/ri sentiasa di bawah naungan...

Pilihan Produk Terkini