Soalan |
Jawapan |
Apa yang membezakan Jiham dengan jenama lain? |
- Kami menggunakan penulis kaligrafi yang bertauliah.
- Produk keluaran kami dihasilkan dengan penuh berkualiti. Ia bermula dengan pemilihan penulis kaligrafi yang bertauliah, pengawalan kualiti bagi setiap keluaran, pemilihan material yang tahan lama dan mengutamakan maklumbalas pelanggan.
|
Untuk kategori Wood & Glass, Jiham ada berapa jenis latar belakang frame yang boleh ditempah? |
Kami mempunyai 3 jenis latar belakang frame yang boleh tuan puan pilih mengikut kesesuaian rumah tuan puan. Pertama latar belakang lutsinar (Transparent), kedua berwarna (Coloured) dan yang terakhir latar belakang cermin (Mirror). |
Boleh hantar dekat sabah sarawak? |
Boleh, tiada masalah. Harga kami tawarkan hanya untuk pengeposan di semenanjung manakala sabah dan Sarawak kos pengeposan bergantung pada berat dan saiz artwork yang dibeli. Makin berat dan besar frame, kosnya makin mahal dikenakan oleh pihak kurier dan jaminan kami penghantaran ke sabah Sarawak termasuk kos insuran tanggungan. Di mana, jika berlaku kerosakan atau pecah, kami sedia menggantikan yang baru tertakluk pada terma & syarat. |
Kalau pecah atau rosak macam mana? |
Sewaktu menerima parcel, tuan puan mendapati parcel berada dalam keadaan yang tidak baik. Sediakan telefon bimbit untuk merakam proses membuka parcel dan juga tangkap gambar frame yang pecah tersebut. Selepas sahaja selesai proses rakam dan tangkap gambar, tuan puan boleh mengadukan laporan berkenaan parcel pecah ini kepada pegawai operasi kami di talian +603-8928 9780. Borang pemulangan dan pembayaran balik. |
Diperbuat daripada apa ye? |
Untuk kategori wood and glass kami menggunakan material Tropical Indoor Wood dan kaca yang berketebalan 3mm. |
Ada buat pemasangan? |
Ada, kami hanya melakukan pemasangan di seluruh Lembah Klang, Nilai dan juga Seremban. Pemasangan yang dilakukan tidak termasuk dengan kos upah pemasangan dan jarak dari rumah pelanggan dari kami di Southville City Dengkil. |
Jiham ada sediakan Warranty tak?
|
Perkhidmatan warranty hanya ditawarkan untuk pembelian set premium sahaja dan ianya tertakluk pada terma dan syarat. Bagi set kombo dan ala carte, warranty yang ditawarkan hanya insurance perlindungan sewaktu pengeposan barang di rumah anda. |
Boleh datang rumah untuk buat ukuran tak?
|
Boleh tiada masalah, kekuatan kami hanya boleh dilakukan di Lembah Klang, Nilai dan Seremban sahaja. Cas perkhidmatan konsultansi kami akan dicas sewaktu tuan puan membuat pembelian dan jika tiada sebarang pembelian dilakukan, tuan puan perlu membayar kos pengangkutan kami. |