Kami sangat gembira nak sambut anda di Galeri Jiham! Untuk mudahkan urusan dan bagi anda pengalaman terbaik, ikut beberapa langkah mudah ini:
Cuba ambil gambar ruang yang anda nak hiaskan, sama ada di rumah atau pejabat. Gambar ini akan memudahkan kami bagi cadangan design yang sesuai dengan ruang anda.
Kalau ada masa, ukur panjang dan lebar dinding tersebut. Tak wajib, tapi ini akan bantu kami cadangkan saiz frame yang paling sesuai.
Sebelum datang, lawati laman web kami untuk tengok koleksi kaligrafi.
Supaya semuanya berjalan lancar, rancang perjalanan ke galeri kami:
Untuk pastikan kami dapat layan anda dengan sepenuh perhatian, buat temujanji dulu:
Kepada pengguna TikTok:
Klik ikon tiga titik penjuru atas kanan. Pilih "Open in Browser" untuk hantar WhatsApp.
Kami sangat teruja nak bantu anda pilih karya seni kaligrafi yang paling sesuai untuk ruang anda. Jumpa anda di Galeri Jiham tak lama lagi! 😊