PENULIS KHAT

Sufian Kamaruddin
Penulis Khat, Pelukis Kaligrafi & Tenaga Pengajar Seni Khat
Penulis yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur ini adalah graduan kejuruteraan di Politeknik Kota Bharu (PKB) (2005). Sekarang beliau menetap di Muar, Johor bekerja sepenuh masa dalam bidang seni khat. Minat yang mendalam dalam seni khat beliau mempelajari seni khat secara khusus di Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) (2015). Kemudian melanjutkan pembelajarannya di Yayasan Warisan Johor (2017). Berpengetahuan dan berkemahiran dalam penulisan khat terutamanya khat nasakh, khat thulut, khat diwani jail, khat kufi murabba’, khat sunbuli, khat tughra dan khat maghribi. Beliau giat menjalankan urusniaga membuat logo dalam khat, lukisan khat kanvas, tulisan khat digital dan banyak menganjurkan kelas khat dan kini beliau adalah antara tenaga pengajar seni khat di Yayasan Warisan Johor.

Zahid Wahab
Penulis Khat Bebas
Penulis yang berasal daripada Selangor ini adalah graduan Sains Olekimia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)(2008). Minat beliau terhadap seni khat yang mendalam kemudiannya membuat beliau meneruskan pelajaran dan mengambil Diploma Jurusan Seni Mushaf di Kolej Restu Antarabangsa (2018). Berpengetahuan dan berkemahiran dalam penulisan khat terutamanya khat tuluth, diwani dan skrip kufi murraba’, beliau giat menjalankan urusniaga berasaskan khat. Kini, beliau sepenuhnya bekerja sebagai artis khat dan separuh masa bekerja sebagai guru khat serta tenaga pekerja di sekolah swasta.

Faris Rahim
Penulis Khat Bebas
Penulis yang berasal daripada Segamat, Johor ini adalah graduan Al-Quran dan Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (2018). Beliau mempelajari Pendidikan Bahasa Arab di Maahad Johor (2012). Berpengetahuan dan berkemahiran dalam penulisan khat terutamanya khat tuluth dan khat diwani, beliau giat menjalankan urusniaga membuat logo dalam khat, menganjurkan kelas khat dan kini beliau adalah antara tenaga pengajar seni khat di Yayasan Warisan Johor.

Siti Aisyah Azman
Penulis Khat Digital
Penulis khat digital yang berasal dari Muar, Johor ini merupakan graduan Sains Komputer dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (2017). Berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang rekaan grafik, beliau mempelajari teknik menulis seni khat Naskh, Thuluth, Kufi terutamanya dalam bentuk digital. Tambahan, seni khat ini juga merupakan legasi perniagaan keluarga turun temurun dari arwah ayah beliau. Hasil rekaan grafik beliau adalah daripada pembelajaran kendiri (self-taught). Kini, beliau aktif sebagai pereka grafik bebas disamping menjalankan perniagaan keluarga berkaitan seni khat.

Mustaqim
Penulis Khat & Pereka Grafik Bebas
Pereka grafik yang berasal dari Kebumen, Jawa Tengah Indonesia ini adalah graduan Sarjana 1, Jurusan Sastra Arab, Fakultas Ilmu Budaya, Universitas Sebelas Maret (2018). Berpengetahuan dan berkemahiran dalam sastera arab, beliau cenderung untuk membuat rekaan berdasarkan khat. Aktif sebagai pereka grafik bebas, beliau kini bekerja sebagai pereka grafik di Lembaga Amil Zakat Nasional Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia.