Bila saya akan menerima pesanan saya?

Sebaik sahaja anda membuat pembayaran kepada pesanan anda, kami akan menghantar mesej pengesahan penerimaan pesanan kepada anda melalui emel dan melalui komunikasi lain yang mudah bagi pembeli.

Selepas pesanan anda telah diverifikasi, anda akan menerima pesanan anda dalam masa berikut bergantung kepada lokasi penghantaran anda:

Proses tempahan dan penghantaran : 4 – 14 hari bekerja

 

Adakah Jiham.my menawarkan penghantaran barang ke luar Malaysia?

Ya, kami menawarkan penghantaran barang ke luar negara mengikut kadar yang sesuai mengikut persetujuan anda. Hubungi Pegawai kami di talian+60387350033 untuk maklumat lanjut.

 

Apakah caranya untuk saya mengetahui status penghantaran barang yang sudah saya pesan?

Selepas pesanan anda dipos, kami akan menghantar maklumat menjejak pesanan yang mengandungi ‘tracking number’ ke emel atau nombor telefon anda.

 

Bolehkah saya mengambil sendiri barang yang saya pesan di Jiham.my?

Jika anda melakukan pembayaran di Jiham.my dan mahu mengambil sendiri barang tersebut, anda boleh berbuat demikian dengan memaklumkan pegawai perhubungan pelanggan kami, Cik Hanim di talian +60387350033.