Salam Aidilfitri 1442H

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Assalamualaikum.

Ke hadapan saudara/ri pelanggan Jiham yang dirahmati,
Semoga saudara/ri sentiasa di bawah naungan rahmat Ilahi.
Pertama sekalinya, Artikel ini ditulis untuk mereka yang

+ Merupakan pelanggan Jiham
+ Pelanggan setia Jiham
+ Orang yang sentiasa bersama Jiham

Saudara/ri,

Setiap perkara dalam hidup ini adalah ujian. Sebagai Muslim, wajib kita sabar dan redha atas setiap ketentuan walau apa pun yang terjadi.

Seperti yang kita maklum, sudah 2 kali kita menyambut Syawal bersama wabak pandemik Covid-19 . Setiap hari, kita mendengar pertambahan kes dan kematian. Ada pun begitu sebagai orang beriman, ketahuilah penyakit semuanya asbab dan tarikh pemergian kita sudah pun dimeterai sebelum kita ke dunia lagi.

Jutaan terima kasih kepada #Frontliner yang bersusah payah menjalankan tanggungjawab mereka.

Walau bagaimanapun, Covid-19 tidak hanya satu wabak, ianya lebih dari itu. Kita dikejutkan dengan kesan domino (domino effect) kegawatan ekonomi, ramai yang diberhentikan dan ada keluarga kehilangan hasil pencarian. Tak dinafikan juga kami di Jiham terkesan sedikit sebanyak hingga ada yang mengadu barang lambat sampai, tersangkut di gudang simpanan terlalu lama dan sebagainya.

Jadi di kesempatan ini, kami ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Teruskan menyokong perjuangan kami dan para penulis kaligrafi tempatan, kita buka lembaran baru selepas ini inshaAllah.

Kami mungkin tidak boleh menjanjikan perkara yang terlalu hebat dengan kalian, tapi yang kami boleh janjikan.

1) Keindahan produk kaligrafi yang membuatkan mata anda dan tetamu berasa nyaman.
2) Khidmat pelanggan yang “straight-forward’ dan tidak menunggu lama.

Sesungguhnya di hadapan kita ini ada satu cabaran yang dihadapi bersama. InshaAllah semuanya akan dipermudahkan.

“Sedosa – dosanya kita masa lalu.
Masa depan kita masih lagi suci.
Jadi hari ini kami memohon keampunan, jika ada kesilapan masa lalu”

Andai kata anda ingin menyuarakan pendapat boleh terus hubungi kami di Jiham.my/maklum-balas-pengguna.

Terima kasih.
Salam Aidilfitri.

Ikhlas
Tim Pengurusan Jiham Kaligrafi

More To Explore

Info

Penghantaran & Pemasangan Kaligrafi MCO 3.0

Berkenaan situasi Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, kami gembira untuk memberitahu anda bahawa tempahan masih diterima dan penghantaran juga akan di teruskan. Penghantaran Kami telah meminda tempoh masa penghantaran kami dari 7 – 14 hari bekerja kepada 14 – 21 hari bekerja, ini kerana hanya 40% kakitangan yang dibenarkan bekerja. Oleh itu, kami memerlukan

pexels-photo-3952231.jpeg
Info

Kelewatan Penuh kerana Kes Positif Covid Dikesan di Jiham

Pelanggan yang dihormati, Kami ingin memaklumkan bahawa satu kes positif COVID-19 dikesan pada hari Jumaat, 21 Mei 2021 di bahagian pengeluaran kami. Berikutan itu, kami mengambil tindakan segera untuk Tutup premis yang terjejas selama 24-48 jam untuk melakukan pembersihan profesional sepenuhnya. Kenalan rapat semua telah diuji dan Allhamdulillah kesemuanya negatif tetapi perlu menjalani kuarantin selama