Terma

Di Jiham, kami komited untuk menjadikan pengalaman membeli-belah anda mudah dan lancar. Sila baca terma dan syarat-syarat kami sebelum membuat pembelian dengan kami. Sila pastikan anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi dan mengikuti terma dan syarat di bawah beserta polisi kerahsiaan kami.

 

Membuat pembelian

Di Jiham, kami tidak boleh membatal, mengubah atau menggabungkan pesanan yang dibuat secara berasingan dan yang sudah dibayar. Sila pastikan barangan, warna, saiz, kuantiti dan alamat adalah tepat sebelum anda membuat pembayaran.

Pembundaran nombor yang ditunjukkan di invois (jika ada) adalah rujukan titik perpuluhan hasil beberapa mekanisme perbundaran nombor.

Kami mengepos semua pesanan yang dibuat dalam tempoh 4 – 14 hari bekerja.

Apabila Pengesahan Pesanan dihantar ke emel atau nombor telefon anda, produk anda berada di bawah tanggungjawab pihak ketiga (pembekal servis penghantaran pos) dan kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan pesanan anda jika bukti pengeposan dibekalkan. Sebarang aduan perlulah dibuat kepada pihak ketiga (pembekal servis penghantaran pos) dan kami akan membantu usaha anda untuk mendapatkan ganti rugi (jika ada).

 

Pembayaran

Semua pembayaran yang dibuat mestilah dibuat kepada Jiham.my. Urusan pembayaran tak dikira lengkap selagi semua amaun pembayaran tidak diterima oleh kami.

Harga dan kadar penghantaran tertakluk kepada perubahan tanpa notis tetapi tidak akan mempengaruhi pesanan yang telah pun diterima oleh pihak kami.

 

Pertukaran/pemulangan pesanan

Semua pemulangan pesanan mestilah dilakukan dalam keadaan barang MASIH DALAM KEADAAN BAIK.
Semua urusan pemulangan barang mestilah dipos dalam masa 7 hari selepas anda menerima pesanan BESERTA BORANG PEMULANGAN PESANAN.

Semua barang yang dipulangkan (termasuk barangan rosak) yang tidak mematuhi 2 peraturan di atas (1. & 2.) tidak akan diproses oleh kami.

Kami mengenakan bayaran pemulangan barang pada kadar 5% untuk semua barang.

Pembeli mesti menanggung kos pengeposan barang yang dipulangkan kepada kami.

Sila maklum dengan kemungkinan akan ada perbezaan dengan varians warna barang disebabkan oleh tetapan skrin komputer dan pencahayaan studio. Jiham.my memaparkan semua barang setepat yang mungkin. Sebarang urusan pemulangan kerana perbezaan varians warna tidak akan diproses oleh pihak kami.

Semua pemulangan barang akan diproses oleh Bahagian Pemulangan dan mengambil masa sehinggan 5 hari bekerja dari tarikh penerimaan barang yang anda pulangkan.

Jiham.my tidak bertanggungjawab terhadap semua barang Jiham.my yang dijual oleh pihak ketiga.

Semua barang yang tak dituntut akan dipulangkan semula ke pihak kami dalam masa 60 hari selepas notifikasi telah dihantar kepada pembeli.

 

Penjagaan barang

Pembeli dinasihatkan untuk menggunakan kain basah untuk membersihkan produk.

 

Penggunaan laman web

Jiham.my boleh memaparkan gambar, artikel, informasi, imej digital, teks, data, permainan, bancian, pertandingan, promosi, pengiklanan, logo, hakcipta dan apa jua bentuk konten* yang kami rasakan menarik untuk pelanggan dan pengunjung kami. Konten ini boleh dipapar, dipindah, dikongsi dan disimpan oleh pelanggan dan pengunjung laman web kami. Bagaimanapun hak milik semua konten ini masih menjadi kepunyaan Jiham.my. Dengan memuat turun atau menyimpan konten kami, ia tak bermaksud pelangan atau pengunjung mempunyai hak kepunyaan terhadap konten kami. Jiham.my mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menggunakan kontennya tanpa kebenaran.

Kaligrafi Jiham (003033363-A) mempunyai hak untuk membuat perubahan terhadap mana- mana terma dan syarat ini.

[]