Salam Aidil Adha 1441H

Salam Aidil Adha 1441H

Assalamualaikum.

Ke hadapan saudara/ri pelanggan Jiham yang dirahmati, Semoga saudara/ri sentiasa di bawah naungan rahmat Ilahi. Kami di Jiham ingin mengucapkan Salam Aidil Adha. Kepada yang melakukan ibadah korban. Patuhi SOP yang telah ditetapkan. Semoga Aidil Adha kali ini membawa kebaikan untuk kita semua. Insya Allah.

Salam Aidilfitri 1441H

Salam Aidilfitri 1441H

Assalamualaikum.

Ke hadapan saudara/ri pelanggan Jiham yang dirahmati,

Semoga saudara/ri sentiasa di bawah naungan rahmat Ilahi.

Pertama sekalinya, Artikel ini ditulis untuk mereka yang

+ Merupakan pelanggan Jiham
+ Pelanggan setia Jiham
+ Orang yang sentiasa bersama Jiham

Saudara/ri,

Setiap perkara dalam hidup ini adalah ujian. Sebagai Muslim, wajib kita sabar dan redha atas setiap ketentuan walau apa pun yang terjadi.

Seperti yang kita maklum, dunia dikejutkan dengan wabak pandemik Covid-19 pada waktu kini. Setiap hari, kita mendengar pertambahan kes dan kematian. Ada pun begitu sebagai orang beriman, ketahuilah penyakit semuanya asbab dan tarikh pemergian kita sudah pun dimeterai sebelum kita ke dunia lagi.

Jutaan terima kasih kepada #Frontliner yang bersusah payah menjalankan tanggungjawab mereka.

Walau bagaimanapun, Covid-19 tidak hanya satu wabak, ianya lebih dari itu. Kita dikejutkan dengan kesan domino (domino effect) kegawatan ekonomi, ramai yang diberhentikan dan ada keluarga kehilangan hasil pencarian. Tak dinafikan juga kami di Jiham terkesan sedikit sebanyak hingga ada yang mengadu barang lambat sampai, tersangkut di gudang simpanan terlalu lama dan sebagainya.

Jadi di kesempatan ini, kami ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Teruskan menyokong perjuangan kami dan para penulis khat tempatan, kita buka lembaran baru selepas ini inshaAllah.

Kami mungkin tidak boleh menjanjikan perkara yang terlalu hebat dengan kalian, tapi yang kami boleh janjikan.

1) Keindahan produk khat yang membuatkan mata anda dan tetamu berasa nyaman.
2) Khidmat pelanggan yang “straight-forward’ dan tidak menunggu lama.

Sesungguhnya di hadapan kita ini ada satu cabaran yang dihadapi bersama. InshaAllah semuanya akan dipermudahkan.

Saya teringat sebuah bidalan Melayu dahulu selalu mengatakan.

“Sebatang lidi mudah dihancurkan.
Seikat lidi susah untuk dipatahkan.”

Kami di Jiham sekali lagi memohon maaf jika ada salah dan silap. Andai kata anda ingin menyuarakan pendapat boleh terus hubungi kami di Jiham.my/maklum-balas-pengguna.

Terima kasih.
Salam Aidilfitri.

Panduan Lengkap Hias Rumah Sebelum Membuat Tempahan Khat Kaligrafi

Panduan Lengkap Hias Rumah Sebelum Membuat Tempahan Khat Kaligrafi

Tentu ramai yang akan merasakan rumahnya kosong tanpa ada sebarang hiasan. Sejak mula jejak kaki ke dalam rumah, kita akan memikirkan apa yang nak diletakkan. Sebagai seorang Muslim, sudah tentu kita teringin sekali meletakkan ayat ayat suci Al-Quran dan kalimah agung sebagai hiasan rumah. Bak kata orang, sejuk mata memandang rumah yang di dalamnya terisi dengan kalam Allah. Tahukah anda asal usul seni khat kaligrafi yang kita lihat indah ini? Sebelum membuat tempahan khat di mana mana tempat, habiskan bacaan anda terlebih dahulu. 

Secara umumnya, kaligrafi merupakan seni yang dihasilkan oleh orang Islam kita sendiri kita seperti seni dari tamadun lain. Sebab itulah, umat Islam lebih menghargai seni kaligrafi itu sendiri. Menurut beberapa sumber kaligrafi berasal dari Bahasa Yunani iaitu perkataan “kalios dan graphia” manakala ada sumber yang mengatakan ianya dari istilah Arab iaitu perkataan Khatt merujuk kepada Al-kitabah al-jamilah bererti tulisan yang cantik. Kalimah Arab seperti kita maklum mempunyai karakter huruf yang artistic sehingga menjadi penulisan kaligrafi yang unik. Bukan sekadar itu sahaja, kaligrafi ini melambangkan keindahan. Setiap rumah pasti akan meletakkan sekurang-kurangnya 2 seni khat kaligrafi. Pulang sahaja di rumah, kita sudah Nampak kalam Allah, bila beristirahat di rumah, mata melihat kalimah indah dan hati pun berzikir mengingatkan keagungan-Nya.

Alangkah bahagianya apabila hidup dekat dengan Al-Quran. Keluarga yang terdidik dengan ayat Quran kebiasannya lebih mudah untuk meminati ajaran Islam. Memasang khat kaligrafi salah satu inisiatif dari ibu bapa supaya kalam Allah dekat dengan anak anak. Anak yang dari kecilnya terdidik dekat dengan Islam, inshaAllah menjadi permata berharga buat kedua orang tuanya.

Jadi anda sedang mencari kedai untuk menempah khat kaligrafi ? Jom habiskan bacaan artikel ini terlebih dahulu ya untuk lebih pencerahan. 

Pertama sekalinya, adalah sangat wajar kami mencadangkan anda menghiasi rumah dengan seni khat Islam. Sebelum itu suka untuk kami ingatkan supaya anda memadankan jenis khat yang ingin ditempah dengan dekorasi perabot sedia ada. Lagi satu, padankan juga dengan pencahayaan dan susunan kerusi meja dan lain lain perhiasan di rumah.

Takut nanti bila sudah ditempah, kita tengok rasa tak padan pula. Terdapat pelbagai jenis khat yang boleh kita pilih. Setiap orang minatnya berbeza-beza bergantung kepada jenis material buatan, saiz khat dan kandungan khat itu sendiri.  Tapi keliru nak ambil khat yang mana. Andaikata anda masih keliru juga, biarlah pakar kaligrafi mencadangkan kepada anda. Iaitu Jiham, sebuah syarikat yang menerima tempahan khat dari orang ramai. Yang lebih menariknya anda boleh membuat appoinment dengan Jiham untuk berdiskusi lebih lanjut. 

Berbalik kepada apakah khat yang sesuai diletakkan di rumah. Setiap huruf di dalam Al-Quran ada keistimewaanya. Membaca Al-Quran dapat pahala, memahami pun dapat pahala malahan jika kita mendengar pun dapat pahala. Jadi ada beberapa contoh khat biasa ditempah oleh orang ramai yang sudi kami kongsikan dengan pembaca.

#1- Khat 3 Qul

3 Qul antara surah yang penting dalam A-Quran. Bacaan surah 3 Qul mampu menolak gangguan jin dan syaitan dan menghindarkan kita dari sihir serta perkara-perkara buruk. Rasullah saw juga sebelum tidur akan membuka dua telapak tangan Baginda dan membacakan surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas lalu diusapkan dari kepala seluruh badan yang terjangkau selama 3 kali.

#2- Khat Ayatul Kursi

Kelebihan ayatul Kursi terlalu banyak dibincangkan. Antara yang biasa kita dengar ayat Kursi berfungsi sebagai penghadang dari gangguan jin syaitan dan segala macam. Pada masa yang sama, barang siapa membaca ayat Kursi, mereka diberikan keberkatan apabila keluar rumah dan dilindungi dari bala gangguan.

#3- Khat Ayat 1000 Dinar

Umum sudah mengetahui kelebihan ayat 1000 dinar. Jika kita ke premis perniagaan Muslim, pasti ada khat ayat 1000 dinar ditampal di dinding ruangan tertentu. Antara kelebihan yang kita tahu ialah ayat 1000 dinar memberikan ketenangan dalam keresahan apa apun dan dilindungi sepanjang perjalanan.

Ada pilihan lain lagi seperti kalimah Allah Muhamad, kalimah Syahadah, Kufi dan lain lain. Banyak pilihan khas untuk anda. Jika dah pilih boleh dah anda melakukan tempahan di Jiham. Adapun begitu, lebih baik and baca sampai habis artikel. Ini 7 sebab kenapa anda perlu membuat tempahan khat di Jiham.

  1. Pelbagai pakej yang menarik untuk anda

Jika anda mempunya bajet terhad, Jiham menawarkan pakej yang sesuai untuk anda. Serendah RM150 sahaja anda sudah boleh memiliki khat jawi yang cantic dan mempesonakan di dinding rumah kediaman masing masing. Jika anda ada bajet lebih boleh juga lihat pakej yang paling premium iaitu RM2500 tapi pasti ianya sangat eksklusif dan tidak berkelip mata memandang saat tetamu masuk ke rumah. Seronok kan?

  1. Dipercayai oleh semua golongan rakyat jelata

Memiliki khat tidak tertakluk kepada satu jenis golongan sahaja. Setakat ini semua golongan datang kepada kami bertanyakan rekaan mana yang paling sesuai. Yang penting pelanggan puas hati dan berbaloi dengan pembelian. Ada juga artis, selebriti yang mendapatkan hiasan khat rumah mereka dari Jiham. Rekaan sudah tentu memenuhi kehendak pelanggan. Ini antara figura yang pernah membuat tempahan khat kaligrafi dari kami.

 

  1. Material Berkualiti.

Di Jiham, antara material yang kami gunakan ialah Premium Wood & Glass, Lukisan Canvas, UV Tarpaulin dan Sulaman Khas. Untuk cenderamata biasanya material digunapakai adalah kayu supaya lebih tampak semulajadi keindahannya.

tempahan khat jiham

tempahan khat jiham

Soalan kualiti anda tidak perlu khuatir, andainya ada masalah boleh terus hubungi customer service kami. InshaAllah kami akan menguruskan anda sebaik mungkin. Setakat ini tiada customer yang kami abaikan lagi. Alhamdulilah.

  1. Penghantaran ke seluruh Malaysia

Ada orang tanya, kalau luar Kawasan Lembah Klang atau Cyberjaya boleh buat tempahan? Iya, itu kegusaran mereka di luar sana. Sudah tentu boleh. Jiham menyediakan penghantaran ke seluruh Malaysia tak kira anda tinggal di mana mana negeri Semenanjung atau Sabah Sarawak. Asalkan anda di dalam Malaysia dan syarikat courier boleh sampai, inshaAllah khat dari kami juga boleh sampai.

  1. Boleh dijadikan cenderamata kepada orang lain.
tempahan khat

tempahan khat

Andaikata kita pening memikirkan cenderamata bagaimana yang kita hendak berikan kepada keluarga atau orang tersayang di majlis istimewa, boleh juga lihat di sini. TIdaklah kita bosan dengan idea biasa seperti bunga, jam tangan dan lain lain. Cubalah cenderamata khat, inshaAllah mereka akan terkenangkan wajah anda setiap kali memandangnya. 

Jika anda rasa sudah jelas dengan penerangan kami ini, boleh lah membuat tempahan khat atau pun temujanji dengan team Jiham. Kami sangat mengalu-alukan anda. Datang sahaja dengan waze “Jiham” terletak di Taman Putra Kajang (by appoinment only). Sekiranya anda berminat untuk hiasi rumah anda dengan kaligrafi khat dari potongan ayat Quran, boleh terus menjenguk aneka pilihan khat dari Jiham dengan klik sini. Semoga dengan inisiatif kita mengingati kalam Allah dengan seni khat kaligrafi ini diberkati Ilahi. 

 

Tempahan kaligrafi Musim Perayaan Aidilfitri 2020 Ditutup

Tempahan kaligrafi Musim Perayaan Aidilfitri 2020 Ditutup

Terima kasih kerana memilih seni khat kami sebagai hiasan dinding rumah kediaman anda.

Dengan ini, kami mengumumkan bahawa, tempahan musim perayaan Aidilfitri 1441H akan ditutup pada 11:59 Malam, 1 Mei 2020.

Anda masih boleh membuat tempahan selepas 1 Mei 2020, dan tempahan anda akan diproses pada 8 Jun 2020. Tempahan selepas 1 Mei 2020 akan mula dihantar pada 15 Jun 2020. Kami akan memberi maklumat terkini dari masa ke semasa mengenai tempahan anda. Terima kasih.

Selamat menunaikan ibadah puasa, semoga memperoleh keberkatan dibulan mulia ini.

Assalamualaikum 😊

‘Ingat Seni Khat, Ingat Jiham.’

www.jiham.my

Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1441H

Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1441H

Assalamualaikum, semoga tuan puan dan keluarga dalam keadaan sihat hendaknya.

Perkataan yang paling indah adalah mengucapkan kata Allah.

Lagu yang paling merdu tiada lain adalah lantunan Azan.

Media yang paling terbaik dari media yang terbaik adalah Al quran.

Senam yang paling sihat tidak ada yang lain adalah Solat.

Diet yang paling sempurna adalah Puasa.

Kebersihan yang paling menyegarkan adalah Wudhu.

Perjalanan yang paling indah dari setiap perjalanan adalah Haji.

Khayalan yang paling baik diantara khayalan adalah mengingat Dosa dan Taubat.

Semoga dengan hadirnya bulan Ramadan tahun ini dapat menambah keimanan dan ketakwaan kita.

Kami dari jiham.my ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga dipermudahkan segala urusan tuan puan.

baca juga panduan solat terawih dirumah : Panduan Lengkap Solat Terawih Dirumah

Makluman Penghantaran Tempahan Situasi Covid-19 (Update)

Makluman Penghantaran Tempahan Situasi Covid-19 (Update)

Berkenaan situasi Covid-19 dan kawalan pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020, kami ingin memberitahu anda bahawa tempahan masih diterima dan penghantaran juga akan di teruskan.

Produk yang masih diterima tempahannya dan penghantaran berjalan dalam tempoh 14 – 20 hari ialah produk kategori Cetakan/ Printing, kategori lain seperti Koleksi Premium, Sulaman, Painting dan Cenderahati akan berjalan lancar selepas tamat tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)

Bagi anda yang telah membuat tempahan, anda boleh semak tempahan anda disini (Semak Tempahan)

Mari kita saling menjaga kesihatan dan berdoa supaya Negara kita pulih seperti sediakala.

Team Jiham.my

#DudukRumah #StayAtHome #StaySafe

UPDATE 20 APRIL 2020

Berkenaan tempahan, status tempahan boleh semak disini https://jiham.my/status-tempahan.

Tempoh proses tempahan semasa PKP ini telah dikemaskini dari 7 – 14 hari kepada 14 – 20 hari. Proses tempahan kini mengikut batch. Tidak seperti proses tempahan sebelum ini.

Bagi tempahan frame premium wood & glass, painting dan sulam, tempahan akan diproses selepas PKP tamat.

Jaminan kami di Jiham.my ialah, tempahan tuan puan tetap akan sampai ke alamat yang telah tuan puan isi pada borang penghantaran.

Kami di Jiham.my ingin memohon maaf diatas perkara yang tidak dapat dielakkan ini.

Semoga wabak ini hilang dan negara kita pulih seperti sediakala.

#staysafe #stayhome

Assalamualaikum 😊