Panduan Lengkap Hias Rumah Sebelum Membuat Tempahan Khat Kaligrafi

Panduan Lengkap Hias Rumah Sebelum Membuat Tempahan Khat Kaligrafi

Tentu ramai yang akan merasakan rumahnya kosong tanpa ada sebarang hiasan. Sejak mula jejak kaki ke dalam rumah, kita akan memikirkan apa yang nak diletakkan. Sebagai seorang Muslim, sudah tentu kita teringin sekali meletakkan ayat ayat suci Al-Quran dan kalimah agung sebagai hiasan rumah. Bak kata orang, sejuk mata memandang rumah yang di dalamnya terisi dengan kalam Allah. Tahukah anda asal usul seni khat kaligrafi yang kita lihat indah ini? Sebelum membuat tempahan khat di mana mana tempat, habiskan bacaan anda terlebih dahulu. 

Secara umumnya, kaligrafi merupakan seni yang dihasilkan oleh orang Islam kita sendiri kita seperti seni dari tamadun lain. Sebab itulah, umat Islam lebih menghargai seni kaligrafi itu sendiri. Menurut beberapa sumber kaligrafi berasal dari Bahasa Yunani iaitu perkataan “kalios dan graphia” manakala ada sumber yang mengatakan ianya dari istilah Arab iaitu perkataan Khatt merujuk kepada Al-kitabah al-jamilah bererti tulisan yang cantik. Kalimah Arab seperti kita maklum mempunyai karakter huruf yang artistic sehingga menjadi penulisan kaligrafi yang unik. Bukan sekadar itu sahaja, kaligrafi ini melambangkan keindahan. Setiap rumah pasti akan meletakkan sekurang-kurangnya 2 seni khat kaligrafi. Pulang sahaja di rumah, kita sudah Nampak kalam Allah, bila beristirahat di rumah, mata melihat kalimah indah dan hati pun berzikir mengingatkan keagungan-Nya.

Alangkah bahagianya apabila hidup dekat dengan Al-Quran. Keluarga yang terdidik dengan ayat Quran kebiasannya lebih mudah untuk meminati ajaran Islam. Memasang khat kaligrafi salah satu inisiatif dari ibu bapa supaya kalam Allah dekat dengan anak anak. Anak yang dari kecilnya terdidik dekat dengan Islam, inshaAllah menjadi permata berharga buat kedua orang tuanya.

Jadi anda sedang mencari kedai untuk menempah khat kaligrafi ? Jom habiskan bacaan artikel ini terlebih dahulu ya untuk lebih pencerahan. 

Pertama sekalinya, adalah sangat wajar kami mencadangkan anda menghiasi rumah dengan seni khat Islam. Sebelum itu suka untuk kami ingatkan supaya anda memadankan jenis khat yang ingin ditempah dengan dekorasi perabot sedia ada. Lagi satu, padankan juga dengan pencahayaan dan susunan kerusi meja dan lain lain perhiasan di rumah.

Takut nanti bila sudah ditempah, kita tengok rasa tak padan pula. Terdapat pelbagai jenis khat yang boleh kita pilih. Setiap orang minatnya berbeza-beza bergantung kepada jenis material buatan, saiz khat dan kandungan khat itu sendiri.  Tapi keliru nak ambil khat yang mana. Andaikata anda masih keliru juga, biarlah pakar kaligrafi mencadangkan kepada anda. Iaitu Jiham, sebuah syarikat yang menerima tempahan khat dari orang ramai. Yang lebih menariknya anda boleh membuat appoinment dengan Jiham untuk berdiskusi lebih lanjut. 

Berbalik kepada apakah khat yang sesuai diletakkan di rumah. Setiap huruf di dalam Al-Quran ada keistimewaanya. Membaca Al-Quran dapat pahala, memahami pun dapat pahala malahan jika kita mendengar pun dapat pahala. Jadi ada beberapa contoh khat biasa ditempah oleh orang ramai yang sudi kami kongsikan dengan pembaca.

#1- Khat 3 Qul

3 Qul antara surah yang penting dalam A-Quran. Bacaan surah 3 Qul mampu menolak gangguan jin dan syaitan dan menghindarkan kita dari sihir serta perkara-perkara buruk. Rasullah saw juga sebelum tidur akan membuka dua telapak tangan Baginda dan membacakan surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas lalu diusapkan dari kepala seluruh badan yang terjangkau selama 3 kali.

#2- Khat Ayatul Kursi

Kelebihan ayatul Kursi terlalu banyak dibincangkan. Antara yang biasa kita dengar ayat Kursi berfungsi sebagai penghadang dari gangguan jin syaitan dan segala macam. Pada masa yang sama, barang siapa membaca ayat Kursi, mereka diberikan keberkatan apabila keluar rumah dan dilindungi dari bala gangguan.

#3- Khat Ayat 1000 Dinar

Umum sudah mengetahui kelebihan ayat 1000 dinar. Jika kita ke premis perniagaan Muslim, pasti ada khat ayat 1000 dinar ditampal di dinding ruangan tertentu. Antara kelebihan yang kita tahu ialah ayat 1000 dinar memberikan ketenangan dalam keresahan apa apun dan dilindungi sepanjang perjalanan.

Ada pilihan lain lagi seperti kalimah Allah Muhamad, kalimah Syahadah, Kufi dan lain lain. Banyak pilihan khas untuk anda. Jika dah pilih boleh dah anda melakukan tempahan di Jiham. Adapun begitu, lebih baik and baca sampai habis artikel. Ini 7 sebab kenapa anda perlu membuat tempahan khat di Jiham.

  1. Pelbagai pakej yang menarik untuk anda

Jika anda mempunya bajet terhad, Jiham menawarkan pakej yang sesuai untuk anda. Serendah RM150 sahaja anda sudah boleh memiliki khat jawi yang cantic dan mempesonakan di dinding rumah kediaman masing masing. Jika anda ada bajet lebih boleh juga lihat pakej yang paling premium iaitu RM2500 tapi pasti ianya sangat eksklusif dan tidak berkelip mata memandang saat tetamu masuk ke rumah. Seronok kan?

  1. Dipercayai oleh semua golongan rakyat jelata

Memiliki khat tidak tertakluk kepada satu jenis golongan sahaja. Setakat ini semua golongan datang kepada kami bertanyakan rekaan mana yang paling sesuai. Yang penting pelanggan puas hati dan berbaloi dengan pembelian. Ada juga artis, selebriti yang mendapatkan hiasan khat rumah mereka dari Jiham. Rekaan sudah tentu memenuhi kehendak pelanggan. Ini antara figura yang pernah membuat tempahan khat kaligrafi dari kami.

 

  1. Material Berkualiti.

Di Jiham, antara material yang kami gunakan ialah Premium Wood & Glass, Lukisan Canvas, UV Tarpaulin dan Sulaman Khas. Untuk cenderamata biasanya material digunapakai adalah kayu supaya lebih tampak semulajadi keindahannya.

tempahan khat jiham

tempahan khat jiham

Soalan kualiti anda tidak perlu khuatir, andainya ada masalah boleh terus hubungi customer service kami. InshaAllah kami akan menguruskan anda sebaik mungkin. Setakat ini tiada customer yang kami abaikan lagi. Alhamdulilah.

  1. Penghantaran ke seluruh Malaysia

Ada orang tanya, kalau luar Kawasan Lembah Klang atau Cyberjaya boleh buat tempahan? Iya, itu kegusaran mereka di luar sana. Sudah tentu boleh. Jiham menyediakan penghantaran ke seluruh Malaysia tak kira anda tinggal di mana mana negeri Semenanjung atau Sabah Sarawak. Asalkan anda di dalam Malaysia dan syarikat courier boleh sampai, inshaAllah khat dari kami juga boleh sampai.

  1. Boleh dijadikan cenderamata kepada orang lain.
tempahan khat

tempahan khat

Andaikata kita pening memikirkan cenderamata bagaimana yang kita hendak berikan kepada keluarga atau orang tersayang di majlis istimewa, boleh juga lihat di sini. TIdaklah kita bosan dengan idea biasa seperti bunga, jam tangan dan lain lain. Cubalah cenderamata khat, inshaAllah mereka akan terkenangkan wajah anda setiap kali memandangnya. 

Jika anda rasa sudah jelas dengan penerangan kami ini, boleh lah membuat tempahan khat atau pun temujanji dengan team Jiham. Kami sangat mengalu-alukan anda. Datang sahaja dengan waze “Jiham” terletak di Taman Putra Kajang (by appoinment only). Sekiranya anda berminat untuk hiasi rumah anda dengan kaligrafi khat dari potongan ayat Quran, boleh terus menjenguk aneka pilihan khat dari Jiham dengan klik sini. Semoga dengan inisiatif kita mengingati kalam Allah dengan seni khat kaligrafi ini diberkati Ilahi. 

 

3 Idea hadiah dari ejen hartanah buat pelanggan akan ingat sampai bila – bila dan refferal bertambah

3 Idea hadiah dari ejen hartanah buat pelanggan akan ingat sampai bila – bila dan refferal bertambah

Assalamualaikum Ejen Hartanah sekalian.

Nak tak kami bantu tuan – tuan, puan – puan Ejen sekalian tambah nilai dalam urusan jual beli hartanah.

Sebagai ejen hartanah, sekurang – kurangnya 42% pelanggan baru boleh datang dari rujukan kenalan (refferal). Dan 74% daripada mereka akan dengan senang hati memberikan rujukan (refferal) jika anda memberi layanan yang baik dan terus berhubung.

Untuk membentuk tanggapan yang berkekalan ini, penting untuk memberikan pengalaman yang positif. Ini termasuk semasa proses (close deal). Dalam proses ini, berikan hadiah yang memberi sedikit sentuhan peribadi dan emosi.

Apakah antara hadiah yang mampu memberi pelanggan anda ingat dengan pemberian itu? Sesuatu yang boleh dilihat dan dirasa. Hadiah yang mampu memberi manfaat dan juga mengingati maha pencipta.

Berikut adalah hadiah yang boleh anda lihat, sila lihat gambar dibawah :

Set Assalamualaikum (Sangat sesuai digantung didepan pintu) – RM400

Set Bismmillah – RM450

HUKUM MENGGANTUNG KALIMAH ALLAH DAN MUHAMMAD DI DALAM MASJID

HUKUM MENGGANTUNG KALIMAH ALLAH DAN MUHAMMAD DI DALAM MASJID

SOALAN:

Assalamualaikum wrm wbt,

Apakah hukum menggantung nama Nabi SAW bersebelahan nama Allah SWT dan kaitannya dengan surah Al Jinn 72:18 ?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wrm wbt,

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Kami cenderung untuk menyatakan harus hukumnya menggantung kaligrafi lafaz Jallalah – Allah SWT – dan nama Nabi Muhammad SAW di dinding atau selainnya dengan syarat:

Kalimah-kalimah itu digantung dengan keadaan memuliakan seperti meletakkannya di tempat yang tinggi.
Hendaklah penggantungan itu dilakukan dengan seminimum mungkin risiko untuk kalimah-kalimah itu terjatuh kerana itu adalah tanda penghinaan.
Kami juga berpendapat harus juga meletakkan kalimah Allah sejajar dengan kalimah Muhammad, tanpa dibuat dengan niat untuk mengagungkan kalimah Muhammad lebih daripada kalimah Allah. Ini kerana kalimah Allah dan Muhammad itu ditulis di dalam al-Quran di dalam satu ayat, seperti dalam Surah Ali Imran ayat ke-144, al-Ahzab ayat ke-40, dan al-Fath ayat ke-29, dan tiada ulama sejak dahulu sehingga sekarang yang menegah cara penulisan sejajar atau di bawah kerana mengikut turutan ayat. Sekali pun begitu, adalah afdal bagi mengelakkan sangkaan buruk sebahagian masyarakat, untuk digantung kaligrafi lafaz Jallalah, yakni kalimah Allah, lebih tinggi daripada kalimah Muhammad.

Berhubung dengan Surah al-Jin ayat ke-18, Allah SWT berfirman:

وَأَنَّ الْمَسَاجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدْعُوا مَعَ اللَّهِ أَحَدًا

Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.

Imam Ibn Jarir al-Tabari menukilkan di dalam Jami` al-Bayan (23/665) riwayat Qatadah berkenaan sebab nuzul ayat ini ialah bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani apabila memasuki gereja dan sinagog, mereka melakukan syirik kepada Allah Taala, lalu Allah mengarahkan Nabi-Nya untuk menyeru kepada tauhid kepada-Nya semata-mata.

Imam Ibn `Asyur pula di dalam al-Tahrir wa al-Tanwir (29/240) menyatakan bahawa ayat ini ditujukan kepada orang Musyrikin yang suka meletakkan berhala dan patung-patung sembahan di Kaabah sedangkan yang layak di sembah di sana hanyalah Allah semata-mata.

Kami berpendapat ayat ini tidak ada kaitan secara langsung dengan larangan menggantung kalimah Nabi Muhammad SAW di dalam masjid atau di mana pun kerana semua maklum bahawa Nabi Muhammad SAW bukanlah untuk disembah tetapi baginda adalah Utusan Allah. Justeru, menggantung kalimah Muhammad tidak langsung mendatangkan kesyirikan kepada orang yang melihat dan membacanya kecuali orang-orang yang takalluf dan was-was, yakni mereka yang suka mencari-cari perkara yang akan memberatkan pengamalan agama.

Justeru, kami berpandangan bahawa menggantung kalimah Allah dan Muhammad pada satu tempat adalah harus dan ayat 72:18 itu tidak ada kena mengena dengan hukum tersebut.

Wallahua’lam.

Mufti Wilayah Persekutuan

Idea Hadiah Persaraan

Idea Hadiah Persaraan

Saban tahun, mengakui rakan sekerja yang bersara adalah tradisi dalam satu-satu institusi. Pastinya kita ingin menghantar mereka pergi dengan penuh gaya dan sedikit ingatan.

Jom! Admin kongsikan idea hadiah persaraan bagi rakan sekerja kita yang bakal bersara tidak lama lagi. Semoga hadiah ini bermanfaat bagi mereka dan mengingatkan mereka kepada kita.

 

  1. Telefon Pintar / Smartphone

Telefon pintar hari ini berfungsi sebagai peranti komunikasi, jam tangan, perancang hari, kamera dan banyak lagi fungsinya. Telefon pintar pastinya menjadi hadiah persaraan yang sesuai untuk sesiapa sahaja. Telefon pintar bersama ukiran (casing custom made) pastinya membuat kesan abadi dan meninggalkan kesan emosi mendalam kepada penerima.

 

  1. Jam Klasik atau Jam Pintar

Jam tangan juga sesuai untuk hadiah persaraan. Ia sedikit klasik dan tampak bergaya apabila memberi jam tangan pada rakan sekerja yang bakal bersara. Boleh berikan jam tangan emas, perak atau titanium yang terukir. Boleh juga memilih jam tangan yang lebih moden seperti smartwatch.

 

  1. Buku Keratan atau Buku Skrap

Persaraan adalah masa dan waktu yang sungguhlah penuh emosi untuk semua orang. Semestinya buku memo atau buku skrap menjadi hadiah persaraan terbaik untuk kita berikan pada rakan sekerja. Kita boleh mulakan dengan membeli buku skrap berkualiti tinggi di kedai kraf tangan tempatan. Bersama-sama rakan sekerja yang lain, kita isikan buku itu dengan foto dan kenangan lain mengenai masa yang dilalui bersama di tempat kerja selama rakan yang bakal bersara itu berkhidmat.

 

  1. Peralatan melancong

Ramai orang menetapkan waktu untuk melancong ke destinasi impian apabila telah bersara daripada perkhidmatan. Oleh itu, kita bolehlah menghadiahkan peralatan melancong seperti set bagasi, kamera contohnya GoPro, bantal leher dan sebagainya yang boleh menjimatkan wang pesara semasa merancang untuk percutian mereka. Belikanlah peralatan yang berjenama atau berkualiti tinggi supaya peralatan itu dapat digunakan sebaik mungkin semasa percutian mereka.

 

  1. Pengalaman pembelajaran

Bagi rakan-rakan yang cenderung mempunyai minat memasak, menjahit, melukis, membuat pastri dan sebagainya, kita boleh menghadiahkan mereka pengalaman pembelajaran. Kita boleh carikan kelas di bengkel artisan, restoran mewah dan universiti tempatan dan kemudiannya membayar yuran bagi pihak mereka. Kelas-kelas yang ditawarkan semasa hari kerja apabila kebiasaannya orang bekerja akan membuatkan pengalaman itu lebih istimewa dalam persaraan.

 

  1. Barang-barang hobi

Ramai orang mengharapkan untuk meluangkan masa melakukan hobi kesukaan mereka sama ada hobi itu bermain golf, memancing, bermain tenis dan sebagainya. Oleh itu, sesuai sangatlah untuk kita berikan hadiah set golf, peralatan memancing, raket tenis atau apa sahaja barang lain yang dapat menjadikan hobi pesara lebih menyeronokkan.

 

  1. Barang hiasan rumah

Semestinya rakan sekerja yang bakal bersara akan lebih banyak meluangkan masa di rumah setelah bersara. Rumah yang anggun dan cantik pasti menjadi salah satu sasaran mereka. Untuk itu, bolehlah kita menghadiahkan perkakasan hadiah rumah seperti permaidani, kerusi rehat, perhiasan dinding, pasu dan sebagainya yang bersesuaian. Pastinya ia akan meninggalkan memori abadi apabila setiap kali mereka berehat di rumah dan menggunakan barang hiasan yang kita hadiahkan itu.

Sebaiknya untuk hadiah persaraan ini, kita kenalah kaitkan spesifik jantina, spesifik hobi dan sebagainya. Bila kita tahu dan kenal dengan baik rakan sekerja yang bakal bersara itu, pasti kita akan lebih mudah dalam memilih hadiah persaraan mereka.

Semoga dipermudahkan dalam pemilihan hadiah persaraan untuk rakan anda.

Ingatlah bahawa hadiah paling bermakna adalah hadiah yang berguna dan bermanfaat bagi mereka. May Allah ease!

 

 

Jam Dinding Dan Khat Kaligrafi

Jam Dinding Dan Khat Kaligrafi

Jiham bawakan hiasan khat kaligrafi bersama jam dinding. All in one set!

Kami menggunakan gambar dengan resolusi tinggi untuk mengeluarkan produk jam dan khat ini. Ini memberi satu gambaran yang realistik pada setiap dekorasi yang terhasil.

Kesemua bahagian frame dibalut dari bahagian atas ke bahagian tepi yang menhgasilkan paparan efek 3D apabila digantung di dinding. Frame tanpa bingkai tepi yang dibalut sepenuhnya ini juga memberi paparan semulajadi apabila dilihat secara dekat. Dengan menggunakan “laminated photo paper”, ia berbeza dengan pemprosesan menggunakan kaedah konvensional seperti “inkjet” dan lukisan berasaskan minyak kerana penyediaan kami tidak menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

 

Kami menutup bahagian belakang dasar kayu dengan lapisan ketat yang lembut menggunakan fabrik flanel hitam. Fabrik lembut ini melekat di bahagian belakang menjadikan dekorasi dinding ini kelihatan moden dan memiliki gaya seni.

Laminated photo paper” yang dilekat pada dasar kayu dengan menggunakan mesin khas untuk menekan dan menghilangkan semua gelembung yang terhasil jika proses ini dilakukan menggunakan tangan. Kedua-dua lapisan atas dan bawah ditekan bersama untuk menjadikannya kekal dan tidak akan tertanggal dari dasar kayu tersebut.

Ketahanan produk ini menjadikannya hiasan dinding yang ideal untuk rumah ataupun pejabat anda.

Tapak

1.  Tapak diperbuat dari kayu berkepadatan tinggi
2.  Kuat dan tahan lasak, dengan ketebalan 1.8 cm
3. Tahan lembap dan tidak berubah bentuk
4.  Bentuk yang solid
5.  Selamat untuk ekologi

Kertas Foto

1. Kertas foto berkualiti tinggi
2. Permukaan yang licin
3. Kualiti gambar yang berkilau
4. Penghasilan warna yang menarik

 

Laminasi

1. Bahan laminasi anti-silau
2. Selesa bila disentuh
3. Tahan air
4. Boleh dibersihkan menggunakan kain lembap dan pencuci lembut
5. Dikeringkan menggunakan kain lembut

Jam

1. Diluluskan oleh CE
2. Menggunakan satu bateri AA
3. Kualiti terbaik
4. Tidak berbunyi
5. Warna penunjuk arah jam disesuaikan mengikut corak
6. Hujung penunjuk arah bersinar dalam keadaan gelap
7. Paksi dengan keluli tahan karat

 

 

 

Pembungkusan

1. Kuat
2. Setiap bahagian sudut dilindungi
3. DIbalut dengan plastik sebelum dimasukkan ke dalam kotak
4. Dihantar mengikut waktu spesifik yang telah ditetapkan

5. Keselamatan penghantaran dijamin

 

Arahan Penjagaan

1. Lap menggunakan kain lembab dan pencuci lembut
2. Dikeringkan menggunakan kain yang bersih

Info Khas

1. Proses laminasi mungkin akan mengubah warna asal
2. Perubahan kecil pada warna sememangnya dijangka berlaku.

Terdapat pelbagai rekaan jam dinding di Jiham. Semua rekaan ini boleh dilihat di channel telegram kami di:

t.me/jamdindingjiham
t.me/jamdindingjiham
t.me/jamdindingjiham

 

 

Hadha min fadhle Rabb, Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku

Hadha min fadhle Rabb, Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku

Hadha min fadhle Rabbi (هَذَا مِن فَضْلِ رَبِّي) adalah suatu frasa bahasa Arab yang terjemahannya dalam bahasa Melayu hampir dengan “Ini, dengan limpah kurnia Tuhanku,” atau “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku.” Secara umum, frasa ini paling sering digunakan untuk menyampaikan rasa kerendahan diri dan yang penting sekali, rasa terhutang budi kepada Tuhan kerana mendapat sesuatu, sama ada ia kebendaan atau rohaniah, atau selain itu, seperti suatu bakat yang dimiliki seseorang, atau kesihatan baik, pendapatan yang baik, pasangan dan anak-anak baik, dsb.

Apabila disebutkan oleh seorang, ia berfungsi sebagai suatu ingatan yang semua benda datang dari Allah sahaja, dan oleh itu, frasa ini berkhidmat sebagai suatu cara untuk menyampaikan bahawa semua penghargaan hanya kepada-Nya sahaja. Tambahan lagi, ia juga berkhidmat sebagai suatu cara untuk menjelaskan rasa terhutang budi dan bersyukur kepada Tuhan untuk semua benda yang dimiliki, diberikan, atau dipunyai oleh orang itu. Dari segi ini, frasa ini berkaitan dekat dengan suatu lagi istilah Arab, iaitu, Alhamdulillah, yang menyampaikan maksud “Segala puji bagi Allah,” atau juga, “Pujian bagi Allah,” kerana ia paling sering difahamai oleh umat Islam dan orang Arab (Arab Muslim dan bukan-Muslim).

Kelebihan Ayat 1000 Dinar

Kelebihan Ayat 1000 Dinar

Ayat 1000 Dinar adalah potongan ayat al-Quran iaitu bahagian akhir ayat 2 dan keseluruhan ayat 3 Surah At-Talaq. Ayat ini sangat terkenal dengan kelebihannya iaitu untuk dimurahkan rezeki dan menerima rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka.

Sejarah Ayat Seribu Dinar

Namun begitu, Ayat 1000 Dinar ini tidak pernah dikenali pada zaman Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Terdapat banyak versi cerita berkenaan kisah Ayat 1000 Dinar ini. Ada kisah berkenaan Nabi Khidhir dan pedagang, dan pelbagai lagi cerita.

Yang pastinya, kami tidak ingin mengulas sejarah Ayat 1000 Dinar ini kerana kami sendiri tidak pasti akan kesahihannya. Malah, Nabi Muhammad saw sendiri tidak menamakan ayat 2-3 Surah At-Talaq itu sebagai Ayat 1000 Dinar.

Walaupun masih belum menerima sebarang rekod yang sahih menyatakan bilakah dan siapakah yang menggelar ayat tersebut sebagai Ayat 1000 Dinar, namun tidak salah untuk mengamalkannya. Paling penting untuk dinilaikan daripada Ayat 1000 Dinar ialah apakah isinya, pengajaran-pengajarannya, dan yang berkaitan dengannya.

 

Tafsiran Ayat 1000 Dinar

Sumber : AlMukhlisin

Melalui Ayat 1000 Dinar juga, kita dapat lihat dua keadaan yang Allah akan berikan rezeki dan keluarkan kita dari kesusahan, iaitu dengan bertaqwa dan bertawakal.

Menurut Ibnu Katsir, maksud ayat “Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak dia duga,” adalah barangsiapa yang bertakwa kepada Allah dengan menjalankan seluruh perintahNya dan menjauhi laranganNya nescaya Dia akan memberi rezeki dari arah yang tidak pernah terlintas dalam hatinya.

Dalam kitab Al Musnad disebutkan dari Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas, dari ayahnya, dari datuknya, Abdullah bin Abbas, dia berkata: “Rasulullah bersabda:

“Barang siapa banya beristighfar (memohon ampunan), maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan menjadi kemudahan, setiap kesempitan menjadi kelapangan, dan akan Dia kurniakani rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”

Hadis di atas sekaligus menjadi penguat tafsir Ayat 1000 Dinar.

Manakala, bertawakkal pula adalah menyerahkan segala urusan hanya kepada Allah swt setelah kita berusaha. Jika melihat dari aspek rezeki, setelah kita berusaha bekerja untuk mencari rezeki, maka bertawakkallah kepada Allah. Ini kerana segala rezeki yang kita terima adalah dari Allah swt yang bersifat Ar-Razak (Maha Pemberi Rezeki Rezeki).

Salah Faham Tentang Ayat 1000 Dinar

Ramai yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat dan ketika berdepan masalah. Tidak kurang juga peniaga menggantung atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan perniagaan bertambah maju. Walaubagaimana pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.
.
Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.

Hikmah Ayat 1000 Dinar.

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎
‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik doa untuk segala masalah. Walaupun begitu, banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah seperti yang diajarkan Nabi saw.

Namun, jika kita tidak dapat hafal doa-doa lain, tidak mengapa untuk amalkan Ayat 1000 Dinar sebagai doa dikala kita ditimpa kesusahan. Ini kerana, Ayat 1000 Dinar sudah merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak serta melindungi diri dari bala dan musibah.

Intipati utama Ayat 1000 Dinar adalah untuk kita sentiasa bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah swt. Jika kita sentiasa melakukan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya, serta rajin berusaha kemudian menyerahkan seluruh urusan tersebut kepada Allah swt, Allah akan berikan kita rezeki dan melindungi kita dari segala bala. InsyaAllah.

Sumber : Bidadari.my  , islamituindah.com

Kebaikan Membaca Ayat Kursi

Kebaikan Membaca Ayat Kursi

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangannya.

Rasulullah s.a.w segera memerintah kepada penulis al-Quran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan kebaikan ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalamnya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang dimaksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

 

Kebaikan Membaca Ayat Kursi

  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
  2. Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
  3. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insya-Allah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
  4. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
  5. Sabda baginda lagi; “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  6. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
  7. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
  8. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
  9. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
  10. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu sebaiknya anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
  11. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  12. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sholat yang lain.
  13. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap solat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
  14. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sholat Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
  15. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  16. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
  17. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.
  18. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istiqamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  19. Terdapat keterangan dalam kitab-kitab Asrarul Mufidah:Barang siapa mengamalkan membaca ayat Kursi,setiap kali membaca sebanyak 18 kali,insyaAllah dia akan hidup berjiwa Tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmat, dimudahkan rizkinya, dinaikkan martabatnya,diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, dipeliharakan dari segala bencana dengan izin Allah SWT.
  20. Syekh Abul ‘Abbas Al-Bunni menerangkan:”Siapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya,iaitu 50 kali, ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya,maka insyaAllah,Allah SWT mencerdaskan akalnya dan memudahkannya faham pada ilmu yang dipelajarinya (terdapat dalam kitab Khazinatul Asrar).
  21. Syekh Al-Bunni menerangkan: ”Siapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya, iaitu 170 huruf,maka insyaAllah,Allah SWT akan memberikan pertolongan pada hal dan menunaikan segala hajatnya dan melapangkan fikiran-fikirannya, diluaskan rizkinya, dihilangkan kedukaannya, dan diberikan apa yang dituntutnya. (terdapat dalam tafsir Al-Qudsi).
  22. Barangsiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur,maka Allah SWT mewakilkan kepada dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.Demikian sabda nabi Muhammad SAW dari Abi Qutadah. Abdurrahman bin ‘Auf menerangkan: Bahwa ia apabila masuk kerumahnya,dibacanya ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pendinding syaitan (terdapat dalam tafsir Al-Qudsi).
  23. Syaikhul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan: Bahwa siapa yang membaca ayat Kursi sebanyak 1000 kali dalam sehari semalam kemudian dawam (berterusan) membacanya sampai 40 hari,maka demi Allah dan demi Rasulullah dan demi Al-Qur’an yang mulia,Allah akan membukakan baginya pandangan rohani,dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia (terdapat dalam kitab Khawasul Qur’an).
  1. Bahwa siapa yang membaca 4 ayat pada permulaan suratul Baqarah dan ayat Kursi,ditambah 2 ayat setelah ayat Kursi kemudian ditutup dengan 3 ayat pada akhir suratul Baqarah,maka ia dan keluarganya tidak didekati syaitan,dan jika dibacakan pada orang gila,niscaya akan sembuh dengan seizin Allah SWT (terdapat dalam kitab itqan).
  2. Siapa yang membaca ayat Kursi secara berterusansetiap kali selesai sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali masuk kerumah dan kepasar,setiap kali masuk ketempat tidur dan pergi musafir,insyaAllah ia akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja kejam,diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang-binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dan keluarganya, anak-anaknya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kekaraman dan kebakaran. Diperolehnya keselamatan dan kesihatan jasmaninya dengan izin Allah SWT yang Hidup dan Berdiri Sendiri.

Kesimpulan

Sifat-sifat yang terkandung dalam ayat kursi ini adalah sifat ALLAH. ALLAH adalah salah satu dari nama-nama ALLAH subhanallahu wa ta’ala yang banyak, yang menunjukan ketinggian, kemulian, dan keagungan-Nya, dari setiap nama-nama ALLAH itu mengandung sifat masing-masing.

Nama-nama ALLAH subhanallahu wa ta’ala itu ada tiga jenis, yang pertama adalah nama-nama ALLAH yang diturunkan kepada umat manusia. Yang kedua adalah nama-nama yang hanya diajarkan kepada sebahagian makhluk saja, dalam hal ini yang dimaksud adalah para malaikat. Yang ketiga adalah nama-nama ALLAH subhanallahu wa ta’ala yang tidak diajarkan kepada siapapun, hanya ALLAH subhanallahu wa ta’ala yang mengetahuinya. Sehingga 99 nama ALLAH subhanallahu wa ta’ala yang terdapat dalam asmaul husna adalah sebagian kecil saja dari nama-nama ALLAH yang ada.

99 Nama Allah

 

Waallahu a’lamu bishowab.

Sumber : doamustajab2.com

5 Tempat Percutian Dalam Malaysia Dengan Penginapan Discount Sehingga RM169!

5 Tempat Percutian Dalam Malaysia Dengan Penginapan Discount Sehingga RM169!

Hi!

Musim cuti sekolah dah nak tiba, kemana kita dan keluarga musim cuti ini?

Jom admin senaraikan tempat percutian yang best lagi berbaloi. Boleh dapat discount RM169 tau untuk penginapan. Siapa yang tak nak?

  1. Modern Luxury Suite with Beautiful Rooftop Garden

Inginkan penginapan moden yang lengkap dengan segala kemudahan mewah?

“Modern Luxury Suite with Beautiful Rooftop Garden.” adalah tempat terbaik. Dari penginapan ini, kita dapat merasai nikmat percutian yang sempurna penuh dengan privasi. Dekorasi dalamannya yang ringkas dan moden dengan gabungan warna yang sejuk dipandang pasti memukau!

Kita juga boleh berhibur menonton Netflix atau meluangkan masa di ruang santai rooftop untuk melihat pemandangan sempurna sekitar KL yang menjangkau sehingga KLCC.

Kemudahan lain yang boleh digunakan adalah kolam renang, akses wifi yang pantas dan gym yang lengkap dengan pelbagai peralatan senaman baru.

Untuk pengetahuan semua, kita boleh menaiki shuttle yang disediakan setiap 2 jam untuk ke KLCC. Nak berjalan kaki pun tidak menjadi masalah, sebab ada banyak lokasi menarik termasuklah pusat membeli-belah yang boleh diakses dengan hanya berjalan kaki dari sini. Nak minum kopi? Starbucks hanyalah 2 minit dari sini.

Harga : Dari Rm256+ semalaman

2. Premium Loft @Empire City Mall Damansara

Apartment mewah “Premium Loft @Empire City Mall Damansara” adalah syurga ketenangan di tengah-tengah kota raya KL. Sesuai untuk mereka yang ingin lari sebentar daripada kesibukan kota. Rekaan dalamannya berwarna natural dan sejuk pada pandangan mata. Segalanya tentang rumah ini termasuklah harganya, dapat memberikan kedamaian fikiran. Siapa yang tak jatuh cinta dengan apartment mewah dalam harga tak sampai RM150 ni?

Bukan itu sahaja, apartment dengan sebuah bilik ini juga lengkap dengan ruang perpustakaan yang dipenuhi dengan bermacam jenis buku. Pencinta buku? Ruang ini adalah syurga dunia untuk kita! Kita boleh lepak di ruang tamunya atau mengambil udara luar di balkoni yang menyajikan pemandangan sehingga ke menara KLCC.

Harga : Dari RM130+ semalaman

3. Sleek Apartment in a High-rise with a Luxe Poolside Terrace

Apartment yang luas dengan sebuah bilik tidur ini lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti dapur yang sempurna dan ruang tamu yang selesa. Dihias dengan moden serta menyediakan kemudahan internet yang super pantas pasti membuatkan kita berasa sangat gembira menginap disini! Sempurna dalam segala aspek untuk harga yang tidak lebih dari RM110 semalaman.

Kemudahan lain yang boleh didapati dari apartment ini adalah gym, kolam renang dan perkhidmatan shuttle untuk ke lokasi tarikan berdekatan.

Harga : Dari RM108+ semalaman

4. Casugria Melaka -Dutch Pool Garden Cottage – 5 pax

Ingin menikmati percutian yang kaya dengan sejarah dan keunikan tersendiri di Melaka? Tak perlu cari penginapan lain lagi kerana jawapannya adalah “Casugria Melaka -Dutch Pool Garden Cottage.”  Untuk pengetahuan semua, Casugria adalah satu-satunya villa peninggalan Belanda yang masih wujud dekat Melaka tau.

Villa ini dikelilingi oleh halaman berlanskap indah yang ditumbuhi oleh pokok-pokok kelapa. Suasana santai yang dapat dinikmati di villa ini sungguh memukau. Selain halaman yang indah, villa ini turut lengkap dengan kolam renang, jakuzi outdoor, ruang pavilion untuk menikmati makanan, bilik bacaan dan bilik tv.

Bilik-biliknya memiliki dekorasi yang cukup indah dengan jubin bercorak klasik. Biliknya juga kalis bunyi daripada sebarang gangguan luar. Villa yang dibina pada tahun 1810 ini turut lengkap dengan sistem keselamatan yang tip-top!

Harga : Dari RM498+ semalaman

5. CTJ LODGE, Casa Tanjung Jara Pool View & Sea View Terengganu

“CTJ LODGE, Casa Tanjung Jara Pool View & Sea View” ini berada di Terengganu tau. Ia menawarkan 8 buah bilik di dalam suasana yang penuh ketenangan dan privasi yang susah la kita nak jumpa dekat tempat penginapan lain. Suasana macam bercuti di kawasan pulau, penginapan ini terletak berhadapan dengan pantai yang berangin.

Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti peralatan BBQ, ruang balkoni untuk kita menikmati udara segar, taman dan kolam renang.

Harga : Dari RM500+ semalaman

Ini admin baru senaraikan 5 sahaja tempat menarik boleh kita kunjungi, ada banyak lagi di AirBnB.com tau!

Bukan setakat di dalam Malaysia, malahan diluar negara juga boleh digunakan. Jimat sehingga RM169 dengan menggunakan AirBnB.com. Klik link ini AirBnB.com untuk menggunakan perkhidmatan ini.

Selamat bercuti!

HADIAH KONVOKESYEN PALING MENARIK

HADIAH KONVOKESYEN PALING MENARIK

Salam 1 Malaysia!

Mesti runsing fikir hadiah apa nak bagi sempena konvokesyen ni kan? Tak kisahlah untuk konvokesyen sekolah atau universiti. Jom min kongsikan idea hadiah paling menarik kita boleh bagi dekat ahli keluarga atau kawan yang konvo tu.

 

  1. Bunga

Yang ini benda wajib perlu ada min rasa. Keperluan kot? Dan tak perlu risau nak cari dekat mana sebab masa konvokesyen tu memang berderet orang akan jual jambakan bunga ni. Hehe. Favourite admin suka sangat tengok akaun instagram @rantengfloret ni sebab gubahan bunga dia memikat hati sangat!

Bunga matahari bukan bunga sembarangan, ia memberi simbol kuasa dan kekaguman kepada seseorang. Untuk konteks persahabatan dan perhubungan, matahari melambangkan kesetiaan dan ikatan yang kuat antara dua individu.

2. Bingkai hiasan

Kita boleh juga beri mini canvas with stand ini dengan ukiran nama tersendiri dalam bentuk khat dan boleh letak ucapan juga tau!

Bingkai hiasan atas kanvas tulisan khat custom

 

Bingkai hiasan khat atas kanvas custom nama

 

Bingkai hiasan tulisan nama khat

 

Bingkai hiasan khat yang custom nama, ucapan dan gambar

 

3. Bekas alat tulis atau bekas alat solekan atau dompet

Berikan bekas serbaguna ini, mereka boleh gunakan untuk letak alat tulis, duit, alatan solek dan pelbagai lagi. Eksklusif terasa bila ada nama sendiri terukir dalam bentuk khat!

Bekas alat tulis custom nama bersaiz 12.5 x 20.5 cm

 

Bekas alat tulis beserta nama dalam khat bersaiz 15 x 24 cm

 

4. Buku nota

Ada pelbagai benda perlu disediakan dan dikemaskini selepas tamat konvokesyen, berikan mereka buku nota terukir nama dalam bentuk khat yang unik terukir dalam bentuk topi, kapal, bumi dan sebagainya! It will left them with a good impression somehow! Sebab unik.

Buku nota berilustrasikan tulisan khat

 

Buku nota berilustrasikan tulisan khat dalam bentuk kapal dan bumi

 

5. Bingkai hiasan dinding

Yang ini boleh gantung di rumah. Evergreen hadiah bingkai hiasan dinding ni sebab dia jadi sebahagian daripada dekorasi rumah dan beri identiti tersendiri pada yang memilikinya. Mesti si penerima akan gunakan dalam jangka masa yang sangat panjang!

Bingkai hiasan dinding custom nama dalam khat

 

Bingkai hiasan dinding custom nama dan ucapan

 

Bingkai hiasan dinding custom nama dalam khat

 

6. Jam

Jam tangan juga tidak kurangnya, sesuatu yang akan digunakan sentiasa tau! si penerima akan sentiasa teringat anda apabila melihat jam yang dipakainya.

Jam tangan wanita

7. Tudung

Perempuan tak pernah cukup dengan satu helai tudung, jangan risau, ini antara pilihan terbaik dan hadiah yang menggembirakan hehe. Yang penting lihat tona warna tudung itu sesuai tak dengan pemakainya nanti.

Tudung

 

8. Bag

Yang ini sangat praktikal sebab selepas konvokesyen kebiasaannya si penerima akan banyak merantau mencari pengalaman hidup. Bag ini akan sentiasa menemani mereka sepanjang perjalanan hidup mereka (selagi bag itu bertahan lama, belilah yang berkualiti tinggi hehe).

Bag lelaki

 

Bag wanita

 

Semoga tips ini bermanfaat!

10 PERKARA WAJIB BUAT SELEPAS DAPAT KUNCI RUMAH BARU

10 PERKARA WAJIB BUAT SELEPAS DAPAT KUNCI RUMAH BARU

Salam satu Malaysia!

Apa yang perlu kita buat selepas dapat kunci rumah? Terus cuci rumah lepastu excited nak hias rumah macam showroom IKEA? A big NO. Sebelum nak cuci, hias dan sebagainya tu ada banyak perkara wajib yang perlu kita lakukan. Perkara pertama selepas dapat kunci ialah periksa dahulu setiap kecacatan atau kerosakan yang ada di rumah seperti cat tertanggal, dinding retak, plaster tertanggal, bocor, tiles lompong dan banyak lagi.

Selalunya pihak pemaju akan bagi kita tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun untuk kita buat pemeriksaan pada rumah dan beri peluang pada kita untuk membuat aduan mengenai apa sahaja kerosakan atau kekurangan yang ada baik di dalam mahupun di luar rumah.

Semua ini adalah antara hak kita sebagai pembeli. Jadi, apabila diberikan peluang masa itu gunalah sebaiknya. Periksa sehabis baik keadaan di dalam rumah sebelum membuat renovation sebab pihak pemaju tak akan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan rumah jika kita dah renovate terlebih dahulu. Ingat! Periksa dahulu.

Sebelum periksa keadaan rumah, ini adalah peralatan yang kita akan perlukan nanti.

  • Masking tape – Jika ada keretakan atau crack boleh terus lekatkan dan tanda
  • Marker pen – Sebaiknya gunakan warna merah untuk memudahkan kita lihat tulisan, nombor dan jenis kerosakan atas masking tape.
  • Kertas A4 – Tuliskan senarai kecacatan atau defect itu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari nanti
  • Kamera atau telefon berkamera – Ambil gambar kecacatan rumah

 

10 PERKARA WAJIB BUAT SELEPAS DAPAT KUNCI RUMAH BARU

  1. Azan
  • Pastikan selepas dapat kunci rumah, lawati rumah kita tu.
  • Masuk rumah dengan lafaz Bismillah, beri salam dan pergi ke tingkat atas sekali. Berdiri menghadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar.

2. Pintu

  • Buka dan tutup pintu berkali-kali. Lihat keadaannya.
  • Periksa juga tombol pintu dan kuncinya sekali.

Letak nombor dan tulis permasalahannya.

 

Periksa keadaan pintu.

 

Periksa tombol pintu.

 

3. Tiles kosong

  • Ketuk semua tiles rumah anda satu persatu.
  • Tandakan tiles yang kosong dan minta wakil pemaju pecahkan dan tampal yang baru dengan elok.
  • Cara untuk mengenalpasti tiles yang kosong adalah dengan mengetuk tiles dengan duit syiling atau pemutar skru. Kita boleh kenalpasti antara tiles yang kosong (lompong) atau padat.
  • Ketuk pada setiap kepingan tile itu dan ketuk keliling perimeter tiles sebab di tengah-tengah selalunya ada simen. Yang tiada simen selalunya dibahagian tepi tiles. Biasanya tiles dipasang di dapur dan juga di bilik air.

Periksa tiles.

 

 4. Elektrik

  • Untuk memeriksa elektrik, hidupkan suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya.
  • Pastikan juga periksa setiap punca elektrik dan soket.

Periksa kesemua suis elektrik.

 

  5. Meter Air

  • Apabila meter air sudah dipasang, kena periksa dan pastikan pili air di rumah kita tu mengalirkan air dengan sempurna.
  • Buka semua pili air kita tu serentak. Periksa juga saluran air, mangkuk tandas, sinki dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat.
  • Periksa kepala paip dan kepala shower. Periksa jika sambungannya betul, tiada yang tercabut ataupun longgar.
  • Buka air dekat meter, biar air masuk ke tangki hingga penuh. Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan untuk memastikan tangki tidak bocor.
  • Apabila air sudah penuh di dalam tangki, pastikan bacaan pada meter air itu mesti berhenti. Jika tidak, mesti ada paip bocor sebelum air sampai ke tangki.

Periksa saluran paip setiap sinki.

 

Periksa kepala shower.

 

    6. Tingkap dan Sliding Door

  • Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh dikunci dengan sempurna.
  • Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat.

Lihat jika air masuk apabila hujan.

   7. Tangga

  • Sila goyangkan pemegang tangga rumah kita tu, pastikan ianya kukuh sebab kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.

Periksa keadaan tangga.

 

      8. Bilik Air Tingkat Atas Bocor

  • Pastikan bilik air tingkat atas tidak bocor. Caranya ialah dengan mengambil binding tape dan sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar.
  • Penuhkan bilik air dengan air. Biarkan seminggu. Selepas seminggu, periksa jika ada kesan air bocor ataupun tidak di bahagian siling tingkat bawah rumah kita tu.
  • Sekiranya ada, tunjuk pada wakil pemaju dan sila minta kontraktor pemaju untuk pecah semula lantai toilet tersebut dan pastikan letak sealer toilet dengan sempurna.
  • Selalunya selepas letak sealer ini, kena ditinggalkan sehari untuk kering. Periksa sealer itu penuh atau tidak.

Buat kesemua langkah diatas dan lihat bahagian siling dari tingkat bawah untuk lihat jika ada sebarang kebocoran.

 

  9. Dinding Retak

  • Periksa dinding rumah kita, jika ada retak perlu maklumkan segera.

Periksa keadaan dinding.

 

     10. Kunci Semua

  • Seterusnya, kena kunci rumah, pagar, tingkap, tingkap tandas, sliding door dan segalanya yang memungkinkan akses mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel elektrik.
  • Selepas mendapat kunci rumah, pemaju tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kes kecurian kabel.

 

Haaa, bila dah periksa dan perbetulkan kesemua kerosakan atau kecacatan pada rumah ini barulah kita boleh buat renovation rumah dengan senang hati. Kan? Oh ya! Ini paling penting, ambillah rumah daripada kontraktor yang bertauliah!

Semoga dipermudahkan urusan semua yang baru dan akan mendapat kunci rumah tu. Selepas itu barulah kita boleh mendekor dengan senang hati. Baiti Jannati. Rumahku Syurgaku, jom jadikan ini matlamat kita!

 

Diolah daripada Jom Gelak
DEKORASI HIJAU

DEKORASI HIJAU

Salam deko pencinta warna segar hijau!

Hijau bermaksud semula jadi, subur, sihat dan muda. Menerusi keseimbangan antara warna sejuk dan hangat iaitu biru dan kuning, menyebabkan wujudnya warna hijau.

Kehijauan semula jadi ini memperlihatkan rasa segar dan nyaman. Ciri-ciri semula jadi yang dimiliki tona warna ini membolehkan warna hijau sangat mudah dipadankan dengan warna lain. Ia selalu digunakan dalam hiasan untuk mendatangkan kesan nyaman dan tenteram. Hijau juga dikaitkan dengan tuah dan murah rezeki bagi sesetengah kepercayaan.

Penggunaan lampu chandelier menaikkan aura mewah dan elegan.

 

Permaidani abstrak memang sinonim dengan suasana mewah dan elegan yang cuba ditampilkan oleh pemilik rumah.

 

Penggunaan pokok pisang artificial menaikkan seri dan aura alam yang menenangkan.

 

Secara tradisi pula, ia dikenali sebagai warna keamanan. Hijau antara lambang kemurnian dan harmoni. Selain itu ruang yang memiliki nuansa hijau memberikan suasana segar dan kelihatan teduh. Bagaimanapun, hijau sebaik-baiknya tidak digunakan pada ruang belajar atau bermain kerana warna ini tidak mencetus tenaga dan keterujaan. Bukan sekadar cukup terkenal dalam mencetuskan rekaan berkonsepkan taman, hijau juga menyumbang dalam sentuhan dekorasi berkonsep retro, elektik atau moden kotemporari di samping kehadiran warna lain.

Bagi ruang tamu yang tampil dengan nuansa hijau, sentuhan warna sejuk itu boleh diterapkan pada ruang tamu kerana mampu membangkitkan suasana berbeza. Dinding utama boleh diketengahkan hijau yang agak dominan sementara dinding selebihnya sama ada hijau pastel atau pemilihan warna cerah seperti kelabu yang diaplikasikan oleh Puan Aznozihan Ayub pada ruang tamu beliau.

Sofa 3 seater yang digunakan sangat praktikal kerana untuk pemilik rumah yang berkeluarga, sofa seperti ini mampu menyediakan keselesaan ahli keluarga untuk beristirehat bersama-sama.

 

Penggunaan hanging plant artificial menyembunyikan kotak suis yang menimbulkan kejanggalan pada dekorasi.

Hijau menjadi gabungan yang serasi dengan kelabu atau putih. Hasilnya cukup memberikan suasana yang menenangkan. Menurut kajian sains ruang tamu hijau cepat meredakan tekanan rutin harian apabila kita pulang ke rumah. Malah bagi menghidap migrain, dipercayai berada dalam suasana hijau boleh meredakan kesakitan.

Tidak ketinggalan ruang keluarga bernuansa hijau mengilhamkan suasana santai dan sejuk. Jika keluarga anda agak besar dan ramai, hijau ialah pilihan terbaik bagi menghindari rasa sesak serta tegang.

Cubalah ketengahkan warna unik ini!

Penggunaan hiasan dinding mencipta identiti tersendiri untuk pemilik rumah.

 

Dimana boleh dapatkan hiasan dinding seperti Puan Aznozihan? Di Jiham, Jihad Jiwa anda. Terdapat lebih 13 rekaan untuk set hiasan dinding seperti ini. Nilai asal RM380, kini dengan potongan RM50, hanya dengan RM320, anda mampu mendekor rumah seperti Puan Aznozihan Ayub.

Klik link ini untuk tempahan:

http://www.jiham.my/whatsapp

011 6255 4793 (Natasya)

011 6323 4793 (Emilia)

Diolah daripada artikel asal Inspirasi Deko: Hijau warna keamanan tulisan
Faizal Zain https://www.hmetro.com.my/node/91327

5 Case Study Before And After Hias Rumah, Bonus Tips Hias Rumah!

5 Case Study Before And After Hias Rumah, Bonus Tips Hias Rumah!

Hi, anda pemilik rumah yang nak hias dan serikan rumah tapi tak tahu caranya macam mana? Dan tak tahu nak start macam mana? Saya tahu memang susah. Tak tahu nak mulakan daripada mana. Okay, jom saya kongsikan 5 case study before and after hias rumah. Jom kita start.

 

  1. Cikgu Farid Saadul Baharim dan pasangannya Ateyn Nasuha menghias rumah dengan menentukan tema keseluruhan dan bermula sedikit demi sedikit. Daripada dinding ke lantai, wainscoting dan seterusnya kepada kabinet. Artikel asal boleh klik link ini https://jiham.my/2019/06/25/bagaimana-mengubah-apartment-menjadi-kondominium/

Kabinet DVD custom made.

 

 

 

 

Tingkap renovate tukar jadi sliding dan buat tinggi lagi ala-ala gaya ada balkoni.

 

2. Puan Zaida Mohamed mengecat keseluruhan rumah dengan warna yang diingini kemudian barulah memasang hiasan dinding.

Sebelum

 

Selepas

Suasana rumah bertambah seri dan ceria selepas sedikit penambahan dekorasi sahaja. Ruangan yang sepi terus terisi apatah lagi dengan menggantungkan ayat-ayat cinta daripada Pencipta.

3. Puan Zurina mengambil langkah mudah sahaja untuk menukar mood ruangan rumahnya. Hanya dengan menukar hiasan dinding dan rumah beliau mendapat nafas baru.

Sebelum

 

Selepas

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4. Puan Farihan daripada Sungai Petani, Kedah hanya menambah elemen alam semulajadi iaitu pokok pisang hiasan sahaja dan lihatlah perubahan ruang tamu rumah beliau. Terasa segar dan hidup!

Sebelum

 

Selepas

 

5. Puan Rohana dari Jengka Pahang menambah hanya hiasan dinding pada wainscoting rumah beliau dan ia kini tampak lebih elegan  dan mewah!

Sebelum

 

Selepas

 

 

BONUS! 5 TIPS HIAS RUMAH!

  1. Dinding menggunakan satu tona warna sahaja iaitu warna kelabu lembut untuk menimbulkan ilusi ruang nampak redup dan luas.

 

2. Menggunakan divider ukiran tebuk terus. Ukiran ini diletakkan untuk membahagikan ruang ‘foyer’ dan ruang tamu dalam masa sama menjadi hiasan dinding di belakang sofa. Ini membuatkan ruang nampak mewah dan penuh.

 

3. Menambah elemen ‘royal blue’ pada sofa untuk menimbulkan mood mewah.

4. Menambah pvc ceiling atau hiasan lampu pada ruang makan untuk menambahkan elemen mewah pada ruangan rumah  dalam kadar minima.

5. Menggunakan permaidani dengan gabungan warna dan corak abstract yang lembut untuk beri impak harmoni pada ruang.


Macam mana tuan puan? Mudah sebenarnya untuk hias rumah nak tambahkan seri dalam rumah. Buat satu perkara dalam satu satu masa. Boleh buat ikut tips ni sebagai permulaan. Tuan puan masih rasa susah lagi ke nak hias rumah? Kini tidak lagi dengan tips yang saya kongsikan. Jom kita start!

Nak tips lebih mudah? Gantungkan sahaja hiasan dinding seperti hiasan dinding Jiham ini. Siap! Naik terus aura, kalau ada jiran tetangga yang dengki tengok rumah tuan puan high class level 17 bintang sekalipun ada ayat al-quran yang jika diizinkan boleh jadi asbab semua santau sihir segala dengki tu tak sampai!

Frame khat saiz 3×3 kaki ni boleh naikkan seri ruang makan kita. Dapatkan dengan nilai RM170 sekarang hingga 29.9.2019!

Normal price RM200. Jimat Rm30 tuan puan, boleh pergi beli starbucks RM30 ni. Haa.

Klik link ini untuk tempahan:

http://www.jiham.my/whatsapp

011 6255 4793 (Natasya)

011 6323 4793 (Emilia)

BETUL KE TAK BOLEH GANTUNG GAMBAR DALAM RUMAH? KENAPA TAK BOLEH?

BETUL KE TAK BOLEH GANTUNG GAMBAR DALAM RUMAH? KENAPA TAK BOLEH?

Assalamualaikum pembaca setia Jiham.my. Betul ke kita tak boleh gantung gambar benda bernyawa dalam rumah? Admin pernah dengar yang kita tak boleh gantung gambar benda bernyawa masa zaman sekolah rendah dulu. Tapi kenapa ya? Min pun tertanya-tanya mengapa. Habistu kalau ambil gambar macam sekarang ni trend selfie, welfie ni tak boleh juga ke? Sebab kan tu ambil gambar bernyawa jugak kan? Hmm.
Jom kita rungkaikan persoalan ini. Dikatakan bahawa hukum menggantung gambar-gambar bernyawa pada dinding rumah adalah haram kerana menyebabkan malaikat tidak masuk ke dalam rumah. Imam Bukhari meriwayatkan di dalam sohihnya sebuah hadith dari A’isyah r.a. bahawa Rasulullah sa.w. bersabda :‘Sesungguhnya malaikat itu tidak memasuki rumah yang ada di dalamnya gambar. Dan barang siapa yang membuat gambar akan diazab pada hari kiamat, maka disuruh supaya ia hidupkan apa yang ia buat itu.’
Berkata Imam Manawi : “Yang dimaksudkan dengan gambar pada hadith ini ialah suatu yang mempunyai roh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yang tidak mempunyai roh seperti pohon-pohon kayu. Dan yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadith ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni-penghuni rumah. Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam.
Jadi gambar yang diharamkan untuk digantung di dalam rumah itu ialah gambar makhluk bernyawa sama ada separuh atau penuh. Tiada masalah untuk gantung gambar yang tidak bernyawa seperti kapal, laut, pokok dan sebagainya.
Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku “Seni Dalam Islam”, hukum gambar-gambar fotografi pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempnuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, orang-orang zalim, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng dan lain-lain tokoh bila mana menyokong atau mendorong mereka boleh meruntuhkan akhlak atau aqidah.

 

HUKUM GAMBAR FOTOGRAFI

Related image

Sumber: blog.polaroid.com

Fotografi dengan kamera adalah suatu yang baru yang tidak pernah wujud di zaman generasi Islam yang terdahulu. Oleh kerana ia adalah gambar yang dihasilkan oleh teknologi, maka ulamak kontemporari memberi pelbagai reaksi dan fatwa. Ada dua jenis iaitu gambaran:

1. Fotografi – adalah harus kerana tidak ada dalil yang mengharamkan (tafsir asyabuni, ms 438), Qardhawi (halal dan haram), mufti Mesir, Syaikh Bakhit, alQaulal Kafi fi Ibahat at Tasweer al Fotografi, maka hukum keatas hasil fotografi adalah harus menurut jumhur fuqaha’ hari ini.
2. Lukisan atau patung dan sebagainya – terdapat nas ke atasnya. HR Bukhari-Muslim,”siapakah yang lebih zalim dari orang yang cuba mencipta makhluk bernyawa menyerupai ciptaan-Ku?” Syafi’iyah mengharamkan (Imam nawawi, syarah sahih muslim, jld 7, ms 341); manakala lukisan selain makhluk bernyawa diharuskan.

Tiga ulamak besar abad ini:

1. Syaikh Muhammad al Bakhit, Mufti Mesir.

2. Syaikh ‘Atiyyah Saqr, Pengerusi Jawatankuasa al Azhar (Islam wa Masyaakil Hayah)

3. Prof Dr Yusof Qardhawi (Fatawa Mu’asarah)

Ketiga-tiga mereka bersependapat bahawa gambar yang dihasilkan oleh kamera (lazimnya fotografi) terkecuali dari perbahasan hukum lukisan, ukiran dan membuat patung yang jumhur ulamak mengharam jika bertujuan menandingi ciptaan Tuhan. Ini bermakna hukum bergambar dengan kamera adalah harus. Keharusan ini tidak meliputi gambar-gambar lucah dan gambar tokoh atau binatang yang ada hubungan dengan kebatilan/kezaliman dan ahli maksiat.

Related image

Sumber: rainbowgrovedreams.com

 

HUKUM MEMPERLIHATKAN GAMBAR

Qardhawi (Fatawa mu’asirat), harus jika motifnya bukan untuk disucikan atau bertujuan untuk riak atau mengagungkannya. Namun, pendapat di atas lebih kontemporari dan mengikuti perkembangan teknologi semasa. Di sana ada juga pendapat lain yang lebih bersifat menjaga dan lebih tegas. Ada juga yg mengharamkan menggantung sebarang gambar kerana ia akan membawa kepada pemujaan dan mengagungkan. Hukum ini terbina atas kaedah fiqh

Lil-wasaa-ili hukmul maqaasid” yang bermaksud : Hukum wasilah (jalan yang menuju, means) serupa dengan hukum tujuan (end). MEANS=END.

Contoh: Zina, hukumnya haram. Maka segala pekerjaan yang menuju kepada zina umpamanya rumah pelacuran, menyediakan tempat tawar menawar diantara lelaki dan perempuan, menyediakan kenderaan untuk pelacur, menjadi perantaraan untuk urusan pelacuran, menyediakan kemudahan untuk membolehkannya berlaku, telefon sesama laki perempuan bukan mahram dengan tujuan maksiat, berkhalwat berdua-duaan, berpantun manja, bertepuk tampar dan bercumbu-cumbuan lelaki dan perempuan, berdansa dan berjoget dan sebagainya juga HARAM.

Sesetengah ulama pula membezakan antara menggantung gambar makhluk bernyawa dengan gambar makhluk tidak bernyawa. Gambar makhluk yang tidak bernyawa dibenarkan seperti pemandangan dan lain-lain.

Adapun gambar-gambar pemandangan, contohnya seperti pohon-pohonan, kurma, lautan, perahu, gunung dan sebagainya, maka ini tidak dosa sama sekali baik si pelukisnya ataupun yang menyimpannya, selama gambar-gambar tersebut tidak melupakan ibadah dan tidak sampai kepada pemborosan. Kalau sampai demikian, hukumnya makruh.

Pendapat penulis blog Laman Nurani, boleh gantung (tidak termasuk menyimpan) gambar manusia. Tetapi kalau sampai riak atau pemujaan atau mengagungkan dan lain-lain,maka diharamkan tanpa kompromi. Gambar binatang, tidak ada sebab langsung untuk kita gantung lalu diHARAMKAN. Satu lagi dalam masyarakat kita suka gantung gambar keluarga dan konvo. Kalau gambar keluarga atau gambar ayah atau datuk waktu tentera dulu ok lah juga sebab kenangan. Tetapi perlu beringat, gambar konvo atau gambar apa pun, walaupun sebagai kenangan, ia boleh jadi nak menunjuk-nunjuk, kalau tak pun apabila orang datang dan bertanya tentang gambar tersebut akan menimbulkan rasa bangga, ujub, riak dan sebagainya. Maka akan jadi HARAM. Jadi kalau takut ada walau sekelumit pun perasaan tu, baik simpan dalam laci almari sahaja, fikirlah sendiri.

Sumber: Shutterfly

 

Kesimpulannya, fotografi, pada prinsipnya mubah/harus, selama tidak mengandungi objek yang diharamkan, seperti pornografi, disucikan oleh pemiliknya secara keagamaan ataupun disanjung-sanjung secara keduniaan.

Terakhir, apabila gambar yang diharamkan itu bentuknya diubah atau direndah-rendahkan sama ada berbentuk fotografi mahupun patung boleh berpindah dari lingkungan haram menjadi halal. Seperti gambar-gambar dan patung di lantai yang biasa diinjak oleh kaki dan sandal. [rujuk Halal dan Haram dalam Islam oleh Yusuf Qardhawi]. Jadi, mainan, teddy bear anak yang disepak terjal tak mengapalah. Adalah lebih baik tidak menyimpan ukiran ULTRAMAN, KAMEN RIDER atas meja, separuh badan atau sebagainya, tak rugi. Adalah lebih baik jangan simpan langsung replika seperti ini. Buat apa kita nak serabutkan rumah atau pejabat, nanti serabut jiwa. Hehe.

Walaubagaimanapun, setiap sesuatu yang halal atau dibenarkan itu bergantung kepada niat pelakunya. Macam anggurlah, asal mubah, diperah boleh minum, halal berkhasiat. Ada vitamin C lagi. Diperam masam, jadilah arak haram laknat. Kan ianya boleh berubah kepada yang haram kalau tujuannya itu adalah maksiat/syirik? Tambahan tajuk ini boleh berkait terus dengan aqidah. Nasihat untuk diri dan keluarga saya sendiri terutamanya, waspadalah kalau boleh jangan jadikan tradisi gantung gambar manusia sebagai amalan warisan takut jadi keperluan atau adat dalam masyarakat Islam kita seperti amalan musyrikin, punah nanti. Untuk lebih “berhati-hati”, ADALAH LEBIH BAIK kita tak gantung gambar2/foto manusia.

Memang tak salah gantung pun, macam membiarkan air bertakung, dan semak di rumah kitalah konsepnya. Tiada masalah pun. Tapi takut wabak Denggi menyerang, better clear semua tu. Prevention is better than cure. Cadangan: Buat album cantik-cantik, simpan elok-elok atas rak. Kalau anak cucu nak tengok ambil je lepastu simpan balik. Lebih selamat dan terjamin.

Jika mahu gantung gambar juga, seeloknya gantunglah gambar yang tiada iras manusia atau binatang. Lebih baik lagi jika menggantung frame ayat Al-Quran yang indah dan cantik, nanti kita, anak-anak dan cucu-cucu serta tetamu dapatlah tumpang lihat dan baca. InshaAllah dapat pahala tambahan. Semoga bermanfaat!
Sumber: Artikel mengenai Hukum Menggantung Gambar dari http://lamannurani-mrpresident.blogspot.com/2009/09/hukum-menggantung-gambar.html
JANGAN BELI HIASAN KHAT SELAGI BELUM BACA ARTIKEL INI

JANGAN BELI HIASAN KHAT SELAGI BELUM BACA ARTIKEL INI

Assalamualaikum semua!

Admin nak pesan ni, jangan beli hiasan khat selagi belum baca apa yang admin nak kongsikan mengenai sedikit sebanyak tentang tulisan khat. Siapa kat sini familiar dengan khat? Kalau orang tanya apa itu khat? Apa yang kalian akan jawap? Haaa, lost words kan? Jom, kita dalami sedikit mengenai khat.

Khat atau kaligrafi adalah tulisan dalam Islam yang pernah dituturkan luas melalui lisan kemudian ianya luas menjadi tulisan oleh umat Islam. Seni ini terus meluas dari masa ke semasa  sehinggalah ia menjadi sangat terkenal dan diminati oleh penggiat seni tulisan dalam masyarakat Islam (Yasin Hamid Safadi, 1971:19). Fokus seni ini adalah lebih kepada hasil tulisan yang menggunakan pelbagai corak dan gaya dengan menghasilkan rangkaian huruf, kalimah dan ayat yang ditulis secara sistematik, indah dan sempurna.

Terdapat beberapa jenis khat tetapi hari ini admin mahu kita fokus hanya pada 3 jenis tulisan khat ini dahulu iaitu khat Thuluth, Diwani dan Kufi.

 

  1. Khat Thuluth

Thuluth merupakan gaya abjad tulisan tangan zaman pertengahan Islam. Thuluth (bahasa Arab : “satu pertiga”). Skrip Thuluth yang besar, elegan dan melengkung digunakan sebagai hiasan masjid pada zaman pertengahan. Sekarang ini pun Thuluth banyak digunakan sebagai hiasan di masjid. Huruf khat Thuluth ini tebal-tebal. Contoh macam gambar dibawah ini.

Khat Thuluth

2. Khat Diwani

Skrip Diwani adalah gaya melengkung khat Arab yang berkembang semasa pemerintahan awal Empayar Ottoman Turki (abad ke-16 dan awal abad ke-17). Diwani dibezakan dengan kerumitan pada garis dalam huruf dan jarak dekat huruf dalam perkataan. Satu variasi Diwani iaitu Diwani Jaliy mempunyai banyak tanda baris dan hiasan. Ayat senang fahamnya kalau nak tahu khat tu khat Diwani, selalunya dia ada banyak hiasan titik-titik tu. Huruf dia pula melengkung dan membulat.

Khat Diwani

 

3. Khat Kufi

Kufi adalah gaya lebih geometrik dan jelas. Bentuk tulisannya adalah menegak dan melintang. Cara penulisannya yang menggunakan pembaris dan alat pengukur adalah aspek utama dalam menentukan ketepatan gaya Kufi. Mushaf pertama yang ditulis pada zaman Rasulullah s.a.w adalah gaya Kufi.

Khat Kufi

Menarik bukan? Ada banyak lagi tau jenis khat ni contohnya khat Nasakh dan Ta’liq atau Natsta’liq atau Parsi. Bila kita dah tahu sedikit sebanyak mengenai tulisan khat ini barulah kita boleh mula memilih dan membeli hiasan dinding khat ini sebab min tak mahu kalian kena tipu. Takut tulisan dekat hiasan dinding tu tak authentic, tak asli. Haa, sebelum beli kita kena pastikan dulu tau. Boleh dipercayai atau tidak seller tu. Memanglah nak buat untuk hiasan mencantikkan rumah sahaja tetapi kita pun mestilah nak dapat manfaat daripada ayat yang terukir di hiasan dinding tu kan? Killing two birds with one stone gitu orang kampung min cakap. Hehe.

Lepastu, ada ke dikalangan ahli keluarga atau kawan-kawan kita yang berminat atau ada bakat dalam penulisan khat? Baru-baru ni min dapat informasi yang Kolej Restu ada membuka peluang pembelajaran di peringkat Diploma dalam Seni Mushaf dan Kaligrafi atau bahasa kampung admin Diploma in Islamic Fine Arts & Calligraphy, JPT/BPP (MQA/A9462).

Apa yang program ini tawarkan? Daripada pembacaan admin, program ini telah dibangunkan untuk menghasilkan pakar dalam kesenian Islam terutamanya dalam seni khat dan penyalinan Al-Quran. Ia adalah gabungan Seni Islam kontemporari dan tradisional. Sukatan pelajaran yang mereka tawarkan merangkumi aplikasi grafik dan penghasilan karya seni islam.

Tempoh belajar? Cuma selama 2 tahun setengah sahaja, ada dalam 7 semester.

Syarat kelayakan pula macam mana min? Syarat kelayakan yang mereka nyatakan adalah perlu lulus SPM atau SPMV dengan mendapat 3 kredit.

Macam mana pula dengan career path kita kalau ambil program ni? Haa, ni yang ramai tak tahu. Ada banyak karier yang kita boleh jadi tau. Kita boleh jadi kaligrafi profesional, pelukis kesenian Islam, pereka grafik, usahawan kesenian Islam, guru kaligrafi berkelayakan dan jadi kurator muzium. Apa yang min faham long journey karier ini kita akan dapat kebebasan masa sebab penulisan khat ni buat dekat rumah pun boleh. Best kan? Silap haribulan Jiham.my recruit jadi salah seorang penulis khat team kami. Wah! Harap berjodoh la kita nanti hehe.

Cerita punya cerita, admin cuma berkongsi sahaja. Kalau mahukan lebih informasi boleh hubungi pengurusan mereka di www.restucollege.edu.my atau cari facebook mereka facebook.com/restucollege. Oh ya, Kolej Restu ni ada di Shah Alam, Selangor. Dekat Seksyen 10.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat!

 

Sumber: Artikel Jenis Khat Kaligrafi Islam di https://mimartwork.com/calligraphy/jenis-khat-kaligrafi-islam/

 

TIPS MEMILIH LAMPU UNTUK KEDIAMAN

TIPS MEMILIH LAMPU UNTUK KEDIAMAN

Assalamualaikum, hi what’s up guys?

Baru-baru ini ada yang direct message admin bertanya pendapat admin mengenai cara bagaimana untuk memilih lampu di ruang tamu. Haa, ini maknanya tiba masa untuk admin berkongsi tips memilih lampu yeayy!

Okay, setiap ruang kediaman memerlukan teknik pencahayaan yang tepat. Hal ini kerana penggunaan berbeza jenis pencahayaan mempengaruhi perbezaan mood dan suasana. Pencahayaan ruang kediaman kita ini bukan hanya terhad kepada jenis mentol LED atau lampu kalimantang sahaja tau. Ada pelbagai lagi jenis rekaan seperti lampu bawah (downlight), lampu gantung (chandelier), lampu sorot (spotlight) dan banyak lagi yang sesuai dijadikan pilihan untuk kediaman kita. Disini admin sertakan beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih lampu:

 

  1. Kira dan lukis titik lampu di sehelai kertas

Sebelum ke kedai lampu, kira dahulu berapa jumlah lampu yang perlu di beli. Ambil sehelai kertas, lukiskan petak-petak ruang di dalam kediaman, tandakan lokasi lampu. Jika di tengah, letak di tengah, jika di tepi, letak di tepi. Ini bagi mengelakkan kita tersilap membeli jumlah lampu atau tersalah memilih jenis lampu. Ingat, kita ada lampu siling, lampu gantung, lampu dinding, lampu spotlight dan lain-lain lagi. Perlu merancang dari awal agar tidak penat dan tidak membazir waktu ketika membeli. Semasa menanda, sebaiknya menggunakan simbol yang berlainan untuk jenis lampu yang berlainan. Bawa kertas yang telah kita lakarkan bersama semasa pergi ke kedai lampu.

 

2. Lampu putih dan kuning

Setiap kediaman mesti mempunyai lampu berwarna putih dan kuning di setiap ruangan yang beraktiviti. Ini adalah untuk memastikan kesenangan di kemudian hari. Untuk lampu kuning, penggunaannya adalah secara lampu downlight kecil, lampu berdiri atau lampu spotlight. Lampu meja juga boleh digunakan dengan lampu kuning bagi penggunaan pada waktu malam. Lampu kuning sangat penting lebih-lebih lagi ketika sedang membesarkan anak-anak kerana penggunaan lampu kuning mampu menambahkan selera makan, menambah suasana romantik dan mengantuk. Lampu kuning membantu mencipta suasana santai dan tenang.

Image result for lampu kuning

Perbezaan lampu kuning dan lampu putih. Sumber: wanista.com

 

Lampu putih adalah keperluan untuk melihat lebih jelas. Jika seluruh kediaman menggunakan lampu kuning, ia boleh menyebabkan kita mendapat penyakit seperti migrain.

Penggunaan lampu kuning adalah sebagai tambahan pencetus suasana dan mood yang berlainan. Sekiranya mempunyai peruntukan lebih, pasangkan lampu putih dan kuning di setiap ruang. Dipasaran kini sudah ada lampu putih dan kuning dalam satu lampu sahaja. Sekali petik suis lampu kuning, kedua kali petik suis dia bertukar warna putih dan kali ketiga petik suis warna lampu menjadi campuran lampu kuning dan putih. Magic! hehe.

 

3. Pemilihan gaya

Semasa membuat pilihan lampu, rujuk semula kertas yang mencatatkan jumlah lampu dan lokasi lampu yang telah kita rancangkan. Pilih lampu untuk ruang demi ruang. Mulakan dengan pemilihan ruang yang paling teruja untuk kita dekorasikan seperti ruang tamu dan juga ruang makan. Kemudian baru buat pemilihan lampu untuk bilik tidur dan sebagainya. Beberapa cadangan gaya lampu untuk ruang yang berbeza:

i. Lampu downlight

Lampu downlight boleh digunakan jika kita inginkan pencahayaan untuk keseluruhan ruang. Lampu ini sesuai bagi mereka yang tidak mahu runsing memikirkan jenis lampu hiasan lain yang diinginkan.

Penggunaan lampu downlight atau lampu bawah yang memberikan serakan cahaya yang seragam.

ii. Chandelier

Untuk mereka yang mahukan dan sukakan identiti, boleh menggunakan lampu gantung atau chandelier. Lampu ini menimbulkan mood mewah dan elegan. Lampu jenis gantung ini sesuai diletakkan di ruang tamu atau anjung rumah.

Penggunaan lampu chandelier menimbulkan aura mewah dan tersendiri.

 

iii. Lampu spotlight

Bagi lampu belakang rumah ataupun ruangan yang kita inginkan pencahayaan terus contohnya seperti bingkai gambar (ala ala galeri gitu) boleh gunakan lampu spotlight yang ada sensor atau tidak ada sensor.

Penggunaan lampu spotlight untuk memberi fokus pada objek yang kita mahukan diberi perhatian.

 

Penggunaan lampu spotlight.

 

4. Memilih ikut saiz dan keperluan ruang

Semasa memilih lampu, perlu tahu tujuan ruang tersebut dan saiznya.

i. Ruang bersaiz kecil

Untuk ruang yang bersaiz kecil, gunakan lampu yang bersaiz kecil dan ber watt rendah. Jika menggunakan lampu downlight, bilik kecil sudah mencukupi dengan hanya 1 atau 2 downlight sahaja.

ii. Ruang bersaiz besar, gunakan lampu yang bersaiz besar dan ber watt tinggi. Untuk bilik yang bersaiz besar memerlukan lampu downlight di semua penjuru jadi perlukan 4 downlight. Manakala jika ruang yang lebih besar boleh letakkan downlight jarak selang 2 meter, mungkin memerlukan 6 hingga 8 downlight. Ia terpulang mengikut ruang. Pastikan setiap sudut boleh mendapat pencahayaan yang cukup.

Bagi ruang yang besar, kita boleh asingkan suisnya. Jadi apabila ingin menggunakan sebahagian ruang, tidak perlu membuka kesemua lampu. Jimat bukan?

Penggunaan lampu downlight.

 

Penggunaan lampu downlight.

Tips, jika mahukan lampu di sudut tertentu sahaja, elok gunakan downlight, tetapi jika inginkan cahaya untuk satu ruang sahaja, boleh gunakan lampu gantung (chandelier) kerana cahaya tersebut akan pecah dan pergi ke semua arah.

 

5. Rujuk majalah dan imej carian Google

Kebanyakan orang akan keliru mengenai lampu ini kerana terlalu banyak jenis dan reka bentuk lampu yang menarik tersedia dipasaran. Ramai tanya admin, lampu jenis apa yang sesuai di satu-satu ruang. Jawapan admin, pilihan di tangan kita. Orang lain tidak dapat merasai kepuasan diri kita. Jadi, apa yang boleh dibuat adalah dengan merujuk majalah-majalah dekorasi dan dapatkan imej-imej di carian Google untuk mendapatkan imej ruang yang mempamerkan lampu yang disenangi oleh diri kita dan keluarga. Cuba dapatkan reka bentuk lampu yang sama atau hampir sama dengan lampu yang dilihat di majalah dan carian google itu tadi.

Semoga bermanfaat!

 

Diolah daripada artikel Tips Membeli Lampu Untuk Kediaman Baru nukilan Khairunnisa Hamzahara 


 

TUTORIAL CERMIN DIY YANG JIMAT BERGANDA

TUTORIAL CERMIN DIY YANG JIMAT BERGANDA

Assalamualaikum dearies! Harini admin nak share tutorial cermin DIY daripada Puan Wan Helmi Noordin  daripada Penang. Ingat lagi apa fungsi cermin dalam hiasan dalaman rumah? Cermin berfungsi untuk memberi ilusi ruang yang luas pada kediaman kita. Like a magic! Rumah terus nampak luas. Cermin reka bentuk begini di pasaran bernilai ribuan ringgit juga jika kita ambil yang terus siap. Siapa sahaja yang tidak mahu berjimat bukan? Apa lagi, kerah sedikit tenaga dan masa buat sendiri. DIY! Jom kita lihat bagaimana orang rumah Puan Wan membuat cermin ini.

Sekeping RM2.10 di kedai RM2. Beli mengikut jumlah berapa keping yang mahu digunakan, beliau menggunakan 36 keping cermin. Beli lebih pun tak mengapa sebagai backup spare ganti yang mungkin akan pecah dalam proses pembuatan. Better be safe than sorry kan? Hehe. Puan Wan ini pergi ke beberapa kedai RM2 kerana kedai tersebut tiada banyak stok yang available. Gunting plastik dekat belakang cermin dengan berhati-hati ya, jangan sampai calar dan untuk elakkan kita tercedera pula.

Lukis dekat dinding reka bentuk yang kita mahukan. Jika mahukan ada jarak, daripada awal kena ukur dahulu jarak itu. Jika kurang kerajinan untuk memotong cermin,  terus tampal sahaja cermin itu dengan bentuk asalnya segi empat tepat.

Potong cermin guna pemotong cermin. Harga pemotong cermin RM7.50 sahaja di kedai Mr. DIY. sapu minyak tanah sebelum potong. Pemakaian cermin mata keselamatan perlu untuk elakkan kejadian yang tak diingini.

Proses mula menampal cermin ke dinding. Pastikan gam yang digunakan kuat. Puan Wan menggunakan brand Ace. Gamnya seperti gam tikus. Cadangan gam lain:

Proses penampalan hampir lengkap. Cermin lebihan yang kecil itu letak di atas bucu cermin. Tampal dalam bentuk segi tiga.

Kepingan terakhir ditampalkan. Puan Wan mengambil masa selama 2 minggu untuk menampal cermin kerana kekangan masa dan komitmen lain.

Bingkainya pula Puan Wan beli secara online. Material getah bukan kayu. Makluman daripada Puan Wan, beliau cadangkan lebih baik menggunakan frame kayu. Beliau tersalah beli namun terus menggunakan apa yang ada kerana tidak mahu membazir.

Bingkai getah itu kemudian diwarnakan dengan warna coklat. Untuk menampakkan ilusi kayu pada bingkai.

Disebabkan bingkai getah itu terlampau berat, beliau tidak dapat semata-mata gam sahaja bingkai tersebut.  Pemasangan bingkai menggunakan skru.

Kemudian proses mengecat sekali lagi untuk mendapatkan hasil yang menarik. Tulisan ini aktiviti tambahan kata beliau sebab selepas suami beliau palam lubang skru tadi yang agak mengecewakan bagi beliau sebab agak merosakkan cat rumahnya, suami beliau mengambil keputusan untuk menulis 2,3 patah ayat romantik sedikit. Supaya beliau teringat setiap kali melihat cermin tersebut katanya. Hehe.

Akhirnya, siap! Cuci cermin dengan glass cleaner menggunakan surat khabar. Hasilnya, berkilat bak hang!

Sedikit dekorasi untuk majlis hari jadi Naail & Miqael.

Hasilnya memuaskan! Rumah nampak luas dan elegan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

5 TANAMAN MAMPU BERSIHKAN UDARA DALAM RUMAH

5 TANAMAN MAMPU BERSIHKAN UDARA DALAM RUMAH

Dewasa ini, ramai penghuni kediaman yang berkongsi kelebihan menanam pokok ular atau snake plant di dalam rumah. Ia dikatakan mampu membersihkan udara di dalam rumah secara semulajadi.

Sebenarnya terdapat banyak lagi tanaman yang mampu memperbaiki kualiti udara di dalam rumah. Hal ini kerana sifat semulajadi tumbuh-tumbuhan adalah mereka mampu menukarkan karbon dioksida kepada oksigen.

Bagi penghuni kediaman yang tidak mempunyai air freshener, meletakkan pokok ini di dalam rumah mampu memberi udara yang lebih bersih dalam kediaman.

Pokok-pokok ini juga sangat cantik jika diletakkan di dalam rumah, menambahkan seri dan memberi aura segar.

Suka untuk admin kongsikan 5 tanaman yang mampu membersihkan udara di dalam rumah. Antaranya ialah:

 

  1. Pokok Sirih Gading

Bentuk daunnya seakan-akan daun sirih tetapi ada antaranya jenis bertompok putih, membuatkan tumbuhan hiasan ini digelar sirih gading atau nama lainnya golden pothos atau money plant. Ia menjadi pilihan pokok hiasan kerana tahan lasak. Hanya berbekalkan air, sirih gading mampu untuk terus hidup subur dan menjalar hingga ke beberapa meter ukurannya selain dipercayai mempunyai pertumbuhan yang begitu pantas sekali.

Selain daripada mempunyai fizikal yang cantik, sirih gading sering kali dipilih menjadi hiasan kerana keberkesanannya menjadi penyerap kepada wap kimia seperti toksik udara dalam ruang umum yang dikeluarkan elemen tertentu termasuk penutup lantai, bahan pencuci, pelekat dan bahan binaan.

Penjagaan tanaman sirih gading sangat mudah iaitu dengan menjaga kelembapan tanah dengan melakukan penyiraman secara rutin. Oleh kerana sirih gading adalah sejenis pokok hiasan berdaun, maka untuk mendapat daun yang cantik, gunakan baja campuran yang mempunyai kandungan N tinggi atau baja seimbang seperti NPK 8:8:8 dan NPK 15:15:15.  Ikut peraturan untuk mendapat sukatan yang betul.

Tidak banyak penyakit atau serangga yang menyerang pokok sirih gading, tetapi yang sering berlaku ialah daunnya mudah melecuh kerana terik matahari.  Oleh itu, semburan rancun kulat dan serangga perlu dilakukan sebagai langkah pencegahan. Sebagai contoh, semburan racun daripada proinsect dapat membantu mengusir kulat dan serangga daripada hiasan tanaman ini.

Perlu ambil perhatian, menurut penelitian sirih gading mengandung racun dan sangat berbahaya bagi haiwan peliharaan termasuk racun bagi kucing dan anjing dengan gejala berupa iritasi oral, muntah, dan kesukaran menelan.

Pokok Sirih Gading

 

2. Aloe Vera

Pokok lidah buaya atau nama saintifiknya aloe vera merupakan antara pokok hiasan yang dikenali di kalangan penghias rumah. Ia turut dikenali sebagai ‘cape aloe’ yang berasal dari keluarga ‘lily’ dan berair dengan daun yang tebal serta berduri kelihatan seperti pokok kaktus. Bukan sahaja mempunyai khasiat yang banyak terutama untuk kulit, tetapi ia juga mampu membersihkan udara di dalam rumah.

Lidah buaya gemar pada kawasan yang mempunyai cahaya matahari selama 8 hingga 10 jam dalam sehari. Tanaman ini dapat bertahan di cuaca yang sejuk dalam keadaan dorman. Akan tetapi, cuaca di negara kita amat sesuai dalam penanaman lidah buaya.

Lidah buaya hidup dalam keadaan yang kering, dan boleh membusuk apabila ditanam di tanah yang bertakung air. Gunakan media yang sesuai. Contohnya, campurkan pasir, tanah, dan kerikil dengan kadar ratio yang sama. Apabila anda menanamnya di dalam pot, pastikan pot tersebut mempunyai lubang di bahagian bawahnya agar air dapat keluar dari dalam pot. Letakkan akar lidah buaya tepat di bawah permukaan tanah. Jika ada bahagian daun yang berwarna hijau dan tebal tertimbun atau tersentuh pada bahagian tanah, daun tersebut boleh membusuk. Perhatikan keadaan aloe vera dari masa ke semasa.

Aloe Vera

 

3. Monstera Deliciosa

Selain membuat suasana menjadi terasa lebih sejuk, kehadiran tanaman monstera di dalam ruangan dipercayai mampu menambah produktiviti dan dapat meningkatkan mood kita. Monstera memiliki ukuran raksasa dengan ciri khas daun yang berlubang dan memiliki kemampuan untuk tumbuh puluhan meter. Walaupun monstera mampu membersihkan udara di dalam rumah, namun perlu dielakkan daripada jangkauan kanak-kanak kerana memakan daunnya boleh menyebabkan iritasi pada mulut. Penjagaan monstera ini sangat mudah:

1. Letak di kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari, contoh tepi tingkap. Kena indirect sunlight.
2. Siram air bila permukaan atas tanah tu rasa kering. Kalau rasa lembap lagi tak perlu sebab terlebih air nanti akarnya membusuk.
3. Baja sebulan sekali.
4. Cuci daunnya dengan pencuci pinggan dan air. Lap sahaja. Monstera ini menyerap habuk, jadi banyak habuk akan terlekat pada daunnya. Untuk monstera berfungsi dengan lebih baik, perlu kerap mengelapnya.

Monstera Deliciosa

 

4. Dracaena

Dracaena mampu menyingkirkan udara yang tercemar, mengawal haba yang panas dan malah dapat melegakan masalah pernafasan. Penggunaan Dracaena sebagai tumbuhan indoor plant ini sesuai bagi mereka yang bekerja di pejabat kerana ia dapat merangsang aura positif.

Walaupun dracenes begitu serupa dengan pokok palma, mereka tidak bertolak ansur dengan cahaya matahari langsung. Jadi letakkan mereka tidak terlalu dekat dengan tingkap (indirect sunlight). Indeks kelembapan di dalam bilik tidak boleh kurang daripada 50%, jika tidak, daun dracaena kering. Penyiraman air boleh dilakukan dua atau tiga kali sehari. Pemberian air pada dracaena lebih baik jika diberi secara semburan.

Dracaena

 

5. Spider Plant

Antara kebaikan spider plant ini ialah ia merupakan sumber oksigen dari daun–daunnya yang rimbun serta saling berhimpitan. Mampu menyerap karbon monoksida dan karbondioksida di samping mengurangi panas yang diterima bangunan melalui dinding. Spider plant ini juga sangat efektif dalam menyerap debu simen.

Tanaman spider plant ini hanya memerlukan cahaya matahari dengan suhu sekitar 18 hingga 23 darjah celcius dan sedangkan pada siang hari tanaman ini memerlukan suhu sekitar 10 hingga 12 darjah celcius. Tak memerlukan pencahayaan terus, asalkan berada di tempat yang ada pencahayaan matahari (indirect sunlight). Sebab asas semua tumbuhan perlu ada cahaya matahari walau sedikit pun, itu makanan dia. Letak dekat dengan kawasan tingkap pun dah okay, ada cahaya ????

Dalam melakukan penanaman dan perawatan tanaman spider plant ini kita perlu perhatikan keadaan daun dari tanaman spider plant ini, jika daun tanaman muncul bintik-bintik hitam dan daun berwarna kuning maksudnya tanaman terlalu banyak air, dan jika tanaman spider plant kekurangan air maka daunnya akan layu. Daun yang dah kekuningan dan kering kena terus petik sebelum merebak ya.

Spider Plant

Sebenarnya, ada banyak lagi tanaman yang mampu menyegarkan udara di dalam rumah di samping mencantikkan rumah tau. Luaskan pandangan kita, inshaallah banyak lagi yang kita akan pelajari. Semoga bermanfaat!

5 TIPS HIASAN DALAMAN RUMAH KECIL TAMPAK MEWAH

5 TIPS HIASAN DALAMAN RUMAH KECIL TAMPAK MEWAH

Memiliki rumah bersaiz kecil tidak menghalang kita untuk mendapatkan mood atau reka bentuk kediaman yang mewah. Mari sya kongsikan 5 tips hiasan dalaman untuk rumah kecil tampak mewah.

 

  1. Dinding menggunakan satu tona warna sahaja iaitu warna kelabu lembut untuk menimbulkan ilusi ruang nampak redup dan luas. 

    Code cat: Nippon Paint Stiletto Gray
    Colorants Band: [A-1]

  2. Menggunakan divider ukiran tebuk terus. Ukiran ini diletakkan untuk membahagikan ruang ‘foyer’ dan ruang tamu dalam masa sama menjadi hiasan dinding di belakang sofa. Ini membuatkan ruang nampak mewah dan penuh.

 

3. Menambah elemen ‘royal blue’ pada sofa untuk menimbulkan mood mewah.

 

 

4. Menambah pvc ceiling atau hiasan lampu pada ruang makan untuk menambahkan elemen mewah pada ruangan rumah  dalam kadar minima.

5. Menggunakan permaidani dengan gabungan warna dan corak abstract yang lembut untuk beri impak harmoni pada ruang.

            

Semoga bermanfaat!

4 CARA MEMBUAT RUMAH NAMPAK LEBIH LUAS

4 CARA MEMBUAT RUMAH NAMPAK LEBIH LUAS

Salah satu cara untuk membuat rumah nampak lebih luas adalah dengan memaksimakan pencahayaan semulajadi. Sememangnya pencahayaan semulajadi menjadi keutamaan hiasan dalaman kerana ia memberi banyak faedah kepada rumah dan pemilik rumah. Selain daripada dapat membantu mengurangkan penggunaan elektrik pada waktu siang, penggunaan cahaya semulajadi juga dapat meningkatkan produktiviti, menceriakan suasana rumah, merangsang vitamin D dan memperbaiki suasana keseluruhan.

Bagaimana nak memaksimakan pencahayaan semulajadi supaya rumah nampak lebih luas? Jom, admin kongsikan 4 points penting.

  1. Kurangkan perabot atau kecilkan saiz perabot

Salah satu cara untuk memaksimakan kemasukan cahaya semulajadi ke dalam rumah adalah dengan mengurangkan jumlah perabot di dalam rumah. Keluarkan perabot yang tidak perlu dan nanti kita akan dapat rasa betapa lapangnya ruanga rumah kita. Jika kita tidak mahu mengurangkan perabot ataupun tidak mahu membuang perabot, kita boleh alihkan perabot yang bersaiz besar jauh daripada pintu dan tingkap supaya lebih banyak cahaya matahari dapat masuk ke dalam rumah.

2. Penggunaan pintu atau tingkap kaca

Penggunaan pintu dan tingkap kaca dapat membantu memaksimakan kemasukan cahaya matahari ke dalam rumah.

3. Penggunaan cermin

Cermin dapat membantu meluaskan ruang melalui pantulan. Jika kita tinggal di rumah yang bersiling rendah, kita boleh letak satu cermin besar di dinding untuk mendapatkan cahaya semulajadi sebanyak yang mungkin. Cahaya matahari yang masuk melalui tingkap akan dipantulkan oleh cermin ke segenap ruangan yang tidak terdedah pada sinaran cahaya matahari sekaligus memberikan keceriaan pada keseluruhan ruang. Cermin ini membawa kesan seperti tingkap terbuka dan mambantu menampakkan seolah-olah sesuatu ruangan itu tampak luas. Selain memasang cermin yang besar, kita juga boleh membeli perabot-perabot dengan sentuhan cermin atau kilauan logam.

 

4. Gunakan material fabrik yang nipis

Jika kita inginkan ruangan nampak luas dan terang, kita perlu elakkan penggunaan langsir berfabrik tebal seperti baldu. Langsir dengan fabrik tebal akan menyebabkan ruangan nampak gelap, sempit dan kelam kerana ia meminimumkan kemasukan cahaya matahari. Sebaliknya, pilihlah fabrik nipis seperti linen dan kain kapas. Fabrik seperti ini membantu memaksimakan kemasukan cahaya matahari.

 

Diolah daripada artikel 6 ways to brighten up your apartment with natural light 
nukilan Stephanie Yap

 

 

INSPIRASI DEKORASI INSTAGRAM

INSPIRASI DEKORASI INSTAGRAM

Sekarang ni dah ramai sangat yang mula menceburkan diri dalam bidang Interior Design (ID) sama ada sekadar untuk suka-suka ataupun secara serius. Kebanyakannya yang tertarik untuk belajar ni adalah mereka yang mempunyai rumah sendiri atau rumah sewa, sebab nak jadikan kediaman tu satu tempat yang menyenangkan mata dan menyedapkan hati. Betul tak? Kecenderungan untuk menambahbaik dan mencantikkan kediaman ni juga boleh dikategorikan sebagai satu hobi tau. Hobi menghias rumah.

Sya ada follow beberapa account instagram ni yang owner dia yang suka berdekorasi dan minat menjurus pada ID. Dari situ juga sya dapat idea dekorasi dan macam wah banyak betul benda baru sya dapat belajar. Meh sya share beberapa account yang feed mereka sangat menarik. Antaranya:

  1. @wawalittlehome

 

2. @scandinavianhomes

 

3. @nandhhome

4. @mynordicroom

 

5. @homebyharz

 

6. @homedecor_byreens

7. @homedecor_shabbychic

8. @linaizzati

 

9. @fydafarisha

10. @caspiahome

11. @lifelikevino

Ada tak mana-mana account instagram yang korang follow dan feed serta perkongsian mereka dapat berikan idea atau inspirasi? Meh share dengan sya, nak juga lihat hasil dekorasi mereka. Boleh comment di bawah, nanti sya lihat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

 

 

MOOD ‘FRESH’ DENGAN SENTUHAN ALAM

MOOD ‘FRESH’ DENGAN SENTUHAN ALAM

Trend terkini yang kian hangat dikalangan pencinta seni penataan ruang iaitu trend dekorasi yang menggunakan kehadiran pokok hiasan sangat memberikan impak ‘fresh’ pada ruangan rumah. Pokok hiasan berdaun tiruan seperti monstera, kaktus, ketapang, pisang atau ‘window plant’ dapat menambah keharmonian dalam satu-satu ruang sekaligus menimbulkan mood segar. Selain dari itu, penjagaan pokok hiasan berdaun tiruan ini lebih tahan lasak dan mudah dijaga. Ianya mampu bertahan bertahun lamanya.

Pemilihan saiz pokok hiasan untuk diletakkan di dalam rumah itu sangatlah penting. Bagi ruangan rumah yang bersaiz kecil, tidak semestinya kita hanya boleh memilih pokok yang bersaiz kecil juga. Sebaliknya, kita boleh meletakkan pokok hiasan bersaiz besar kerana pokok hiasan yang bersaiz besar ini membantu kita untuk mencipta ilusi ruang yang nampak luas. Namun, ia mengehadkan pula susun atur perabot lain. Oleh itu, bagi menyelesaikan isu ini, sangat disarankan pemilik rumah untuk menggunakan konsep ringkas dalam pemilihan perabot. Konsep ringkas itu adalah dengan meletakkan sedikit sahaja perabot dan melebihkan pula susun atur. Jika kita mahu kekalkan susunan sedia, kita masih boleh mewujudkan mood segar itu dengan penggunaan pokok hiasan bersaiz kecil juga.

Bagi ruangan yang bersaiz besar pula, kita bebas memilih pokok bersaiz besar atau kecil. Hal ini bagi menampakkan ruang lebih menarik dan menyejukkan mata kita. Disini sya kongsikan tips untuk memaksimakan impak penggunaan pokok hiasa berdaun tiruan ya. Semoga bermanfaat!

1. Tempatkan pokok, daun dan bunga hiasan plastik dalam pasu lutsinar berisi air.

• Kombinasi flora dan elemen alam, air, membuatkan pokok dan bunga plastik lebih segar seakan-akan asli.

2. Tempatkan pokok dan bunga hiasan plastik bersama tanaman asli.

3. Pilih pasu organik untuk memberi kesan alami.

• Pokok dan bunga hiasan plastik ini tidak akan layu, justeru pelbagaikan pilihan pasu dengan rekaan unik seperti anyaman rotan dan kantung jerami.

4. Hias bunga hiasan plastik secara menegak.

• Teknik gubahan dan hiasan menegak ini lebih sesuai bagi dekorasi dinding seperti di ruang tamu atau bilik tidur.

5. Jaga kebersihan pokok dan bunga hiasan plastik.

• Pokok dan bunga hiasan plastik mudah mengumpul debu, jadi jauhkan hiasan ini daripada tingkap atau pintu dan lakukan pembersihan secara rutin

 

Artikel asal diolah daripada nukilan Aniza Zainudin 
dengan artikel bertajuk Mood Segar Dengan Daun Tiruan
POKOK DAN BUNGA PALSU BERBAHAYA UNTUK RUMAH

POKOK DAN BUNGA PALSU BERBAHAYA UNTUK RUMAH

Eh? Berbahaya ke kalau guna pokok dan bunga palsu dekat rumah?

Dewasa ini dekorasi rumah yang mempunyai aura dan sentuhan tumbuh-tumbuhan adalah antara dekorasi yang paling win! Aura yang dipancarkan dengan warna kehijauan alam tu memberikan suasana yang tenang dan damai. Tetapi, kos penyelenggaraan dan penjagaan tumbuhan segar ini agak memakan masa dan jumlah wang yang banyak.

Daripada dulu lagi greenery interior trend ni dah ada dan sekarang ni idea dekorasi itu menjadi lebih mudah bila hadirnya pokok dan bunga palsu ni. Ya, dulu item pokok dan bunga palsu ni sangatlah tidak disukai ramai tetapi sekarang ni industri itu telah berkembang dan mereka dah naik taraf hingga pokok dan bunga palsu itu nampak sangat nyata, sangat REAL!

Persoalannya, berbahaya ke kalau guna item ni sebagai sebahagian daripada dekorasi? Jawapannya, ya. Berbahaya sebab kita akan menyebabkan ramai orang iri hati melihat dekorasi rumah kita yang nampak segar dan mewah lepastu menggunakan penjagaan yang minimal je. Hehe.

Sebenarnya ada banyak kebaikan guna pokok atau bunga palsu ni.

  1. Mereka kekal segar sepanjang tahun

Kebaikan yang paling ketara adalah pokok dan bunga palsu ini akan kekal segar sepanjang tahun tidak mengira musim. Untuk pokok biasa, ianya tidak terkesan dengan musim tetapi untuk pokok bunga pastinya ia mempunyai musim tersendiri untuk ia mekar dan kemudian layu. Jadi, penggunaan bunga palsu pastinya menyelamatkan kita daripada situasi tersebut.

    2. Kos efektif

Menghiasi rumah dengan bunga segar akan memakan kos yang tinggi kerana mereka perlu ditukar sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu atau sebulan. Tanaman rumah (house plant) mempunyai jangka hayat yang lebih panjang namun ia tetap perlu ditukar jika tidak dijaga dengan cara yang betul. Pokok dan bunga palsu berkualiti tinggi adalah agak mahal untul dibeli pada permulaannya, namun mereka adalah pelaburan yang berbaloi kerana mereka mampu bertahan bertahun-tahun lamanya jika dijaga dengan baik dan ini sekaligus membuktikan betapa sangat kos efektif penggunaan pokok dan bunga palsu.

     3. Tidak berbahaya kepada haiwan peliharaan

Antara masalah yang akan hadir apabila menggunakan pokok dan bunga segar di dalam rumah ialah terdapat pelbagai tumbuhan yang berbahaya kepada haiwan peliharaan. Contohnya seperti bunga lilies dan aloe vera, dan ada banyak lagi tumbuhan yang berbahaya untuk haiwan peliharaan kita jika mereka memakannya. Haiwan peliharaan kita seperti kucing, rabbit pulak tu tak reti duduk diam, nak gigit segala benda kan? Dia ingat semua boleh dimakan, haihh. Sebab tu lah, pokok dan bunga palsu adalah pilihan terbaik dan selamat untuk kita yang ada bela haiwan di rumah. Dan, kita juga boleh kurangkan risiko balik rumah stress tengok gubahan bunga kita mendapat sentuhan tambahan daripada kucing kita! Hahaha.

   4. Mudah alih dan boleh diletakkan di mana-mana sahaja di dalam rumah

Pokok dan bunga palsu boleh diletakkan di mana-mana sahaja, contohnya di bilik mandi. Jika kita letakkan pokok dan bunga segar, semestinya mereka tak dapat hidup dengan gembiranya dalam tu sebab keadaan bilik mandi yang lembap dan kurang pencahayaan bukanlah keadaan optimum untuk mereka hidup dengan jayanya. Penggunaan pokok dan bunga palsu di dalam bilik mandi dapat memberikan aura yang cantik, segar, bersih dan menenangkan. Ala-ala spa gituh!

         5. Penjagaan sangat mudah

Pokok dan bunga palsu ini sangat mudah dijaga. Yela, mereka tak perlukan jadual bila nak siram air, eh tempat tu cukup tak cahaya matahari untuk dia hidup segar dan tak perlu kerap kemaskan bila daun-daun berguguran. Betul tak? Pokok dan bunga palsu cuma perlu dilap dengan kain basah, bersihkan daripada habuk. Tu je. Bukanlah ditinggalkan tak dijaga, perlu dijaga tapi usaha minimal je. Tak perlu beria jaga, hehe.

Dapat? Banyak kan kebaikan guna pokok dan bunga palsu ni. Memang tak salah untuk gunakan pokok dan bunga segar, lebih baik sebenarnya. Tips guna pokok dan bunga palsu ni lebih sesuai diaplikasikan pada kita yang jarang ada dekat rumah, seharian di tempat kerja balik rumah dah tak nak fikir apa-apa nak rehat je. Hehe.

Semoga bermanfaat!

Artikel ini diolah daripada artikel Artificial House Plants & Flowers For The Home 
oleh Emily Bird.

 

CARA-CARA MEMILIH SOFA TERBAIK

CARA-CARA MEMILIH SOFA TERBAIK

Membeli perabot seperti sofa merupakan salah satu pelaburan yang besar untuk rumah kita. Oleh itu, kita kena lah mempertimbangkan beberapa faktor sebelum membeli satu-satu sofa tu. Tak nak lah nanti menyesal di kemudian hari bila sofa tu akhirnya tak serasi dengan rumah kita. Betul tak?

Kita mungkin dah ada style dan warna sofa yang kita mahukan tapi bila kita jejak je kaki dekat satu-satu kedai tu, percayalah pilihan yang ada tu tak berpenghujung! Pening kepala dibuatnya sebab semua nampak cantik dimata. Sofa yang kita beli tu akan menjadi perabot yang kerap digunakan dalam rumah kita, jadi jom gunakan tips yang sya kongsikan ni supaya nanti kita boleh dapat ambil yang paling PERFECT!

  1. Tentukan bajet

Sangat senang ya terbawa-bawa dengan perasaan teruja bila kita nak beli sofa ni tapi memandangkan sofa ni adalah salah satu pelaburan terbesar untuk ruang rumah kita, adalah lebih baik untuk kita tentukan bajet kita awal-awal. Dengan menentukan bajet, kita dapat kecilkan pilihan sofa yang ada mengikut bajet. Walaupun harga selalunya menentukan kualiti satu-satu produk, sya pasti kita akan dapat cari sofa yang paling sempurna dan dalam lingkungan bajet kita. Inshaallah!

2. Tentukan keperluan sofa

Perkara pertama sebelum membeli sofa, kena fikirkan keperluan sofa tu. Adakah sofa ni untuk ruang terbuka? Berapa orang akan gunakannya setiap hari?Kita ada anak-anak atau haiwan peliharaan tak? Adakah ianya perlu pelbagai fungsi contohnya dapat dijadikan ruang tidur untuk tetamu? Kesemua jawapan untuk soalan ini akan dapat membantu kita dalam memilih sofa yang paling sempurna.

      3. Ukur sofa

Sekarang bila dah tahu keperluan sofa, tiba masanya untuk keluarkan pita ukur! Kita kena pastikan berapa banyak ruangan yang kita nak sofa tu untuk penuhi ruang kita. Step ini sangat penting tau untuk bilik yang ruangannya kecil sebab kita tak nak lah lepas dah beli sekali sofa tu tak muat nak masuk bilik tu, tak lepas kat pintu je pulak tu! Tak nak kan? Jadi, kenalah ukur ya. Sofa yang terlalu besar akan membuatkan ruangan rumah kita akan nampak terlalu sempit dan sesak. Ukur betul-betul!

    4. Pilih gaya

Kita mestilah pilih gaya sofa yang sesuai dengan tema ruangan kita. Kalau kita dah tentukan tema ruangan tu minimalistic, gaya sofa pun kena minimal juga. Sebab, kalau kita beli sofa yang warnanya garang dan gayanya terlampau ganjil, sofa tu nanti akan nampak terlalu menyerlah dan tidak serasi dengan tema minimalis.

   5. Pilih fabrik dan warna

Pemilihan fabrik dan warna adalah sangat penting! Setiap fabrik dan warna membawa aura dan rasa yang berlainan. Terutamanya apabila kita ada anak-anak dan haiwan peliharaan di rumah. Contohnya, material cotton, linen dan wool sangat terdedah dan mudah rosak lebih-lebih lagi dengan kehadiran anak-anak beserta markernya dan kucing beserta kuku tajamnya. Hehe. Adalah lebih baik beli sofa yang beserta washable covering. Terutamanya apabila sofa tu adalah dalam warna yang cerah atau lembut.

  6. Tentukan keselesaan sofa yang dimahukan

Keselesaan adalah subjektif dan berbeza untuk setiap orang. Sesetengah orang rasa sofa yang mendap (sink in) itu adalah selesa. Ada yang rasa sofa yang tegap (firm) tu lebih selesa. Kita boleh pilih sama ada nak jenis foam, spring, plush, fibre, feather atau lain-lain. Jadi pilihan yang terbaik adalah dengan kita rasa sendiri tekstur sofa itu. Duduk atas sofa itu dulu sebelum membelinya. Selesa atau tidak? Tentukan.

Akhir sekali, sya cadangkan daripada window shopping, kita keluar pergi ke kedai-kedai perabot dan test sebanyak mana sofa yang kita nak sampailah kita rasa okay, THIS IS THE ONE!

 

Artikel ini diolah daripada Here's How To Pick the Perfect Couch by atap.co 
yang ditulis oleh Lydia Lohshini
IDEA DEKORASI DINDING MEWAH

IDEA DEKORASI DINDING MEWAH

Hiasan dinding metal sinonim dengan cara atau gaya kediaman yang mewah. Sudah pasti sahaja kos untuk memiliki hiasan dinding ini menelan jumlah ribuan ringgit. Betul tak? Lepastu hiasan dinding itu pula kebanyakannya sama sahaja, jika ke satu kediaman ini menggunakan reka bentuk bunga kuning, kemungkinan besar di kediaman mewah lain juga menggunakannya. Contoh seperti gambar hiasan di bawah ini. Sudah pasti ramai yang telah membeli set begini.

Tidak salah untuk menggunakan dan membeli set hiasan dinding yang sama. Tetapi nak tak kalau sya share idea untuk mendapatkan hiasan dinding yang nampak mewah dan harga mampu milik? Lebih-lebih lagi rekaan exclusive itu hanya kita antara orang terawal yang ada. Kita cipta masterpiece kita sendiri, wow rasa gempak kan!

Okay, lihat gambar hiasan ni. Ini wall metal leaf decoration. Kebiasaannya kita hanya akan menggantung hiasan ini sahaja, bergantung sendirian. Nampak exclusive bukan? Tapi macam mana kalau sya cakap kita boleh upgrade hiasan ni nampak lebih exclusive dan islamic, nak tahu? Okay teruskan membaca.

Macam ni, lihat gambar seterusnya. Daripada wall metal decoration tu berdiri sendiri, kita berikan teman di kiri dan kanannya. Letak kalimah Allah dan Muhammad. Seperti gambar di bawah ini, Puan @leylamalek telah membuat custom design untuk dua kalimah itu supaya dapat diserasikan dengan wall metal decoration tu. Daripada segi warna latar belakang kalimah pun beliau tentukan mengikut cita rasa dan ideanya.

Cantik bukan? Boleh juga cuba reka sendiri latar belakang atau kalimah yang kita mahukan berdasarkan wall metal decoration yang kita sedia ada miliki. Di JIHAM, mereka akan cuba memenuhi kehendak dan reka bentuk yang kita mahukan. Tak percaya? Tu dah ada satu contoh tu. Cantik kan tu? Hehe.

Mesti tertanya-tanya berapa jumlah kos kesemuanya kan? untuk contoh seperti hiasan di atas ni tak sampai Rm1k pun. Berbaloi sangat sebab lihatlah hasilnya!

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi idea dekorasi kat korang!

TIPS MEMILIH WALLPAPER YANG SESUAI UNTUK KEDIAMAN

TIPS MEMILIH WALLPAPER YANG SESUAI UNTUK KEDIAMAN

Assalamualaikum dearies, tengah cari idea dekorasi ke tu? Nak cerita ni, dulu kan dinding dengan kemasan wallpaper sangat sinonim dengan idea ‘mewah‘. Betul tak? Sekarang ni, dengan wujudnya kedai-kedai seperti Mr. DIY, Kaison yang menawarkan wallpaper dengan harga yang sangat murah, setiap kediaman mampu memilikinya. Kan?

Tapi hati-hati tau, jangan disebabkan harga yang murah kita semua teruja dan beli je mana-mana wallpaper yang nampak menarik di mata lepastu pap pap PAP! tampal kat dinding. Sesuai ke tidak wallpaper tu tampal kat ruangan tu? Haaaa…takut tak kalau rumah kita nampak macam stor, serabut tak tentu hala tujuan dekorasinya? Takut tak kalau tiba-tiba stor yang nampak lagi kemas. Sobs.

Meh la sini hari ini sya kongsikan tips untuk memilih wallpaper yang sesuai untuk kediaman kita. Supaya rumah jadi WALAH! Lawa sangat sampai tak terkata.

Tips 1: Warna

Keadaan bilik kita boleh nampak kecil ataupun besar dipengaruhi oleh pemilihan warna wallpaper kita. Siapa kat sini nak rumah dia nampak luas dan tinggi? Angkat tangan! Okay, kalau nak. Kena lah pilih corak wallpaper yang latar belakangnya warna lembut seperti krim, putih, ungu lembut, biru muda, kelabu lembut. Pendek cerita, warna-warna yang sejuk, pastel. Warna-warna ni selain daripada boleh buat rumah kita nampak luas, ia juga boleh buat kita rasa tenang dan santai tau.


Tips 2: Pencahayaan

Powernya wallpaper ni ia boleh bentuk pencahayaan dalam ruangan rumah kita tau. Lagi-lagi kalau ruangan tu tiada tingkap dan hanya bergantung pada cahaya lampu je. Seperti gua yang gelap dan menakutkan. Takut kan? Gelap semacam mood pun kelaut. Jadi nak pilih wallpaper yang macam mana sya? Haa, pilih wallpaper yang bercorak cerah dan ada warna metalik, colourful pun boleh juga. Selain itu, boleh juga pilih corak wallpaper yang halus. Kalau bilik yang kecil, WAJIB elakkan guna wallpaper yang gelap dan ada tekstur. Ingat tu, nak ruang nampak luas kan?

 

Tips 3: Pilih Gaya Yang Sesuai

Untuk setiap ruangan ni ada gaya tertentu yang kita kena aplikasikan. Terserah pada diri juga, kalau nak jadi lain dari yang lain tak perlu ikut tips ni. Hahaha. Okay, untuk ruang formal seperti ruang makan dan ruang tamu sebaiknya guna corak yang berskala besar dengan warna dramatik. Untuk ruang terbuka yang kebiasaannya kita jadikan tempat bersantai pula, sebaiknya guna corak yang bermotif kecil.

 

Tips 4: Serlahkan ruang

Untuk menyerlahkan lagi ruang rumah kita, untuk nampak lebih tinggi gunakan wallpaper bercorak belang dan menegak. Corak melintang akan menjadikan bilik lebih lebar. Corak kecil pula akan menjadikan ruang nampak lebih luas manakala corak besar boleh memberi impak lebih privasi.

Reka Bentuk Wallpaper Ruang Tamu Sempit. Contoh Wallpaper Ruang Keluarga yang Inspirasi- Cat Rumah Minimalis

 

Tips 5: Suai padan dengan bijak

Bilik dengan terlalu banyak corak boleh nampak serabut dan sesak.

“Tapi sya, saya nak bahagikan ruang, nak pisahkan satu kawasan kepada dua ruang. Jadi kenalah ada dua jenis wallpaper berbeza untuk highlight yang ruang tu berbeza fungsinya. Takkan tak boleh guna banyak corak dalam satu rumah?”

Boleh, siapa kata tak boleh? Cuma kena bijak bermain dengan corak wallpaper tu. Kena pandai carikan jodoh antara dua corak tu. Kalau tiada keserasian bercerai berai tak harmoni rasa ruangan rumah tu. Gituh! Jadi penyelesaiannya, kena cari satu benda yang sama antara dua corak yang berbeza. Contohnya, kalau nak pilih wallpaper yang corak bunga atau petak, guna corak dengan warna yang sama. Contohnya bunga tu ada elemen biru muda, bahagian petak tu pun mestilah ada warna biru muda juga. Dapat? Bila serasi, rasa harmoni. Cari keserasian okay?

Itu sahaja tips untuk memilih wallpaper dari sya yang sya baca di satu website ni, Impiana kalau tak silap. Thank you sebab baca sampai habis. Semoga bermanfaat!

TIPS HIAS RUANG TAMU: TITIK FOKUS

TIPS HIAS RUANG TAMU: TITIK FOKUS

 

Okay admin nak kongsi satu tips untuk kita semua gunakan masa nak deko ruang tamu. Tips dia adalah tentukan titik fokus kita. Titik fokus ni macam kawasan di mana bila kita masuk je ke ruang tamu tu, ruang tu akan menjadi fokus mata kita.

Macam mana nak pilih titik fokus? Senang! Korang boleh mulakan dengan pilih frame gambar yang besar macam frame khat ni yang bersize 4×4 kaki atau boleh custom size yang lebih besar, ataupun guna sofa yang menyerlah warnanya berbanding perabot-perabot lain di ruang tamu.

Kemudian, hias ruang tamu dengan merujuk kepada titik fokus tadi.

TIPS PEMILIHAN WARNA RUANG TAMU: PILIH MOOD YANG SESUAI DENGAN WARNA PILIHAN ANDA

TIPS PEMILIHAN WARNA RUANG TAMU: PILIH MOOD YANG SESUAI DENGAN WARNA PILIHAN ANDA

 

Assalamualaikum hi! Okay harini admin nak share tips hias ruang tamu atau ruang makan.

Warna? Warna sangat mainkan peranan yang penting. Warna yang kita pilih akan beri kesan kepada emosi dan mood kita dan keluarga di sesuatu ruang.

Contohnya, warna biru muda dan putih menjadikan ruang tamu nampak lebih luas dan rasa lebih tenang dan menyejukkan. So, pastikan ada keseimbangan dalam pilihan warna kita tu. Okay.

TIPS PEMILIHAN WARNA CAT RUANG TAMU: GUNA WARNA NEUTRAL PADA RUANG TAMU

TIPS PEMILIHAN WARNA CAT RUANG TAMU: GUNA WARNA NEUTRAL PADA RUANG TAMU

Hi kesayangan, masih tak jelas macam mana nak mula hias ruang tamu? Okay macam ni, pertama sekali pilih atau guna warna neutral pada dinding, siling, lantai atau hiasan perabot contohnya kusyen.

Warna neutral lebih diberi keutamaan kerana ia mampu bangkitkan rasa tenang dan buat ruang tamu anda nampak lebih luas. Sebagai contoh, ruang tamu dengan warna beige mampu jadikan ruang lebih menyerlah pada ruang kecil.

Selamat mencuba!

TIPS RUANG TAMU NAMPAK LUAS: CAT RUANG DENGAN WARNA LEMBUT DAN RINGAN

TIPS RUANG TAMU NAMPAK LUAS: CAT RUANG DENGAN WARNA LEMBUT DAN RINGAN

 

“Rasanya ruang tamu Elly ni sama besar je dengan ruang tamu rumah aku, tapi kenapa ruang dia ni nampak luas semacam je?”

Pernah tak rasa macam ni? Lot rumah sama je, bila ziarah masa raya eh? luasnya rasa ruang tamu kawan tu.

Okay, sekarang cuba perhatikan hiasan rumah kawan tu. Tengok dia guna cat warna apa.

Warna-warna yang terang ni memang dapat tambah seri rumah kita tapi dia juga buat satu-satu ruang tu nampak sempit.

Tengok balik rumah kawan tu, dia guna warna lembut dan ringan kan? Warna-warna macam putih, krim, kelabu pucat dan biru awan boleh buat ruangan rumah kita tu nampak luas.

Dapat tak? Boleh cuba aplikasikan tips ni dan lihat hasilnya nanti ????

TIPS HIAS RUANG TAMU: GUNA HIASAN DINDING

TIPS HIAS RUANG TAMU: GUNA HIASAN DINDING

Penggunaan frame kaligrafi mewujudkan identiti pemilik rumah yang tersendiri.

Assalamualaikum guys! Sihat harini? Alhamdulillah admin sihat je.

Bosan dengan susunan dekorasi ruang tamu kita? Nak kelainan tapi tak nak yang susah-susah, nak letak satu benda je lepastu dah siap? Cun!

Tips untuk dekorasi harini adalah kita boleh tampilkan hiasan dinding untuk berikan ilusi berbeza pada mata. Ini adalah helah untuk membawa mata fokus kepada hiasan dinding yang seterusnya jadikan ruang nampak lebih luas. Bukan saja berfungsi sebagai hiasan, penggunaan kaligrafi contohnya, untuk hiasan dinding juga memberikan identiti tersendiri kepada pemilik rumah tau.

Senang bukan? selamat mencuba!

TIPS GANTUNG HIASAN DINDING DI BELAKANG SOFA

TIPS GANTUNG HIASAN DINDING DI BELAKANG SOFA

Untuk post kali ni, admin akan kongsikan tips macam mana nak gantung hiasan dinding di belakang sofa. Bukan main gantung je tau, ada caranya. Tips ni admin dapat daripada perkongsian FB Noor Hafiza Mohamad.

Untuk susun hiasan di belakang sofa, beberapa tips ni boleh kita gunakan:

1. Pastikan kedudukan hiasan kita tu berada pada ‘eye level’ iaitu sama dengan aras pandangan mata.
2. Jarak hiasan dari sofa perlu seimbang. Tidak boleh terlalu jauh supaya tidak nampak terpisah.
3. Warna atau rekaan hiasan dinding yang digunakan perlu mengikut tema atau konsep dekorasi keseluruhan.

Dapat? semoga tips ni bermanfaat pada semua.

 

 

TIPS DEKORASI RUANG RUMAH: LETAK CERMIN

TIPS DEKORASI RUANG RUMAH: LETAK CERMIN

LETAK CERMIN

Nak ruang tamu nampak luas? Letak CERMIN. Ya. Letak cermin. Cermin ni ada magic nya yang tersendiri tau, dia boleh cipta ilusi bagi ruang rumah kita tu tiba-tiba nampak luas .

Penggunaan cermin memberikan ilusi ruang tambahan. Ruangan rumah nampak lebih luas.

 

Tak percaya? Cuba lah, takpun bila pergi rumah rakan, family, try tengok rumah mereka yang ada letak cermin tu. Nampak perbezaannya seperti yang dilakukan Puan Missy Lieza pada ruangan rumahnya.

BAGAIMANA MENGUBAH APARTMENT MENJADI KONDOMINIUM

BAGAIMANA MENGUBAH APARTMENT MENJADI KONDOMINIUM

Cikgu Farid Saadul Baharim dan pasangannya Ateyn Nasuha telah mencipta moments mereka yang unik dengan mengubahsuai kediaman mereka daripada APARTMENT menjadi KONDOMINIUM!

Code cat: Nippon Paint Stiletto Gray
Colorants Band: [A-1]
Range Price: RM35.20

Cikgu Farid merupakan cikgu tadika di Tabika Bunga Raya Putrajaya. Sinonim dengan nama cikgu, semestinya beliau juga mempunyai idea kreatif yang dibuktikan dengan terealisasinya idea ‘rumahku syurgaku’ itu.

Anggaran kos keseluruhan ubahsuai adalah dalam RM20k sahaja. Antara tips yang Cikgu Farid kongsikan ialah:

1. Pilih tema atau mood yang diingini dahulu
2. Pemilihan perabot perlu selaras dengan tema. Jangan terlalu banyak perabot kerana akan menyebabkan ruang bertambah sempit dan nampak kecil. “Traffic flow” juga akan berkurang.
3. Kos upah pekerja renovate rumah sahaja dalam RM10k.
4. Beli dan survey barang sendiri. Barang seperti jubin, lantai, sinki bilik air, pintu, sliding door beli semdiri di kilang.
5. DIY wainscoting. Kos hanya RM250 berbanding upah orang RM1k. Dapat jimat RM750.
6. Renovate tak semestinya beli perabot di kedai terkemuka. Boleh sahaja beli di DIY, EcoShop, IKEA. Tengok jika ia berbaloi atau pun tidak, sama ada ia mempunyai fungsi yang perlu atau tidak. Cari yang nampak mewah, elegant, stylish. Kena banyak survey. Lebih banyak survey, lebih banyak pilihan.
7. Buat ikut kemampuan. Contohnya, bulan ni buat kabinet, dua bulan lagi buat dapur dan seterusnya. Buat secara berperingkat supaya tidak rasa terbeban. Emosi juga terjaga.

Penerangan yang lain sya sertakan dekat setiap gambar supaya lebih jelas. Best kan tengok rumah macam ni? bukan semua orang dapat miliki rumah mewah dalam waktu terdekat tapi semestinya semua orang mampu ubahsuai dalaman rumah menjadi rumah idaman kan?

Lampu siling: IKEA

 

Tingkap renovate tukar jadi sliding dan buat tinggi lagi ala-ala gaya ada balkoni.

 

Kabinet DVD custom made.

 

Kabinet DVD custom made. Tempah di Puchong: 019 6979045

Tile dinding satu kotak RM100++ ada 50 keping. Kedai: Area Putra Perdana Puchong Kilang tiles pun ada di Bandar Bukit Puchong

Bekas bawang: Daiso Rak kecil gantung: IKEA Cabinet bawah dan cabinet dekat dengan peti ais tu tempah ikut lakaran design sendiri budget dalam RM1800. Contact number area Sri Kembangan: 019 2898826 Puchong (recommended): 019 6979045 Bahagian dapur tukar sliding. Lebih mudah untuk penjagaan.

Penyangkut mop: IKEA

MOOD ‘FRESH’ DENGAN SENTUHAN ALAM

TIPS HIAS RUANG TAMU: GUNA MEJA KOPI

GUNA MEJA KOPI YANG SESUAI

Assalamualaikum selamat pagi! Dah makan belum tu? Pagi ni sya nak share trick untuk dekorasi ruang rumah kita yang bersaiz kecil. Gambar ruang tamu ni sya dapat daripada Puan Noraini Ramley daripada group Tips Hias Rumah. Cantik kan? Boleh nanti join group tu, banyak idea dekorasi kat situ tau.

Okay, fokus kita sekarang ni adalah untuk ruang tamu yang kecil tu nampak luas. Oleh itu, mungkin kita perlu ubah balik meja kopi kepada saiz yang lebih kecil. Dari sebuah meja kopi yang bersaiz besar, kita boleh tukar kepada 2 meja bulat atau petak yang bersaiz kecil. Bukan saja cantik untuk ruang yang kecil malah bagus untuk “traffic flow”, dan mudah alih.

Penggunaan langsir penuh atau “full-height” ini membantu mencipta ilusi siling yang tinggi lalu mencipta ilusi ruangan yang luas.

 

Ingat tau, saiz perabot adalah penting untuk diambil kira agar ruang tamu yang kecil tidak terlalu sesak. Pilih perabot yang tidak terlalu besar kerana ini akan menjimatkan ruang. Guna konsep yang biasa kita dengar dalam hiasan dalaman – “Less is More”.

Selamat bereksperimentasi!

PILIH LANGSIR YANG SESUAI DAN POSISIKAN DENGAN BETUL

PILIH LANGSIR YANG SESUAI DAN POSISIKAN DENGAN BETUL

Tapi min, macam mana nak pilih langsir yang sesuai? macam mana nak tahu langsir tu sesuai? tak faham la min.
Okay, sini admin jelaskan. Untuk ruangan rumah yang besar selalunya tiada masalah sangat, cuma untuk ruangan rumah yang kecil ni menjadi kebimbangan. Takut jadi nampak makin sempit je.
Sebab tulah masa pilih langsir sebaiknya guna Material yang ringan dan berwarna lembut. Kenapa? sebab kita nak sinaran cahaya matahari tu dapat menembusi langsir dan menerangi ruangan rumah kita kemudian mencipta ilusi ruang yang luas.

Kalau kita pasang langsir yang materialnya tebal, suasana rumah akan jadi gelap. Kemudian akan menyebabkan ruang rumah kita tu nampak lebih kecil dan sempit. Keceriaan pun kurang terasa.


Langsir juga sebaiknya diposisikan pada kedudukan tinggi atau penuh untuk memberikan ilusi ruang yang ‘tinggi’ seperti yang dilakukan oleh Tuan @shazwanrazak52 pada ruang tamu rumahnya.

Dapat apa yang admin kongsikan? Alhamdulillah bagus lah, selamat mencuba tau!