Salam Aidilfitri 1441H
May 23, 2020

Assalamualaikum.

Ke hadapan saudara/ri pelanggan Jiham yang dirahmati,

Semoga saudara/ri sentiasa di bawah naungan rahmat Ilahi.

Pertama sekalinya, Artikel ini ditulis untuk mereka yang

+ Merupakan pelanggan Jiham
+ Pelanggan setia Jiham
+ Orang yang sentiasa bersama Jiham

Saudara/ri,

Setiap perkara dalam hidup ini adalah ujian. Sebagai Muslim, wajib kita sabar dan redha atas setiap ketentuan walau apa pun yang terjadi.

Seperti yang kita maklum, dunia dikejutkan dengan wabak pandemik Covid-19 pada waktu kini. Setiap hari, kita mendengar pertambahan kes dan kematian. Ada pun begitu sebagai orang beriman, ketahuilah penyakit semuanya asbab dan tarikh pemergian kita sudah pun dimeterai sebelum kita ke dunia lagi.

Jutaan terima kasih kepada #Frontliner yang bersusah payah menjalankan tanggungjawab mereka.

Walau bagaimanapun, Covid-19 tidak hanya satu wabak, ianya lebih dari itu. Kita dikejutkan dengan kesan domino (domino effect) kegawatan ekonomi, ramai yang diberhentikan dan ada keluarga kehilangan hasil pencarian. Tak dinafikan juga kami di Jiham terkesan sedikit sebanyak hingga ada yang mengadu barang lambat sampai, tersangkut di gudang simpanan terlalu lama dan sebagainya.

Jadi di kesempatan ini, kami ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Teruskan menyokong perjuangan kami dan para penulis khat tempatan, kita buka lembaran baru selepas ini inshaAllah.

Kami mungkin tidak boleh menjanjikan perkara yang terlalu hebat dengan kalian, tapi yang kami boleh janjikan.

1) Keindahan produk khat yang membuatkan mata anda dan tetamu berasa nyaman.
2) Khidmat pelanggan yang “straight-forward’ dan tidak menunggu lama.

Sesungguhnya di hadapan kita ini ada satu cabaran yang dihadapi bersama. InshaAllah semuanya akan dipermudahkan.

Saya teringat sebuah bidalan Melayu dahulu selalu mengatakan.

“Sebatang lidi mudah dihancurkan.
Seikat lidi susah untuk dipatahkan.”

Kami di Jiham sekali lagi memohon maaf jika ada salah dan silap. Andai kata anda ingin menyuarakan pendapat boleh terus hubungi kami di Jiham.my/maklum-balas-pengguna.

Terima kasih.
Salam Aidilfitri.

Entri Lain-lain

Salam Aidil Adha 1441H

Salam Aidil Adha 1441H

Assalamualaikum. Ke hadapan saudara/ri pelanggan Jiham yang dirahmati, Semoga saudara/ri sentiasa di bawah naungan...

Pilihan Produk Terkini