Idea Hadiah Persaraan
Dec 07,2022 | Natasya
Saban tahun, mengakui rakan sekerja yang bersara adalah tradisi dalam satu-satu institusi. Pastinya kita ingin menghantar mereka pergi dengan penuh gaya dan sedikit ingatan.
Jom! Admin kongsikan idea hadiah persaraan bagi rakan sekerja kita yang bakal bersara tidak lama lagi. Semoga hadiah ini bermanfaat bagi mereka dan mengingatkan mereka kepada kita.
- Telefon Pintar / Smartphone
Telefon pintar hari ini berfungsi sebagai peranti komunikasi, jam tangan, perancang hari, kamera dan banyak lagi fungsinya. Telefon pintar pastinya menjadi hadiah persaraan yang sesuai untuk sesiapa sahaja. Telefon pintar bersama ukiran (casing custom made) pastinya membuat kesan abadi dan meninggalkan kesan emosi mendalam kepada penerima.
- Jam Klasik atau Jam Pintar
Jam tangan juga sesuai untuk hadiah persaraan. Ia sedikit klasik dan tampak bergaya apabila memberi jam tangan pada rakan sekerja yang bakal bersara. Boleh berikan jam tangan emas, perak atau titanium yang terukir. Boleh juga memilih jam tangan yang lebih moden seperti smartwatch.
- Buku Keratan atau Buku Skrap
Persaraan adalah masa dan waktu yang sungguhlah penuh emosi untuk semua orang. Semestinya buku memo atau buku skrap menjadi hadiah persaraan terbaik untuk kita berikan pada rakan sekerja. Kita boleh mulakan dengan membeli buku skrap berkualiti tinggi di kedai kraf tangan tempatan. Bersama-sama rakan sekerja yang lain, kita isikan buku itu dengan foto dan kenangan lain mengenai masa yang dilalui bersama di tempat kerja selama rakan yang bakal bersara itu berkhidmat.
- Peralatan melancong
Ramai orang menetapkan waktu untuk melancong ke destinasi impian apabila telah bersara daripada perkhidmatan. Oleh itu, kita bolehlah menghadiahkan peralatan melancong seperti set bagasi, kamera contohnya GoPro, bantal leher dan sebagainya yang boleh menjimatkan wang pesara semasa merancang untuk percutian mereka. Belikanlah peralatan yang berjenama atau berkualiti tinggi supaya peralatan itu dapat digunakan sebaik mungkin semasa percutian mereka.
- Pengalaman pembelajaran
Bagi rakan-rakan yang cenderung mempunyai minat memasak, menjahit, melukis, membuat pastri dan sebagainya, kita boleh menghadiahkan mereka pengalaman pembelajaran. Kita boleh carikan kelas di bengkel artisan, restoran mewah dan universiti tempatan dan kemudiannya membayar yuran bagi pihak mereka. Kelas-kelas yang ditawarkan semasa hari kerja apabila kebiasaannya orang bekerja akan membuatkan pengalaman itu lebih istimewa dalam persaraan.
- Barang-barang hobi
Ramai orang mengharapkan untuk meluangkan masa melakukan hobi kesukaan mereka sama ada hobi itu bermain golf, memancing, bermain tenis dan sebagainya. Oleh itu, sesuai sangatlah untuk kita berikan hadiah set golf, peralatan memancing, raket tenis atau apa sahaja barang lain yang dapat menjadikan hobi pesara lebih menyeronokkan.
- Barang hiasan rumah
Semestinya rakan sekerja yang bakal bersara akan lebih banyak meluangkan masa di rumah setelah bersara. Rumah yang anggun dan cantik pasti menjadi salah satu sasaran mereka. Untuk itu, bolehlah kita menghadiahkan perkakasan hadiah rumah seperti permaidani, kerusi rehat, perhiasan dinding, pasu dan sebagainya yang bersesuaian. Pastinya ia akan meninggalkan memori abadi apabila setiap kali mereka berehat di rumah dan menggunakan barang hiasan yang kita hadiahkan itu.
Sebaiknya untuk hadiah persaraan ini, kita kenalah kaitkan spesifik jantina, spesifik hobi dan sebagainya. Bila kita tahu dan kenal dengan baik rakan sekerja yang bakal bersara itu, pasti kita akan lebih mudah dalam memilih hadiah persaraan mereka.
Semoga dipermudahkan dalam pemilihan hadiah persaraan untuk rakan anda.
Ingatlah bahawa hadiah paling bermakna adalah hadiah yang berguna dan bermanfaat bagi mereka. May Allah ease!