• English
  • Malaysia(MYR RM)
Gallery Jiham is now operating as usual. [Mon-Fri, 9AM - 6PM] [Sat, 9AM - 1PM] Gallery Jiham is now operating as usual. [Mon-Fri, 9AM - 6PM] [Sat, 9AM - 1PM]
/ /

5 Doa Yang Bagus Dibaca Pada Bulan Ramadan

Dec 07,2022 | Syakirah Masril

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana berjumpa kita kembali dengan bulan Ramadan setelah sekian lama. Pertemuan yang sangat ditunggu-tunggu oleh umat Islam untuk menyuburkan iman kita dengan berharap pengampunan dosa-dosa yang lalu dan berusaha untuk mencapai tempat yang lebih tinggi di sisi Allah s.w.t. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:

  ‏إِذَا دَخَلَ شَهْرُ رَمَضَانَ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِين

Maksudnya: “Apabila menjelmanya Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pada bulan ini, Allah s.w.t menurunkan rahmat-Nya beserta dengan pengampunan-Nya, ganjaran berlipat ganda, penerimaan dan keberkatan lain kepada hamba-hamba-Nya. Beruntung bagi mereka yang berusaha keras untuk tidak melakukan dosa, terus mencari taubat dan meningkatkan ibadahnya. Akan tetapi, adalah sia-sia jika kita membiarkan Ramadan ini berlalu seperti bulan-bulan yang lain.

Berikut adalah beberapa doa yang digalakkan untuk kita baca dalam bulan Ramadan. Terjemahan disediakan untuk membimbing kita untuk memahami dan mendalami isi dan maksud doa ini.

1. Doa Pada Siang dan Malam Hari

Salah satu doa yang boleh dibaca setiap hari pada siang dan malam hari sepanjang bulan Ramadhan adalah:

أَشهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله، أَستَغفِرُ الله، نَسأَلُكَ الجَنَّةَ ونَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّار

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, Aku memohon ampun kepada Allah, Kami memohon kepada-Mu (ya Allah) akan syurga dan Kami berlindung dengan-Mu (ya Allah) dari api neraka.”

Para ‘Ulama’ menggalakkan kita untuk membaca doa di atas kerana hadis berikut:

فاستكثروا فيه من أربع خصال, خصلتين ترضون بهما ربكم ، وخصلتين لا غنى بكم عنهما: فأما الخصلتان اللتان ترضون بهما ربكم: فشهادة أن لا إله إلا الله ، وتستغفرونه ، وأما اللتان لا غنى بكم عنهما : فتسألون الله الجنة ، وتعوذون به من النار

“Dan dalam bulan ini, empat perkara yang harus kamu usaha untuk memperbanyaknya, doa di antaranya adalah untuk keredhaan Tuhanmu, manakala doa yang lain adalah yang kamu tidak boleh teruskan hidup tanpanya. Yang untuk keredhaan Tuhanmu adalah kamu harus membaca syahadah Lā ilāha illa Allāh berkali-kali dan meminta pengampunan-Nya. Dan doa yang kamu tidak boleh teruskan hidup tanpanya adalah kamu harus meminta Allāh untuk masuk ke syurga dan berlindung dengan-Nya dari api Jahannam . “

[Hadith riwayat Ibn Khuzaimah]

2. Doa Ketika Berbuka Puasa di Bulan Ramadan.

اللَّهُمَّ لَكَ صُمتُ وَعَلَى رِزقِكَ أَفطَرتُ

“Ya Allah aku telah berpuasa demiMu dan berbuka puasa atas rezekiMu”

 

ذَهَبَ الظَّمأُ، وابْتَلَّتِ العُرُوقُ، وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شاءَ اللَّهُ تَعالى

“Dahaga hilang, urat dibasahi, dan pahala telah diperoleh, jika Allah menghendaki”

[Hadith Abu Dawud]

Orang yang berpuasa akan menemui dua jenis kebahagiaan. Pertama adalah sewaktu berbuka puasa dan kedua adalah sewaktu bertemu dengan Tuhannya. Seseorang itu harus sedar akan Allah yang telah berjanji untuk memberi keberkatan kepada mereka yang berpuasa. Jangan terlalu teruja dengan makanan sehingga kita lupa pada Pemberi rezeki. Hadirkan diri apabila berdoa dan berdoalah dengan sepenuh hati, kerana Nabi telah menyebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah:

إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ

 “Sesungguhnya doa orang yang berpuasa sewaktu berbuka puasa tidak ditolak.”

(Sunan Ibn Majah)

3. Doa Selepas Solat Terawih

بِسمِ اللهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيْم. الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالمُرْسَلِيْن سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

اَللَّهُمَّ اجْعَلْناَ بِالْإِيْمَانِ كَامِلِيْنْ، وَلِلْفَرَآئِضِ مُؤَدِّيْنَ، وَلِلصَّلَاةِ حَافِظِيْنَ، وَلِلزَّكَاةِ فَاعِلِيْنَ، وَلِمَا عِنْدَكَ طَالِبِيْنَ، وَلِعَفْوِكَ رَاجِيْنَ، وَبِالْهُدَى مُتَمَسِّكِيْن، وَعَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضِيْنَ، وَفِي الدُّنْيَا زَاهِدِيْنَ، وَفِي الْأَخِرَةِ رَاغِبِيْنَ، وَبِالْقَضَاءِ رَاضِيْنَ، وَبِالنَّعْمَاءِ شَاكِرِيْنَ، وَعَلَى الْبَلاءِ صَابِرِيْنَ، وَتَحْتَ لِوَاءِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَائِرِيْنَ، وَإِلَى الْحَوْضِ وَارِدِيْنَ، وَفِي الْجَنَّةِ دَاخِلِيْنَ، وَمِنَ النَّارِ نَاجِيْنَ، وَعَلَى سَرِيْرَةِ الْكَرَامَةِ قَاعِدِيْنَ، وَبِحُوْرِ عيْنٍ مُتَزَوِّجِيْنَ، وَمِنْ سُنْدُسٍ وَاِسْتَبْرَقٍ وَدِيْبَاجٍ مُتَلَبِّسِيْنَ، وَمِنْ طَعَامِ الْجَنَّةِ آكِلِيْنَ، وَمِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفًّى شَارِبِيْنَ، بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيْقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِيْنٍ، مَعَ الَّذِيْنَ أَنعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّين والصِّدِّيقِينَ والشُّهَدَاءِ والصَّالِحِين، وحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا، ذَلِكَ الْفَضْلُ مِنَ اللهِ وَكَفَى بِاللهِ عَلِيْمًا، وَالحَمدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِينَ

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan mulia, pemimpin kita (sayyiduna) Muhammad, dan ke atas seluruh keluarganya dan para sahabatnya. 

Ya Allah jadikanlah kami dari orang-orang yang beriman sepenuhnya, melaksanakan segala kewajipan, menjaga solat mereka, memberi zakat, meminta yang sepatutnya dariMu, mengharapkan pengampunanMu, berpegang teguh pada petunjuk, berpaling dari perbuatan yang sia-sia, zuhud di dunia dan menginginkan kehidupan akhirat, redha dengan ketetapan Tuhan, bersyukur atas keberkatan-Mu, bersabar ketika menghadapi cobaan, akan berjalan di bawah bendera pemimpin kita (sayyidina) Muhammad s.a.w. pada hari kiamat, akan tiba di sumur Nabi (di akhirat), akan memasuki Syurga, akan diselamatkan dari api neraka, akan duduk diatas singgahsana kemuliaan, akan berkahwin dengan pasangan Syurga, akan dihiasi dengan pakaian (dari syurga) dari Sutera dan Brokat, akan makan dari makanan Syurga, akan minum dari susu dan madu asli di dalam cawan-cawan dan gelas-gelas dari mata air yang jernih, bersama-sama dengan orang-orang yang Engkau kurniakan berkat atas mereka dalam kalangan para Nabi, orang-orang soleh, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang alim, dan alangkah baiknya bila bersama mereka, dan cukuplah Allah yang Maha Mengetahui, dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

4. Doa Selepas Solat Witir

Selepas selesai melakukan Solat Witr, Nabi akan membaca doa berikut:

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ

Maha Suci Yang Memerintah Lagi Suci

(Sunan An-Nasai’)

 

Setelah itu, kita boleh membaca doa berikut yang sering dibaca di masjid-masjid selepas solat berjemaah. Renungkan makna doa yang indah ini:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم. الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالمُرْسَلِيْن سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وعَلَى آلِهِ وَصَحبِهِ أَجمَعِين. إِلَهَنَا قَد تَعَرَّضَ لَكَ فِي هَذِهِ اللَّيلَةِ المُتَعَرِّضُون، وَقَصَدَكَ القَاصِدُون، وَرَغِبَ في جُودِكَ وَمَعرُوفِكَ الطَّالِبُون، وَلَكَ فِي هَذِهِ اللَّيلَةِ وَكُلِّ لَيلَةٍ مِن لَيَالِي شَهرِ رَمَضَان نَفَحَاتٍ وَجَوَائِزَ وَمَوَاهِبَ وَعَطَايَا تَجُودُ بِهَا عَلَى مَنْ تَشَاءُ مِنْ عِبَادِك، فَاجْعَلْنَا اللَّهُمَّ مِمَّنْ سَبَقَتْ لَهُ مِنْكَ العِنَايَة، هَا نَحْنُ نَدْعُوكَ كَمَا أَمَرْتَنَا، فَاستَجِبْ مِنَّا كَمَا وَعَدْتَنَا، إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ المِيْعَاد، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِين. اللَّهُمَّ يَا فَارِقَ الفُرقَانِ وَمُنزِلَ القُرآنِ بِالحِكمَةِ وَالبَيَان

 

3x بَارِكِ اللهُمَّ لَناَ فِي شَهرِ رَمَضَان 

 

وَأَعِدْهُ اللَّهُمَّ عَلَينَا سِنِيناً بَعْدَ سِنِين وَأَعوَامًا بَعدَ أَعوَامٍ عَلَى مَا تُحِبُّهُ وتَرْضَاهُ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِين. اللَّهُمّ إِنَّ لَكَ فِي هَذِهِ اللَّيلَةِ وَكُلُّ لَيلَةٍ مِن لَيَالِي شَهْرِ رَمَضَان عُتَقَاءَ مِنَ النَّار، فَاجْعَلْنَا اللَّهُمَّ مِنْ عُتَقَائِكَ مِنَ النَّار 

 

3x اللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ سَالِمِين 

 

وَأَدخِلنَا الجَنَّةَ آمِنِين, وَأَلحِقنَا باِلصَّالِحِين، ومَتِّعنَا بِالنَّظَرِ إِلَى وَجهِكَ الكَرِيم، يَا رَبَّ العَالَمِين 

 

3x اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّا

 

اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَرُكُوعَنَا وَسُجُودَنَا وَقُعُودَنَا وَتَهْلِيْلَنَا وَتَخَشُّعَنَا وَتَضَرُّعَنَا وَلا تَضْرِبْ بِهَا وُجُوهَنَا يَا اِلهَ العَالَمِيْنَ وَيَا خَيْرَ النَّاصِرِيْنَ، بِرَحمَتِكَ يَا أَرحَمَ الرَّاحِمِين. وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَصَحبِهِ وَسَلَّمَ وَالحَمدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِينَ

 

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan mulia, pemimpin kita (sayyiduna) Muhammad, dan ke atas seluruh keluarga dan para sahabatnya. Ya Allah, para pemohon telah hadir di hadapan-Mu pada malam ini, untuk menghampiri-Mu, dan menginginkan kurniaan dan rahmat-Mu. Dan Engkau kurniakan pada malam ini sama seperti malam-malam lain di bulan Ramadhan, kurniaan, rezeki, hadiah dan pemberian yang tersembunyi bagi sesiapa yang Engkau kehendaki dari hamba-hamba-Mu. Oleh itu, jadikanlah kami di antara orang-orang yang Engkau sebutkan untuk menerima pemberian-Mu. Dan di sini kami berdoa kepada-Mu seperti mana yang Engkau telah memerintahkan kami, terimalah doa kami seperti mana yang Engkau telah berjanji kepada kami, kerana sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji-Mu. Wahai Yang Maha Penyayang. Ya Allah, Wahai Pembahagi kebenaran dari kebatilan, dan Yang menurunkan Al-Quran dengan hikmah dan penjelasan,

Ya Allah berkatilah kami di bulan Ramadhan 3x

Satukan kami lagi dengan Ramadhan tahun demi tahun dengan cara yang Engkau sukai dan yang menyenangkan-Mu Wahai Yang Maha Penyayang. Ya Allah Engkau membebaskan di malam ini sama seperti malam-malam lain di bulan Ramadhan hamba-hamba-Mu dari api neraka

Ya Allah selamatkan kami dari api neraka 3x

Masukkan kami ke Syurga dengan selamat, sertaikan kami dengan orang-orang yang soleh, benarkan kami untuk menyaksikan kemuliaan-Mu, Wahai Tuhan sekalian alam

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan suka mengampuni, maka ampunkanlah aku 3x 

Ya Allah terimalah solat kami, puasa kami, ibadah malam kami, ruku’ kami , sujud kami, syahadah kami (Lā ilāha illa Allāh), penyerahan dan doa-doa kami, dan lengkapkan lah kekurangan kami. Wahai Tuhan sekalian alam dan Wahai Penolong Yang Terbaik, dengan Rahmat-Mu Wahai Yang Maha Penyayang. Dan selawat dan salam ke atas pemimpin kami (sayyiduna) Muhammad dan ke atas keluarganya dan para sahabatnya, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam “

5. Doa Untuk Mendapatkan Lailatul Qadar

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tirmizi, Nabi s.a.w mendorong isterinya Aisyah r.a. untuk membaca doa berikut jika bertemu dengan Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Pemurah dan suka mengampuni, maka ampunilah aku.”

Walaupun para ‘Ulama’ mempunyai beberapa pendapat mengenai tarikh malam Lailatul Qadar seperti pada sepuluh malam terakhir, dengan kebijaksanaan Allah s.w.t, waktunya yang tepat masih menjadi rahsia Allah. Oleh itu, digalakkan bagi setiap orang yang beriman untuk membaca doa di atas berulang kali pada setiap malam di malam-malam Ramadhan.

Selain membaca doa ini untuk mendapatkan malam Lailatul Qadr, umat Islam juga sering membaca doa ini dari awal Ramadhan.

Dalam kita memperbanyak doa kita kepada Allah s.w.t, adalah penting bagi kita untuk mematuhi etika doa. Kita mulakan dengan meminta pengampunan terlebih dahulu sebelum perkara lain (bertaubat) dan memanggil nama Allah s.w.t. dengan rendah diri, menunjukkan kekurangan dan dengan rasa sangat memerlukan. Allah s.w.t. menyebutkan dalam Al-Quran:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

“Jika hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Wahai Nabi) tentang Aku: (beritahu mereka bahawa) Aku benar-benar dekat. Aku memakbulkan doa seseorang ketika mereka memanggil-Ku. Oleh itu, biarkanlah mereka meminta jawapanku ˺dengan ketaatan˺ kepada-Ku dan percaya kepada-Ku, mungkin mereka akan dipandu (ke jalan yang benar)”

Surah Al-Baqarah (2:186)

Sebilangan ‘Ulama’ berpendapat bahawa oleh kerana ayat ini terletak di antara ayat-ayat tentang hukum puasa, ia adalah petunjuk untuk berusaha atau menunjukkan kelebihan doa dalam keadaan berpuasa.

Semoga senarai doa ini bermanfaat untuk anda dan untuk orang-orang yang anda sayangi. Dalam kita berusaha untuk mendapatkan permata dari segi rohani di bulan suci ini, kita berdoa agar Allah s.w.t membantu kita, membersihkan hati kita dan menjadikan kita ikhlas dalam beribadah kepada-Nya. Sesungguhnya, Dia lebih dekat dengan kita daripada apapun.

Semoga Allah s.w.t. menerima amalan dan ibadah kita di bulan Ramadhan yang suci ini. Semoga Allah s.w.t. mengizinkan kita untuk menjadi umat Islam yang lebih baik dan hamba-hamba yang lebih baik yang berkhidmat kepada-Nya melalui perkhidmatan kita kepada umat manusia.

Comment

Name
Email
Comment