• English
  • Malaysia(MYR RM)
Gallery Opening Hours [Mon-Fri, 9AM - 6PM] [Sat, 9AM - 1PM] Gallery Opening Hours [Mon-Fri, 9AM - 6PM] [Sat, 9AM - 1PM]
/ /

5 Langkah Mudah Mencipta Ruang Kerja Yang Produktif di Rumah

Sep 02,2023 | Nur Ain

🌸🌸🌸

Kini, dunia pekerjaan telah mengalami perubahan yang ketara. Konsep bekerja dari rumah telah menjadi pilihan yang semakin popular bagi kebanyakan individu dan syarikat. Kemajuan dalam teknologi dan perubahan dalam dinamik kerja telah membuka peluang baharu untuk para pekerja menguruskan masa dan persekitaran kerja mengikut keperluan sendiri. Bekerja dari rumah bukan sekadar satu trend, ia juga satu anjakan dalam cara kita melihat produktiviti dan keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi.

Dengan fleksibiliti yang ditawarkan, kita boleh mengoptimumkan masa dengan baik. Walau bagaimanapun, bekerja dari rumah juga membawa cabaran tersendiri. Susunan yang tidak tersusun dengan baik, potensi pengasingan sosial, dan kesukaran dalam mengasingkan kerja serta masa rehat adalah beberapa isu yang perlu ditangani. Atas sebab ini, memahami strategi dan amalan terbaik dalam mewujudkan persekitaran kerja yang produktif dan sihat adalah sangat penting.

                                                                    Ruang Kerja Yang Sesuai                                                                    

Antara aspek penting bagi mewujudkan office di rumah ialah lokasi! Kenapa? Sebabnya, kita nak ‘home office’ kita nak berada di kawasan yang tak terlalu bising dan sibuk. 

Contohnya, ‘home office’ sepatutnya jauh daripada ruang tamu dimana adanya televisyen dan orang lalu-lalang. Walaupun ruang kerja kita berada di rumah, jadilah profesional. Ruang kerja ini mungkin boleh jadi di bawah tangga, di hujung sudut bilik tidur, atau kalau ada bilik ekstra, boleh ubah suai terus sebagai mini pejabat di rumah.

Jiham cadangkan, kalau lah rumah anda ada pemandangan yang cantik, lebih baik ‘home office’ menghadap pemandangan tersebut. Apabila kita stress bekerja, pemandangan itulah yang dapat membantu kita untuk menenangkan hati, minda mahupun fikiran kita tau! 

                                                                 Kerusi dan Meja Yang Selesa                                                                 

Tak lengkap ruang kerja tanpa meja. Jadi, carilah meja yang sesuai dengan pekerjaan anda. Lengkapkan juga dengan kerusi kerja yang sesuai. Kalau boleh cari meja dan kerusi yang ergonomik kerana anda akan menghabiskan banyak masa di meja kerja tersebut. Sebab apa? Ramai yang bekerja dari rumah complain bahawa mereka sering sakit belakang, sakit tangan, sakit leher dan sebagainya. Ini semua berpunca daripada duduk yang lama di hadapan laptop lebih-lebih lagi bila tiada kerusi yang sesuai dan selesa. Postur badan makin lama makin teruk dan mudah sakit belakang. Jadi, carilah kerusi yang ada support di belakang, tangan dan boleh menyandar dengan selesa. 

"Kerusi ergonomik biasanya direka untuk membantu anda duduk dengan selesa dalam jangka masa yang lama semasa anda bekerja. Ia boleh laras dan membolehkan anda menyesuaikan kesesuaian dengan badan atau pilihan tempat duduk anda. Kerusi ini boleh meningkatkan produktiviti dan meningkatkan kepuasan kerja anda, tetapi ia juga akan mengurangkan risiko anda untuk kecederaan muskuloskeletal seperti sakit belakang"

Ingat ! Kerja kuat tak salah, namun kesihatan jangan diabaikan.

                                                                         Kelengkapan Kerja                                                                         

Lengkapkan 'home office' anda memadai dengan keperluan asas bekerja. Jika anda berniaga Online, semestinya anda memerlukan komputer ataupun laptop yang lengkap dengan kemudahan internet. Nak lebih selesa setup wireless Internet (Wi-Fi), supaya anda boleh akses internet dari mana-mana ruang pun di dalam rumah anda.

Selain itu, lengkapkan 'home office' seperti alat tulis (pen, pensil, stapler, puncher, high lighter etc), kertas kosong, nota kecil, tong sampah atau apa jua kelengkapan kerja yang sesuai dengan nature pekerjaan anda.

Jika anda memerlukan mesin Printer, cuba cari mesin 4-dalam-1 yang mana ia boleh jadi mesin pencetak (printer), mesin pengimbas (scanner), mesin fotostat (copier) serta sebagai mesin faks (fax).

                                                                        Hiasan Ruang Kerja                                                                        

Hiaslah ruang kerja di rumah anda dengan aksesori yang boleh menaikkan mood anda untuk rajin bekerja dengan lebih produktif. Jadikan ia ruang favourite anda. Apabila anda duduk sahaja di situ akan rasa tenang, bersemangat, dan sentiasa seronok untuk bekerja walau hanya dari rumah.

Misalnya, gunakan hiasan yang menenangkan dan memberi inspirasi bagi ruangan kerja anda (tanaman hiasan, lukisan atau barang-barang motivasi lain) yang boleh membantu mewujudkan suasana yang positif.

Mudah sahaja, kan? Mulakan dengan apa yang ada. 

                                                                             Pencahayaan                                                                              

Cahaya memainkan peranan yang sangat penting untuk membina ruang kerja yang diidamkan. Apabila kita bekerja dalam keadaan yang terang dan cerah, secara automatik kita akan rasa segar dan produktif. Namun, apabila kita bekerja di tempat yang tidak mempunyai cahaya yang bagus dan gelap, kita akan jadi lebih mudah mengantuk dan tak bersemangat. 

Jiham cadangkan untuk menghadap ke cahaya semula jadi melalui tingkap ataupun beli lampu meja yang sesuai untuk diletakkan di meja kerja anda. 

🌸🌸🌸

Harap-harap tips ini dapat membantu anda untuk mencipta dan menghiasi ‘home office’ mengikut cita rasa anda. Tiada alasan untuk menjadi tidak produktif ketika bekerja di rumah ya. Semoga tips ini bermanfaat dan selamat mencuba! Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ طَلَبَ الدُّنْيَا حَلَالَا اسْتِعْفَافًا عَنِ الْمَسْأَلَةِ ، وَسَعْيَا عَلَى أَهْلِهِ ، وَتَعَطُّفًا عَلَى جَارِهِ ، جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَوَجْهُهُ كَالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ

Maksudnya“Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama.”

Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (9890) dan
al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin (3465)

Comment

Name
Email
Comment