• English
  • Malaysia(MYR RM)
Gallery Jiham is now operating as usual. [Mon-Fri, 9AM - 6PM] [Sat, 9AM - 1PM] Gallery Jiham is now operating as usual. [Mon-Fri, 9AM - 6PM] [Sat, 9AM - 1PM]
/ /

MENGUNGKAP PESAN ILAHI MELALUI KEINDAHAN SENI LUKIS TULISAN SUCI

Aug 17,2023 | Nuraini

Al-Quran adalah kitab suci umat Islam. Bahkan, merupakan wahyu Allah S.W.T yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai panduan dan petunjuk kepada umat manusia. Ayat al-Quran tidak diragukan lagi kemurnian isi dan keluhuran ajaran-ajarannya. 

 

اِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَاِنَّا لَهٗ لَحٰفِظُوْنَ

Artinya : Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan
Sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. (QS Al-Hijr ayat 9)

 

Tafsiran 

Untuk membuktikan kebenaran pengakuan Nabi Muhammad S.A.W bahwa ayat-ayat yang disampaikannya benar-benar berasal dari Allah S.W.T. Dia berfirman, "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an melalui perantara Malaikat Jibril yang diragukan oleh kaum kafir itu, dan pasti Kami pula bersama Malaikat Jibril dan kaum mukmin yang selalu memelihara keaslian, kesucian, dan kekekalanNya hingga akhir zaman."

 

🌺🌺🌺

 

Kaligrafi Arab yang bersumber pada ayat-ayat Al-Quran sebagai suatu karya seni tidak hanya dilihat pada keindahan bentuk visualnya, tetapi juga makna-makna dalam ayat-ayat Al-Quran yang menggambarkan firman Allah S.W.T sebagai kalam Ilahi. Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab dijadikan sebagai sumber utama dalam seni kaligrafi Islam. Huruf dan kata-kata yang menvisualisasikan ayat-ayat Al-Quran memainkan peranan sebagai suatu mukjizat dan memperlihatkan kekuatan-kekutannya yang tersendiri dalam suatu karya seni, sehingga dapat melahirkan karya seni yang memiliki muatan-muatan makna yang ingin disampaikan. 

 

 

🌷🌷🌷

 

Dalam seni kaligrafi, setiap huruf yang diukirkan mempunyai makna dan keindahan mendalam yang menyampaikan pesan Allah S.W.T kepada khayalak umum. Seni ini tidak hanya tertumpu kepada penulisan yang indah, bahkan juga tentang menyampaikan makna dan pesan menerusi bentuk dan harmoni dari huruf-huruf tersebut. Keindahan pada kata-kata yang terangkai yakni keindahan susunan dengan baris-baris harakat yang membentuk garis-garis simetris digunakan untuk medium sebuah seni yang mengagumkan.

Seni kaligrafi arab juga dikenali ramai sebagai karya kesenian Islam disebabkan oleh tulisan Arab yang digunakan selari dengan bahasa dan ayat-ayat Al-Quran. Jelas, ia merupakan sebuah seni yang paling menarik dan hanya terdapat pada tulisan Arab sahaja. Huruf Arab mengandungi nilai keindahan serta gaya estetik yang dapat digubah dengan mudah dan indah.

 

 

Empat ucapan yang paling disukai oleh Allah S.W.T "Subhanallah", "Alhamdulillah", "Laa ilaaha illallah" dan "Allahu Akbar"

 

Rasulullah S.A.W bersabda, “Lazimkan membaca Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon”. (HR Ibnu Majah)

 

Setiap panel yang terdapat dalam gambar di atas mempunyai makna yang mendalam terutama bagi mereka yang menghayatinya. Contohnya, ucapan "Subhanallah" bermaksud Maha Suci Allah. Kita meyakini bahawa Allah S.W.T itu Maha Bersih dan Maha Suci. Allah S.W.T tidak melakukan kesalahan dan segala tindakanNya adalah betul. 

Comment

Name
Email
Comment