• English
  • Malaysia(MYR RM)
Gallery Jiham is now operating as usual. [Mon-Fri, 9AM - 6PM] [Sat, 9AM - 1PM] Gallery Jiham is now operating as usual. [Mon-Fri, 9AM - 6PM] [Sat, 9AM - 1PM]
/ /

Nak Ketenangan & Kedamaian? Hiasi Rumah Anda Dengan 5 Warna Kegemaran Rasulullah SAW!

Aug 11,2023 | Nur Ain

Sebagai umat Islam, Nabi Muhammad SAW wajar dijadikan sebagai idola. Segala sunnah Baginda dalam kehidupan harian harus dicontohi. Baik dari segi ibadah, akhlak serta keperibadiannya. Kita juga digalakkan untuk melakukan perkara yang disukai Baginda seperti makanan, minuman, buah-buahan, sukan dan warna kegemarannya. Hal ini akan menjadi simbolik tanda kecintaan kita terhadap Rasullullah SAW dan akan dikurniakan pahala oleh Allah SWT.  

Percaya atau tidak, hanya dengan menghiasi rumah kita dengan warna-warna kesukaan Nabi ini sebenarnya secara tidak langsung mampu mewujudkan elemen dan aura ketenangan serta kedamaian, barulah kediaman kita boleh digelarkan sebagai “Rumahku Syurgaku”!

Tetapi, sebelum tu tahukah anda apakah warna-warna kegemaran Rasulullah SAW?

 

1. Putih

Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin pernah berkata: “Yang amat disukai oleh Nabi ialah warna putih.”Malah, ketika beribadat juga Rasulullah SAW suka berpakaian putih yang sinonim dengan lambang kesucian agama Islam itu sendiri.

Tidak dapat dinafikan, rona putih menjelmakan mesej positif apabila ia dikaitkan dengan kesucian dan kebersihan sebagaimana yang digalakkan dalam nilai Islam.

Rasulullah SAW juga bersabda: "Pakailah pakaian putih kerana pakaian seperti itu lebih bersih dan lebih baik. Dan kafanilah pula mayat dengan kain putih." (Riwayat Nasai')

Jadi sebagai seorang Muslim, sudah semestinya penggunaan warna putih dalam cat hiasan pada dinding rumah adalah yang terbaik, malah mampu memberikan kesan ruang lebih luas, bersih, sejuk, terbuka dan moden.

2. Hitam

Warna kedua yang disukai Nabi Muhammad SAW adalah hitam. Hal ini ditunjukkan dari kain hitam bersulam untuk menutupi Ka'bah. Selain itu, dalam satu hadis sahih meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW sering mengenakan pakaian berwarna hitam ketika urusan rasmi Baginda sebagai menunjukkan tanda kerendahan diri.

Bahkan dalam Hadis Muslim, daripada Ja’far bin Amr bin Huraits turut menceritakan: “Rasulullah SAW berpidato di hadapan umat Baginda memakai serban hitam.”

Meskipun kebanyakan orang takut menggunakan warna hitam yang mereka percaya boleh mengundang bala, suram dan ketakutan, namun sebenarnya warna ini juga boleh ditakrifkan sebagai warna misteri yang melambangkan kekuatan, elegan, sofiskated dan seperti Nabi Muhammad SAW atas tanda kerendahan serta keteguhan diri.

3. Hijau

Selain putih, warna kedua yang sangat digemari Nabi sebenarnya adalah warna hijau seperti yang diriwayatkan Anas bin Malik: “Warna yang paling disukai Rasulullah SAW adalah hijau.” (Hadis Riwayat Muslim).

Malah, Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar turut mengatakan: “Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih.”

Sejumlah ulama juga menerangkan bahawa warna hijau merupakan warna yang dikenakan penduduk syurga. Keterangan ini terdapat dalam Surah al-Kahfi ayat 31 bahawa penghuni syurga mengenakan pakaian berwarna hijau.

Dalam Surah ar-Rahman ayat 76 juga disebutkan: “Penduduk Syurga itu (bersenang-senang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang hijau warnanya serta permadani-permadani yang sangat indah."

Seperti yang kita tahu hijau sangat signifikan dengan warna alam semulajadi, yang melambangkan kesegaran, kedamaian dan ketenangan

4. Kelabu

Sementara itu, Imam Al-Bukhari pernah meriwayatkan dalam satu hadis sahih daripada Ibnu Abbas yang berkata: “Pernah Nabi SAW keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna kelabu.”

Kelabu merupakan warna klasik yang melambangkan intelek, pengetahuan, kebijaksanaan serta mampu menimbulkan rasa hormat, konservatif dan penaklukan kuasa.

Tidak hairanlah apabila ramai yang suka memainkan warna praktikal ini dengan warna-warna lain bagi menghasilkan suasana yang lebih elegan.

5. Merah

Warna kegemaran terakhir Rasulullah SAW yang pernah disebutkan dalam hadis adalah merah.

Dalam Hadis Riwayat Al-Bukhari, Al-Bara’ bin ‘Azib menceritakan: “Aku tidak pernah melihat seorang pun manusia yang lebih kacak dengan pakaian Hullah (sejenis jubah 2 lapis) berwarna merah melainkan Rasulullah SAW."

Walaupun warna merah sering dikaitkan dengan elemen negatif dan jahat seperti kemarahan, dendam, darah dan api, tetapi rona itu juga sebenarnya memberi kesan kehangatan, keberanian, semangat, kekuatan serta kegembiraan kepada seseorang.

Semoga dapat dijadikan panduan dan manfaat bersama…

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

Comment

Name
Email
Comment